Ahli Big Bang, Daesung dikhabarkan dalam proses untuk menjual bangunan di Gangnam yang sebelum ini terlibat dengan aktiviti haram.

Memetik Channel A, bangunan tersebut dijual dengan harga RM136 juta dimana dia bakal memperolehi keuntungan sebanyak RM16 juta.

Perkara tersebut turut disahkan oleh broker dimana dia mengatakan bahawa pihak Daesung kini dalam proses untuk menjual bangunan tersebut dengan kadar segera.

“Daesung memulakan proses untuk menjual bangunan tersebut sejak dia mula mengetahui bahawa laporan aktiviti haram bakal dilaporkan media,” katanya.

Selain itu, broker tersebut juga turut mengesahkan penglibatan agensi Daesung iaitu YG Entertainment dalam proses penjualan bangunan tersebut walaupun perkara tersebut dinafikan oleh syarikat itu.

Ads

“Ya, Y Entertainment, saya tidak akan tambah G,” katanya lagi.

Penjara 7 Tahun?

Sementara itu, Daesung juga berdepan dengan hukuman penjara 7 tahun sekiranya dia didapati mengetahui mengenai aktiviti haram di premis miliknya itu.

Ads

Daesung Bagi Kenyataan

Penyanyi itu juga sebelum ini mengeluarkan kenyataan memohon maaf mengenai perkara tersebut dan mengakui kelalaiannya untuk menguruskan bangunan tersebut.

Ads

“Saya ingin memohon maaf kepada semua orang berkaitan isu ini  semasa saya berada di dalam tentera dan juga kerana mendatangkan kerisauan kepada semua orang.

“Bangunan tersebut saya beli sebelum saya memasuki tentera dan ia berada di bawah nama saya dan disebabkan saya memasuki tentera sejurus lepas membeli bangunan tersebut saya ingin memohon maaf kerana tiada pengalaman menguruskan bangunan.

“Ketika membeli bangunan tersebut, semua penyewa sudah menjalankan perniagaan mereka jadi saya tidak mengetahui jika ada perniagaan haram yang dijalankan.

“Saya sedar akan kesilapan saya dan kini sedang muhasabah diri. Saya akan cuba yang terbaik untuk pada masa akan datang, terima kasih,” tulisnya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI