ARTIKEL BERKAITAN: Jasa Dr Maszlee Dikenang IPT Menerusi Medis Sosial
Semuanya berjalan seperti biasa..
..sehinggalah perubahan yang bakal berlaku tak lama lagi.
Menurut Tun M, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara.
OMG, for real?!
Pengenalan semula ini adalah kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut diperkenalkan dari sistem antarabangsa.
“Kebanyakan silibus datang ke Malaysia melalui medium Bahasa Inggeris. Kita tak mahu mengelirukan rakyat kerana kita mendapati mereka yang belajar Sains (dan Matematik) dalam Bahasa Melayu sukar untuk mendapatkan pekerjaan di tempat kerja yang menggunakan Bahasa Inggeris,” kata beliau dalam sebuah mesyuarat tertutup semalam menurut laporan Astro AWANI.
Tun M bagaimanapun sedar, beberapa idea yang ingin dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara seperti ini tidak mudah untuk dipersetujui oleh ramai pihak.
“Tetapi saya merasakan perlu untuk melaksanakan beberapa perkara ini bagi memastikan anak-anak kita dapat membesar dan mampu menyelesaikan masalah yang akan dihadapai sewaktu dewasa kelak.
“Itulah tujuan sebenar pendidikan,” jelas beliau lagi.
*
REMAJA melihat perubahan yang bakal berlaku ini sebagai sesuatu yang perlu pantas diadaptasi oleh pelajar di seluruh negara sekiranya ia benar akan diimplementasi.
Kami tidak menidakkan kepentingan untuk mempelajari subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kerana pembelajaran kedua-dua bidang tersebut di peringkat tertiara akan menggunakan medium Bahasa tersebut.
Namun bagi pelajar sekolah menengah dan ibu bapa pula, mereka terpaksa bergelut untuk membeli bahan bacaan baru dan menyesuaikan diri dengan terma baru. Malah ada juga netizen yang menyindir akan konsep Kementerian Pendidikan Malaysia yang gemar ‘melakukan perubahan’.
“Bila tukar menteri, tukarlah lagi sistem pendidikan. Biasalah,” kata salah seorang pengguna Twitter.
Untuk pengetahuan, Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa penghantar di peringkat Tingkatan Enam, Matrikulasi dan Universiti.
Apa pendapat korang? Setuju atau tidak dengan implementasi ini?