Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Nampaknya percaturan organisasi ratu cantik Afrika Selatan menghantar Lalela Mswane sebagai peserta Miss Supranational 2022 menjadi apabila gadis berusia 25 tahun ini dinobatkan sebagai juara.
Menerusi kemenangannya ini, dia menjadi peserta pertama dari Afrika Selatan berjaya memenangi mahkota tersebut.
Sebelum ini, sebagai pemenang Miss South Africa 2021 dia telah di hantar untuk mewakili negaranya ke pentas Miss Universe 2021. Biarpun penyertaannya ketika itu menuai kritikan kerajaan dan segelintir rakyat negaranya sendiri dek pertandingan yang di adakan di Israel, namun dia tidak mengalah dan akhirnya bergelar pemenang tempat ketiga.
Siapa sangka dari pemenang tempat ketiga, kini dia menjuarai sebuah pertandingan ratu cantik lain yang turut sama memiliki prestij yang tinggi. Sudah menjadi pilihan ramai sebagai salah seorang peserta mega-favourite, Lalela menembusi kesemua halangan dari peringkat top 24 ke top 12 sehingglah top 5 sebelum diumumkan sebagai juara.
Saat berada di peringkat lima terbaik, dia telah ditanyakan soalan berkenaan mengapa manusia takut kehilangan perkara yang mereka tidak miliki. Lalela menjawab, “Saya fikir ia berpunca daripada ketakutan mengenai kesempurnaan, atau tekanan dunia dan cuba mencari kebahagiaan yang tidak dimiliki.
Ads
“Orang ramai cenderung mengalami rasa tidak puas hati dengan apa yang mereka ada, jadi saya fikir kita perlu mengubah mentaliti tersebut. Sikap bersyukur harus menjadi sesuatu pegangan yang kita tanam dalam diri setiap hari.”
Pertandingan yang diadakan buat kali ke-13 ini menyaksikan wakil Thailand, Praewannich Ruangthong dikedudukan naib juara manakala wakil Vietnam, Nguyen Huynh Kim Duyên pula ditempat ketiga. Melangkapkan senarai top 5 ialah wakil Indonesia, Adinda Cresheilla dan wakil Venezuela, Ismelys Velásquez, mereka masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.
Untuk edisi ini, seramai 69 peserta dari seluruh dunia terbang ke Poland untuk bertanding. Wakil negara kita, Melisha Lin hanya berjaya mara bergelar peserta top 24 sebelum gagal untuk ke peringkat top 12.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang mahu tampil sempurna tatkala memasuki pertandingan ratu cantik, apatahlagi sebuah pertandingan berprestij seperti Miss Universe. Tidak kiralah sama ada peserta itu tinggi, rendah, kurus ataupun gempal, penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki pasti sempurna.
Berbeza dengan wanita yang dilahirkan di Cincinnati, Ohio ini yang kini menetap di Stamford, Connecticut. Renee Felicity muncul di pentas akhir pertandingan Miss Conecticut USA 2021 dengan keadaan kulit kepalanya bercapuk botak disebabkan penyakit Alopecia yang dihidapinya.
Alopecia berlaku apabila sistem imun seseorang menyerang folikel rambut yang menyebabkan kebotakan bertompok terjadi. Menurut wanita cantik ini, dia mula menyedari masalah yang dihadapinya pada tahun 2018 apabila melihat gumpalan rambut gugur dengan banyak ketika mandi.
Dalam temubual bersama The Avenue Mag, dia berkongsi, “Sebagai wanita rambut adalah mahkota yang sangat berharga, dan ketika membesar ramai yang memuji rambut saya yang lebat dan hitam berkilat. Untuk memiliki masalah ini membuatkan saya terkejut dan keliru. Ketika itu saya bingung kerana saya tidak pernah mengetahui tentang penyakit ini.”
Dia akui yang kerjayanya sebagai seorang model terjejas selepas menghidapi penyakit ini kerana tidak menepati standard kecantikan yang ditetapkan di dalam industri. Namun begitu perkara ini tidak melemahkan semangatnya. Setelah dia berhubung dengan komuniti National Alopecia Areata Foundation, sedikit demi sedikit dia memahami perubahan yang berlaku dan membina keyakinan diri.
