Pertandingan Separuh Final Muzik Muzik 37 (SFMM37) telah pun melabuhkan tirainya hari ini. Sepanjang dua episod pertandingan diadakan, sebanyak 30 lagu telah dipersembahkan untuk dinilai oleh barisan juri profesional. Akhirnya hanya 12 lagu sahaja yang layak untuk dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.
Salah satu persembahan yang menjadi perhatian ramai adalah menerusi lagu Berakhirlah Pencarianku yang dipersembahkan oleh Wani kayrie dan Ahmad Syafiq. Walaupun mereka hanya muncul sebagai penyanyi gantian kepada penyanyi asal, Ernie Zakri dan Hafiz Suip, ternyata paduan vokal mereka menuai pujian ramai.
Menerima kritikan pada permulaan mereka diumumkan sebagai penyanyi gantian bagi lagu tersebut, namun apabila mereka tampil di pentas SFMM37 semalam ternyata ramai yang terpesona dengan kemampuan mereka mendendangkan lagu itu dengan baik.
Buktinya, setakat ini video nyanyian mereka yang telah dimuat naik kurang 24 jam di YouTube TV3 telah menerima tontonan lebih 32 ribu kali. Melihat ke ruangan komen, antara pujian yang diberikan:-
Ads
“Wow not bad, diorang berjaya bawa lagu ni dgn baik, memula kecewa jugak bila lagu favorite ni diganti penyanyinya, tapi lepas tengok diorang perform, kecewa tu terubat.. good job korang!” puji Aurora 11.
“OMG. Walaupun penyanyi gantian, mereka sangat bagus membawakan lagu ni. Dapat rasa romantik dan jalan cerita sungguh dapat dirasakan. Tahniah. Of course penyanyi asal lebih baik tapi duet ni 2nd! Good job,” ujar Zue Zuely
“Persembahan yang sangat baik. Goodluck Syafiq & Wani,” ucap Azlin Jamil.
Marwani Muhamad pula berkata, “Wow amazing, both of you did very well! Good Luck!”
Ads
Nurul Marlisa meninggalkan komen,“Walaupun bukan lagu diorang, tapi diorang dh buat sehabis baik ni.”
Walaupun begitu, lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Datuk A.Aida itu tidak tersenarai untuk ke peringkat akhir, namun berjaya didendangkan dengan baik oleh kedua-dua penyanyi muda tersebut.
Memetik kata-kata Wanie di Instagram, “Tahniah kepada semua finalis AJL37, Semestinya, langkah kami tidak akan terhenti di sini. Mohon maaf di atas segala kekurangan kami. Terima kasih di atas sokongan anda semua. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya, good job team!”
Ads
Lagu yang berjaya bergelar 12 lagu terbaik yang akan ke Anugerah Juara Lagu adalah Kembali Terang (Marsha), Terus Hidup (Aina Abdul), Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi), Bagaikan Dia (Liza Hanim & Shila Hamzah), Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos), Satu Malam Di Temasek (Jow Flizzow & Sonaone), Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel), Payung Pelangi (Noki & MK K-Clique), Sengsara (Khai Bahar), Irama (Shiha Zikir) dan Korban (Ernie Zakri).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang peminat K-Drama mesti layan drama berdasarkan novel klasik “Little Women” oleh Louisa May Alcott ini.
Berkisarkan tentang kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea. Drama “Little Women” diterajui Kim Go-eun, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hu. ini sememangnya patut diberikan pujian.
Drama thriller misteri ini menyajikan plot menyajikan yang berjaya membuatkan penonton ingin tahu ditambah pula dengan elemen penting seperti orkid biru yang sentiasa muncul dalam setiap episod.
Bukan sahaja orkid biru, kasut tumit tinggi hitam dengan perincian mewah bertahta kristal seperti berlian di bahagian hadapan yang dipakai oleh Kim Go Eun juga menjadi elemen penting dalam drama tersebut. Selain teka-teki di sebalik kasut, reka bentuk yang cantik turut membuatkan penonton tertarik dengan kasut yang dipinjamkan Jin Hwa Young kepada Oh In Joo.
