Biadap Terhadap OKU, McDonalds Akui Perbuatan Salah Pengurus & Tak Boleh Diterima

Share

Masih ada lagi segelintir pihak di dalam masyarakat pada hari ini yang didapati tidak menghormati dan gemar mempersenda golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

ARTIKEL BERKAITAN : Balasan Setimpal, Geng Basikal Yang Persenda OKU Dicari Polis

Viral baru-baru ini, isu salah faham antara seorang pengurus disebuah premis makanan segera di Seremban dengan salah seorang keluarga pekerja di restoran tersebut telah mendapat perhatian daripada masyarakat termasuklah daripada pihak McDonalds sendiri.

Malah, melalui perkongsian Muhammad Hanis di laman Facebooknya, kejadian melibatkan adiknya yang merupakan seorang yang mempunyai masalah disleksia.

Tangkap layar dari Facebook Muhammad Hanis

Terbaru, menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak McDonald hari ini mengatakan bahawa pengurus restoran tersebut telah melanggar prinsip syarikat.

Sehubungan itu, pihak McDonald juga memohon maaf kepada keluarga pekerja berkenaan atas insiden yang berlaku dan akan menyelesaikan isu ini.

Difahamkan, pekerja tersebut merupakan telah berkhidmat selama empat tahun.

Bagaimanapun, pengurus di restoran McDonald’s Forest Heights, Senawang tersebut akan dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan.

Moga kita semua mengambil pengajaran atas apa yang berlaku. 

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Buktinya ramai je orang-orang yang terkenal dan berjaya juga mempunyai disleksia. Antaranya Albert Einstein, Tom Cruise dan Steve Jobs.

BACA LAGI : Gagal Diploma Dan Degree, Tak Halang Pemuda Disleksia Tamatkan PhD Hingga Bergelar Jurutera

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: McDonald’s 

Published by
Nana