Selepas kejayaan kumpulan K-Pop popular, BTS menerusi lagu Dynamite yang menduduki tangga teratas dalam carta lagu Amerika Syarikat, Billboard Hot 100, timbul pula satu spekulasi tentang penangguhan latihan ketenteraan oleh salah seorang anggota mereka.
Big Hit Entertainment memberi spekulasi bahawa pendaftaran latihan ketenteraan Jin BTS mungkin akan ditangguhkan sehingga akhir tahun hadapan.
Menurut agensi, Jin yang sepatutnya menyertai latihan tentera sebelum hujung tahun ini ber’kemungkinan besar’ dapat menangguhkan pendaftarannya sehingga akhir tahun 2021.
Khabarnya, Akta Perkhidmatan Tentera sedang disemak semula untuk memberi pertimbangan terhadap selebriti yang banyak menyumbang daripada segi budaya dan ekonomi bagi senarai individu-individu yang layak menangguhkan latihan ketenteraan.
Walaupun belum disahkan secara rasmi, namun label tersebut menyatakan bahawa situasi ini berkemungkinan besar akan berlaku.
Jadi, sama-sama kita nantikan sama ada Jin sah menangguhkan latihan tenteranya atau tidak.
Sumber: allkpop.com