Digembar-gemburkan sebagai kasut termahal di dunia, ada tiga fakta menarik yang mahu dikongsikan mengenai kasut tinggi ini. Jom baca :
Kasut Tinggi Ini Buatan Pereka Dari Malaysia
Dalam episod 2, kasut tinggi hitam milik Choo Ja Hyun yang dipakai oleh Go Eun ini dikatakan daripada jenama Bruno Zumino. Tetapi jenama tersebut adalah rekaan semata-mata.
Sebenarnya kasut tinggi tersebut berasal daripada jenama Jimmy Choo. Nama kasut tinggi itu pula Latte Nappa Pumps With Crystal Embellishment.
Harga Asal Tak Semahal Dalam Drama
Kasut tinggi dengan rantaian kristal di bahagian hadapan tersebut dikatakan sangat mahal dan harganya pula mencecah lebih 4 juta won (anggarran RM 12,944.20). Manakala di dunia sebenar, kasut Jimmy Choo itu hanya dijual pada harga sekitar RM 3,881.26 sahaja; 3.34% lebih murah daripada dalam drama tersebut.
Tersedia Lebih dari 3 Pasang
Ketika Go Eun memakai kasut tinggi ini dalam sebuah kedai kasut, jurujual (Song Joong Ki) menyatakan kasut itu hanya dikeluarkan sebanyak 3 pasang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kedua baru-baru ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta layak ke minggu seterusnya.
Menerusi tema ‘Sama-Sama Naik’, bintang GV, Liza Aziz sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu ‘Wajah Siapa Dihatimu’ nyanyian asal oleh Azlina Aziz.
Selain itu, Dyrga Dadali turut kekal mendapat tempat kedua menerusi lagu Aishiteru dengan markah sebanyak 69.10%, sementara Sheila Abdull naik ke tangga ketiga (66.30%) selepas membawakan lagu nyanyian asal Mila Jirin ‘Persis Mutiara’.
Dalam pada itu, dua peserta GV11 iaitu The Lima dan Ning Baizura berkongsi markah 64.90% dan berjaya mendapat kedudukan di tempat keempat dan kelima dalam persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.
Bagi penyanyi Ronnie Hussein (48.40%) dan Arrora Salwa (46.00%) melalui saat mendebarkan hampir tersingkir apabila berada di tangga dua terbawah.
Sementara itu, untuk minggu ketiga, para peserta mendapat cabaran menerusi tema ‘Ceritera’ dimana mereka harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang membuatkan anda mencintai pasangan sendiri? Kerana paras rupa atau peribadinya? Benar, cantik itu memang sedap mata memandang, namun fizikal manusia berubah seiring dengan masa dan usia. Bahkan kecantikan itu tidak kekal lama.
Menurut pelakon terkenal Aedy Ashraf, rupa paras dan kecantikan bukan faktor utama yang mendorongnya untuk jatuh hati terhadap kekasihnya, aktres Amelia Henderson.
Mengakui bahawa dirinya lebih tertarik dengan personaliti bintang berusia 28 tahun itu berbanding rupa parasnya yang sudah sedia maklum cukup menawan setiap mata yang memandang.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya
kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.
“Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik.
“Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada
kecantikan dalam bercinta,” jelasnya.
Tambah pelakon War on Terror: KL Anarchy ini lagi, meskipun mereka sedang dalam fasa bahagia namun tidak lagi meletakkan sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Menurutnya dia dan Amelia sedang rancak bekerja memenuhi komitmen lain dan mahu memberi fokus kepada apa yang sedang diusahakan sekarang ini.
“Belum ada perancang lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia
pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan.
“Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia,” ujarnya.
Awhhhh, comel sangat lovebirds ini. REMAJA doakan jodoh mereka dipercepatkan dan bahagia selalu di sisi masing-masing!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aedy Ashraf
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...