Bibir merah semula jadi memang jadi idaman semua. Salah satu cara mudah dan selamat untuk dapatkan bibir merah adalah guna beetroot atau bit merah.

ARTIKEL BERKAITAN :  6 Fungsi ‘Tersembunyi’ Lip Balm, Salah Satunya Boleh Dijadikan Makeup Remover

Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm Beetroot, Ini Cara DIY!

Beetroot ni kaya dengan vitamin dan antioksidan yang bukan saja bagi warna merah semula jadi tapi juga menyihatkan bibir. Jom tengok langkah-langkah nak guna beetroot untuk merah kan bibir!

Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm BEETROOT, Ini Cara DIY!
beetroot lip balm

Bibir Kering, Gunakan Lip Balm Beetroot

Kalau ada mengalami bibir mengelupas, kering dan gelal, boleh cuba tip ini. Hanya guna lip balm dari beetroot.

Lagipun, semua orang tahu manfaat beetroot ini sangat bagus untuk kulit, berikan merah bibir semulajadi dan cerahkan kulit.

Ads

Bahan:

1. Hiris beetroot dan tumbuk atau parut.

Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm BEETROOT, Ini Cara DIY!
beetroot lip balm

2. Tapis airnya.

3. Kemudian, campurkan 2 sudu vasaline..

4. Kacau rata

Ads
Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm BEETROOT, Ini Cara DIY!
beetroot lip balm

5. Bila dah sebati, letakkan dalam bekas yang senang nak dibaw ke mana-mana.

Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm BEETROOT, Ini Cara DIY!
beetroot lip balm

6. Guna 3 kali sehari, nanti boleh lihat hasil nya, bibir tak kering dan semakin cerah.

Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm BEETROOT, Ini Cara DIY!
beetroot lip balm

Inilah rahsia bibir merah semulajadi, tak perlu nak guna produk lain pun.

Sumber: teamon (tiktok)

Ads

 

@teamon.jb Bulan puasa bibir kering merekah lepas tu hitam👄🫢.Boleh guna petua ni.This is for you.#bibirkering #petuakulitcantik #teamonskin ♬ original sound – TeamonJB

Manfaat Beetroot untuk Bibir

Beetroot dikenali mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, termasuk untuk kesihatan kulit dan bibir.

Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm BEETROOT, Ini Cara DIY!

  1. Kaya dengan Antioksidan: Beetroot mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit bibir.
  2. Sumber Vitamin dan Mineral: Vitamin C dan zat besi dalam beetroot membantu meningkatkan peredaran darah, memberikan warna merah semula jadi pada bibir.
  3. Melembapkan Bibir: Beetroot mempunyai kandungan air yang tinggi, sehingga membantu menjaga kelembapan bibir.

BACA LAGI : 6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI