Jika dahulu kita hanya mempunyai pilihan teksi, bas dan kereta api, kini semakin banyak servis e-Hailing yang ditawarkan. Pilihan semuanya terletak di tangan masing-masing.
Salah satu syarikat perkhidmatan yang paling popular di Malaysia tentulah Grab MY yang semakin melebarkan populariti mereka di kalangan penduduk bandar setelah servis UBER tidak lagi ditawarkan di sini.
Akan tetapi, nampaknya populariti itu juga boleh mendatangkan nasib malang kepada mereka. Ia gara-gara komen balas atau reply yang dimuat naik oleh Grab MY melalui akaun Twitter mereka.
Ceritanya begini, salah seorang pengguna Twitter iaitu Nazri Ishak mengutarakan pertanyaan berkenaan jumlah pemandu Grab MY di Johor Bahru yang dilihat semakin berkurangan. Ia sedikit sebanyak menjejaskan produktiviti pekerja di sana yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan e-Hailing di samping perlu berdepan dengan cas yang mahal berikutan kurangnya ‘competitor’ kepada Grab MY.
Jawapan balas admin akaun Twitter Grab MY pula berbunyi, “Oleh kerana kekurangan pemandu kami sedang memudahkan pemandu mendapatkan lesen e-Hailing.” Okay so far masih clear. Namun, jawapan seterusnya yang diberikan mereka telah mencetuskan amarah di kalangan pelanggan Grab MY.
“Mungkin kamu perlu lakukan tempahan lebih awal daripada biasa agar kamu tak berdepan masalah, don’t you agree?”
Ouhh burn (in a bad-backfire way).
Okay kedengaran seperti Grab MY bersifat sarkastik terhadap pelanggan mereka sendiri dan sentimen itu pantas dihidu oleh warga Twitter!
“Inilah keburukan monopoli market”
“Help, Uber..”
“Biadapnya! Nak tempah seawal 4.30 pagi ke?”
“Goodluck lah Grab MY”
Err, okay macam inilah.
REMAJA merasakan Grab MY tidak berniat pun untuk menjadi sarkastik atau “biadap”. Mereka mungkin sedang mencadangkan saja agar pelanggan menempah pemandu dengan lebih awal, bukannya pukul 9 pagi nak gerak, 8.50 pagi baru nak tempah.
Lagipun, admin akaun Twitter itu juga sudah berulang kali meminta maaf terhadap respon mereka dan akan cuba memperbaiki servis pelanggan mereka.
Apa pendapat korang?