Nampaknya mulai malam tadi sebaik pengumuman penyanyi Zamani masuk ke pertandingan akhir Gegar Vaganza musim 5 , netizen mula “bergaduh” di media sosial.
Ramai yang mempertikaikan kemenangannya menduduki carta ke lima kerana semasa batlle pertama, Zamani dilihat seakan terlupa lirik Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim. Malah juri tetap Datuk Ramli MS sampai tak mampu memberikan kata-kata selepas menyaksikan persembahan akhir penyanyi itu.
Namun semasa sidang akhbar sebaik program hiburan ini tamat, Zamani menjelaskan dia bukannya lupa lirik sebaliknya berkata dia gagal mendengar alat pendengaran atau “earpiece” ketika mahu menyanyi.
“Masalah sebenar saya tak pasti. Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari “earpiece” ketika itu,” katanya yang tak mahu menyalahkan sesiapa termasuk pihak produksi tetapi menyalahkan dirinya.
Datuk Ramli dalam penjelasannya berkata, dia memotong markah Zamani dengan banyak pada pusingan pertama tapi memberikan markah yang banyak pada pusingan kedua sehingga penyanyi itu meneruskan langkah ke pusingan akhir yang akan diadakan Ahad 18 November minggu depan.
Ads
Berbalik kepada masalah lupa lirik seperti tanggapan awal kebanyakan penonton, REMAJA sempat menemuramah dua penyanyi iaitu Kaka Azraff dan Tajul mengenai masalah lupa lirik dan pernahkah mereka alaminya dan cara mengatasinya.
Menurut Kaka yang popular dengan lagu Bawaku Pergi feat dengan Zizan termasuk lagu Sibuk yang tengah meletup sekarang, masalah lupa lirik adalah biasa bagi anak seni.
“Kadang kalau pertandingan secara mingguan, kita memang ada masa yang singkat nak hafal. Kena pula lagu orang lagi susah. Kaka pernah alami situasi ini. Ada ketikanya nak cover, Kaka ulang balik lirik yang disebut sebelum ini. Kadang Kaka tambah lirik sendiri,” katanya berkata, lupa lirik adalah normal bagi penyanyi sepertinya.
Ads
Dalam pada itu, jelas Kaka apabila berhadapan dengan situasi itu, dia akan cepat “cover” agar tidak kelihatan janggal dan sebagai penyanyi mereka perlu bersedia apa sahaja,” katanya yang kini berada di Jakarta.
Dalam pada itu, penyanyi Tajul juga mengakui lupa lirik adalah perkara biasa dialami oleh artis.
Ads
“Saya juga pernah alami tapi tak boleh panik, nanti orang perasan. Paling penting kena maintain dan nyanyi apa saja,” katanya berkata masalah lupa lirik ini paling kerap berlaku bila menyanyikan lagu bernada tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja mengenai kedai RM2.10, kebanyakan daripada remaja terus akan teringat kepada kedai ECO SHOP Malaysia. Ia berikutan pelbagai jenis barangan yang ada ditawarkan di sana pada harga RM2.10 saja seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kesemua barangan di kedai ini dijual pada harga RM2.10 setiap satu lalu membuatkan sesiapa saja yang memasuki ke kedai ini ‘naik gila’.
Setelah sekian lama mengekalkan harga berkenaan, Eco Shop Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka telahpun mengeluarkan notis perubahan harga jualannya yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2021.
Menurut perkongsian itu, Eco Shop Malaysia terpaksa menaikkan harga barangan kepada RM2.20 setiap satu di kesemua cawangan Eco Shop di Semenanjung Malaysia. Sementara itu, bagi cawangan Langkawi, Sabah dan Sarawak pula, harga barangan akan berubah agak drastik iaitu kepada RM2.40 setiap satu.
Pihak Eco Shop mengesali pengumuman kenaikan harga tersebut dan berharap agar para pelanggan mereka akan terus memberikan sokongan selepas ini.
Secara peribadi, penulis merasakan kenaikan harga barangan kedai Eco sebanyak RM0.10 dan RM0.30 ini masih boleh diterima memandangkan ia jauh lebih murah daripada harga barangan di kedai serbaneka atau pasaraya lain. Malah, barangan yang dijual di sini juga diakui mempunyai standard kualiti yang wajar dipuji walaupun harganya murah.
Namun bagi korang yang terasa ‘turn-off’ dengan kenaikan harga di Eco Shop Malaysia, korang masih mempunyai alternatif kedai barangan berharga RM2.00 yang lain seperti NOKO, NINSO, Mr. Save dan Kedai SETIA di kawasan berhampiran korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita sering diwarkan dengan individu memakai gelang pink yang sewenangnya berada di tempat awam walau menyedari diri mereka perlu menjalani kuarantin demi mengelak penularan COVID-19.
Namun tanpa sedar, selain gelang warna pink, ada lagi beberapa warna melibatkan individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah seperti putih, biru, merah dan kuning.
Jom prihatin dengan warna-warna gelang ini kerana kita perlu laporkan segera ke pihak berkuasa jika terserempak dengan individu memakai gelang pelbagai warna ini.
Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.
Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan.
Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut.
Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga untuk mendapatkan bekalan makanan.
Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan COVID- 19.
KKM sangat berterima kasih atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan (front liner) di kawasan masing-masing yang bertindak melaporkan individu dengan gelang kuarantin yang berada di tempat umum.
Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai KKM. Sumber : FB KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru pada minggu lalu, tragedi seorang pelajar Kolej Penerbangan yang lemas semasa sedang beriadah di Hulu Terenggganu telah meruntunkan hati rakyat Malaysia.
Semalam, satu lagi tragedi miripnya berlaku lagi di kawasan riadah.
Kali ini, ia melibatkan seorang remaja lelaki yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Meru di kawasan Air Terjun Lata Medang, dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Ammar Bin Sharimshah, 22 dilaporkan cedera parah setelah tergelincir ke atas batu di kawasan tersebut.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, pihak bomba menerima pangggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi semalam. Sepasukan anggota bergegeas ke lokasi dengan mendaki selama 2 jam sebelum tiba ke lokasi.
Laporan menerusi media sosial yang mengatakan sebuah helikopter diterbangkan ke tempat kejadian adalah benar.
Kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor iaitu Norazam Khamis, bomba meminta bantuan helikopter jenis Medivac untuk menurunkan mayat mangsa ke Padang Miillineum, Kuala Kubu Bharu memandangkan kawasan pendakian tersebut terletak jauh di dalam hutan.
Rakan-Rakan Bersimpati
Tinjauan REMAJA di laman Twitter mendapati ramai netizen yang terdiri daripada rakan-rakan mangsa turut melafazkan rasa simpati mereka.
@adibjaafarr mendakwa pernah berkenalan dahulu dan Abdullah Ammar merupakan rakan yang baik dan mesra.
@ilovedaisy_ pula mengakui bahawa kawasan air terjun tersebut berbahaya kerana banyak kes seakan sama pernah berlaku di situ.
Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah juga menyatakan ucapan takziah mereka ke atas mangsa yang merupakan pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi).
Al – Fatihah kepada Allahyarham Abdullah Ammar Bin Mohd Sharimshah, Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) yang telah meninggal dunia.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. pic.twitter.com/jye5BRU6ET
— Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS (@jhepumsofficial) August 29, 2020
Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Kita seharusnya mengambil 2 kejadian ‘back-to-back’ ini sebagai satu pengajaran untuk sentiasa berhati-hati di kawasan licin dan deras seperti sungai, air terjun serta laut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...