Kita sedang hidup di dunia yang mana wanita dan lelaki tiada lagi halangan untuk berjaya dalam kehidupan. Setiap individu memiliki peluang yang sama untuk menjadi orang yang penting dalam masyarakat. Namun kelmarin tular sebuah video tentang kenyataan Prof Muhaya mengenai isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh?’.
Menerusi video tersebut dia yang merupakan seorang ahli motivasi dan juga pakar mata berkata, “Kita wanita menghormati lelaki kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macammanapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan?
weh wtf is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin?????? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse??? pic.twitter.com/rJiI1dXcYP
— mouse (@emptyshadoww) June 8, 2021
“Masih yang laki-laki itu, so orang perempuan walau macam mana uols please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki. Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki. No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.
“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana.”
Dalam tinjauan Remaja ke laman Instagram Prof Muhaya, video tersebut masih lagi ada disiarkan di laman Instagramnya. Rakaman tersebut sudah menjadi tular dan dibahaskan oleh warganet termasuklah individu ternama seperti Dr. Amalina Che Bakri.
.
Dalam kenyataan di laman Twitternya, wanita berusia 34 tahun itu berkata, “Saya minta maaf, tetapi ibu saya tidak membesarkan saya untuk menjadi bodoh-bodoh sikit di depan lelaki supaya saya boleh bertemu jodoh. Anda memberikan mesej yang salah kepada wanita muda. Wanita tidak seharusnya merendahkan tahap intelektual mereka hanya kerana untuk menarik perhatian lelaki.”
Selain Dr. Amalina, Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman yang merupakan seorang figura terkenal dalam bidang kesihatan di Malaysia turut menyuarakan pendapatnya, “Ini merupakan kali kedua hari ini saya hilang kata-kata. Agaknya kita perlu menghantar beberapa bacaan yang bagus kepada Prof tentang bagaimana memperkasakan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi sosial dan pembangunan ekonomi, antara lainya.”
.
Pada pandangan penulis, isu wanita yang tidak boleh menjadi terlalu dominan tidak lagi menjadi satu isu di dalam dunia yang semakin maju kini. Setinggi mana wanita itu mencapai kejayaan, tidak kiralah di dalam perniagaan dan juga kerjaya mereka pasti tahu yang akhirnya suami, ayah, abang dan orang lelaki mereka adalah imam dalam melakukan ibadah solat. Mereka tetap ketua dalam keluarga, pendapat Prof Muhaya yang tentang perkara ini ada benarnya. Namun apabila menyentuh isu menjadi bodoh-bodoh, itu yang menjadikan ramai warganet meluahkan kemarahan.
Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah sendiri merupakan seorang ahli perniagaan berjaya sebelum bertemu jodoh dengan Rasulullah SAW. Harta kekayaan yang dimiliki bukanlah menjadi penghalang untuk menghormati suaminya bahkan digunakan untuk pembangunan agama membantu suaminya.
Jadi untuk pembaca Remaja yang perempuan terutamanya, jangan pernah membodohkan diri anda untuk seorang lelaki. Jodoh dan ketentuan semuanya berada di tangan Allah SWT, InsyaAllah. Capailah kejayaan yang anda inginkan untuk membantu keluarga dan juga memberi kesan positif kepada masyarakat. Kalau sudah berjaya jangan pula menjadi seseorang yang penuh dengan ego.