Walaupun tidak berjaya memenangi gelaran Miss Connecticut USA yang akan bertanding di dalam pertandingan Miss USA Universe, kehadirannya di pentas tersebut memberi impak. Atas sebab mesej yang disampaikan, wanita berketurunan Filipina-Amerika ini diberikan anugerah istimewa.
Kecantikan wajah terutamanya bagi wanita merupakan satu penjagaan yang sangat penting. Disebabkan itu jugalah antara produk kosmetik yang paling laris di pasaran ialah produk kecantikan dan rawatan wajah. Tapi sebenarnya untuk mendapatkan kulit wajah cantik, bukanlah bergantung kepada produk kecantikan semata-mata.
Sebenarnya, kulit wajah yang baik akan datang dengan sendiri bila seseorang memiliki kesihatan kulit yang baik. Jadi bagaimana untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik?
Say hi to healthy skin! Jom ikuti 5 tip mudah ini.
1. Mendapatkan kualiti tidur yang cukup
Tahu kenapa sleeping beauty kulitnya flawless? Sebab dia tidr lama ke? Just kidding! Bagi seorang remaja korang memerlukan waktu tidur dalam tempoh 6 ke 8 jam sehari. Jika waktu tidur pendek bukan hanya metabodilisme yang terganggu malah kulit wajah juga akan terkesan. Jadi dapatkan tidur yang mencukupi agar kulit wajah tidak kusam, lesu dan nampak kepenatan.
2. Kurangkan stres
Bila berbicara tentang kesihatan kulit, perkataan ‘stres’ pasti akan muncul. Body kita tidak akan menipu, percayalah. Jika seseorang itu stres ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan bada tetapi yang penting sekali pada wajah. Selain itu stres juga mengakibatkan hormon menjadi tidak stabil apatah bagi seorang remaja yang hormonnya tengah memberontak laju.
3. Peredaran darah yang baik
Ini juga salah satu faktor yang berkait rapat dengan kesihatan kulit wajah. Jika kamu mempunyai peredaran darah yang baik, ia akan membawa oksigen mencukupi ke bahagian wajah. Ini sekali gus membantu sel-sel kulit untuk melakukan proses regenerasi. Selain itu, kulit wajah juga tidak akan kering dan nampak segar.
4. Minum air secukupnya
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air. Dan disebabkan itulah kita sering disuruh untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari atau kira-kira 2.5 liter. Dengan meminum air yang mencukupi maka metabodilisme dalam tubuh bekerja secara optima, kulit wajah pun terjaga.
5. Cuci muka setiap malam
Usah bayangkan melakukan rawatan kulit atau produk wajah yang mahal. Cukup dengan mencuci muka menggunakan produk pencuci muka sesuai degan jenis kulit wajah. Selain itu jangan lupa untuk menggunakan pelembab terutamanya di waktu malam bagi menggalakkan proses regenerasi kulit. Penggunaan mask juga boleh membantu kulit wajah lebih berseri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekiranya kamu mengalami keguguran rambut sehingga menyebabkan botak, bengkak, dan gumpalan rambut gugur, itu tandanya kamu harus berjumpa doktor atau pakar dermatologi.
Hanya menggunakan pati santan dalam tempoh sebulan, masalah rambut gugur yang dialami selesai malah rambut semakin hitam dan lebat. Malah dalam masa seminggu mencuba petua ini sudah nampak anak rambut tumbuh di bahagian depan.
Petua yang dikongsi juga amat mudah, selain santan, cuma masukkan aloevera dan minyak zaitun untuk dijadikan masker rambut.
Bahan-bahan
Santan dari satu atau setengah biji kelapa
Isi aloevera
Minyak zaitun – jika suka
Cara membuatnya
Kisar semua bahan ini dan masker sudah sedia untuk digunakan.
Sapu pada rambut dengan rata masker tadi kemudian sikat.
Balut rambut dengan tuala selama 30-45 minit.
Bilas dan syampu rambut untuk hilangkan bau santan.
Amalkan setiap hari.
Masker ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cuma perlu disimpan dalan peti.
Boleh rujuk video di bawah untuk langkah membuat masker rambut yang lengkap.
Untuk Info Dipetik American Academy of Dermatologists, keguguran rambut 50 hingga 100 helai setiap hari adalah normal. Bagi orang yang mempunyai rambut lebih panjang, kegugurannya mungkin lebih ketara.
Kalau lebih dari itu, ada semething wrong somewhere dengan rambut kamu yang perlu diberi perhatian lebih.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...