Bibir Merah Semulajadi Dengan Lip Balm Beetroot, Ini Cara DIY!
Beetroot ni kaya dengan vitamin dan antioksidan yang bukan saja bagi warna merah semula jadi tapi juga menyihatkan bibir. Jom tengok langkah-langkah nak guna beetroot untuk merah kan bibir!
Bibir Kering, Gunakan Lip Balm Beetroot
Kalau ada mengalami bibir mengelupas, kering dan gelal, boleh cuba tip ini. Hanya guna lip balm dari beetroot.
Lagipun, semua orang tahu manfaat beetroot ini sangat bagus untuk kulit, berikan merah bibir semulajadi dan cerahkan kulit.
Bahan:
1. Hiris beetroot dan tumbuk atau parut.
2. Tapis airnya.
3. Kemudian, campurkan 2 sudu vasaline..
4. Kacau rata
5. Bila dah sebati, letakkan dalam bekas yang senang nak dibaw ke mana-mana.
6. Guna 3 kali sehari, nanti boleh lihat hasil nya, bibir tak kering dan semakin cerah.
Inilah rahsia bibir merah semulajadi, tak perlu nak guna produk lain pun.
Beetroot dikenali mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, termasuk untuk kesihatan kulit dan bibir.
Kaya dengan Antioksidan: Beetroot mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit bibir.
Sumber Vitamin dan Mineral: Vitamin C dan zat besi dalam beetroot membantu meningkatkan peredaran darah, memberikan warna merah semula jadi pada bibir.
Melembapkan Bibir: Beetroot mempunyai kandungan air yang tinggi, sehingga membantu menjaga kelembapan bibir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.