Biarpun Tinggal Berempat, “SHINee Is Back” Dengan Variety Show Baru

Share

 

Inilah mungkin yang dinamakan persahabatan sehingga akhir hayat dan kesetiaan kepada ahli kumpulan asal.

 

Grup ikonik dari Korean Selatan, SHINee bakal melakukan comeback mereka yang amat dinanti-nantikan oleh peminat biarpun hanya empat orang ahli yang meneruskan perjuangan kumpulan tersebut selepas pemergian Jonghyun dan kemasukan tiga orang ahlinya ke program latihan ketenteraan.

Onew, Taemin, Key dan Minho disahkan bakal muncul dengan beberapa projek besar. Antaranya termasuklah album penuh berjudul Don’t Call Me and get this, sebuah variety show baru untuk SHINee!

Onew.

Taemin.

Rancangan berjudul SHINee Inc. ini bakal menyaksikan ahli-ahlinya dalam suasana dan semangat yang baru serta segar setelah segala perkara yang terpaksa mereka lalui sepanjang 2 ke 3 tahun yang lepas.

Dalam temuramah pertama SHINee, Minho berkata, “Ini adalah kali pertama kami kembali melancarkan album baru dalam masa yang panjang dan saya merasakan amatlah penting untuk kami mendekati peminat sebagai sebuah kumpulan semula.”

Key pula berharap agar semua orang akan enjoy menonton SHINee Inc. memandangkan mereka seronok menyiapkannya untuk para peminat.

“Saya rasa mungkin kami juga boleh berkolaborasi, contohnya dengan YouTuber baru yang popular di kalangan generasi baru (untuk program ini),” tambah Taemin.

Haihh, tak sabar pula untuk menantikan comeback daripada SHINee ini. Setelah 14 tahun berada dalam industri hiburan, mereka adalah di antara grup yang masih bertahan dan disayangi ramai!

Episod pertama SHINee Inc bakal bersiaran di saluran tvN bermula 24 Februari ini.

Published by
FZ