Err, banyak ya drama yang berlangsung pada siaran langsung konsert Big Stage malam ini walaupun baru pada minggu pertama!
Namun sebelum itu, kami ingin menyenaraikan dulu beberapa perubahan yang dllakukan oleh produksi Big Stage pada musim ketiga ini.
Pertama sekali, konsert minggu terpaksa diadakan dalam situasi norma baharu di mana jumlah penonton yang dibenarkan masuk ke dewan Putrajaya International Convention Centre (PICC) adalah terhad.
Perubahan juga berlaku pada set penjurian tetap apabila Dayang Nurfaizah menggantikan tempat duduk Datuk Seri Siti Nurhaliza. Manakala, komposer terkenal Ajai menyertai penyanyi ‘Lelaki Teragung’ itu serta Faizal Tahir.
Walaupun terdapat 3 juri tetap, hanya 2 kad imuniti saja diberikan kepada mereka untuk menyelamatkan mana-mana peserta daripada tersingkir sepanjang musim ini.
Haa, okay lets spill the tea!
Topik trending pada malam ini tentunya terarah kepada pemarkahan rendah oleh Ajai terhadap beberapa peserta Big Stage. Malah salah seorang daripada 12 peserta yang bertanding hampir tidak mendapat sebarang markah daripada Ajai!
Ajai memberikan hanya 2% kepada Dr Hafiz Zainal, 21% kepada Nana Sheme dan 20% kepada Amir Hassan!
Manakala, markah Ajai untuk peserta lain rata-rata dalam linkungan 50% ke 60%. Sebelum korang kecam Ajai seperti yang sedang berlaku di Twitter sekarang, perlu diingat bahawa Dayang Nurfaizah juga agak tegas dengan pemarkahan beliau. 7 peserta memperolehi markah dibawah 60% oleh Dayang.
Ajai nyata tak berdolak-dalih dalam sesi memberi komen.
Kata Ajai kepada Amir, “Awak sedap mata memandang tapi tak sedap telinga mendengar. Banyak sangat benda yang awak kena polish, banyak sangat. Menyanyi ini bukan setakat hobi, ia adalah satu pemberian.
“Bila menyanyi secara live, awak perlukan lontaran suara agar awak seiring dengan live band. Kedua, awak kena kenal not, pitching. Walaupun awak kurang dari segi bakat semula jadi, tapi awak masih ada semangat untuk belajar,” tegur Ajai.
Sampai berpeluh lah Amir dibuatnya bila mendengar komen sedemikian!
But that is not the end, Dr Hafiz Zainal menjadi ‘mangsa’ kepada pemarkahan 2% oleh Ajai.
Terus-terang, Ajai menyatakan nyanyian Hafiz sumbang sepanjang penyampaian lagunya.
“Jangan benci saya, tetapi saya tak boleh beri poin apa-apa untuk nyanyian awak. Dari awal hingga akhir, you are out of tune.
“Lain kali, jangan perasan awak sumbang. Awak kena alert, pastikan kalau dah sumbang itu jangan sambung menyanyi. Bila dah sumbang, cuba hum sehingga dapat key yang betul. Atau kalau awak buat pengsan pun lagi best.”
Yikes!
Kalaulah kami menerima komen sebegitu rupa, hhm tak tahulah apa nak buat atas pentas tu.
Keputusan juri pada akhirnya nyata tidak menyebelahi Amir, Hafiz dan Nana apabila mereka sebulat suara diletakkan di kedudukan 3 terendah. Here comes another drama.
Selalunya, konsert pertama tidak akan menyingkirkan mana-mana peserta. Namun pada kali ini, juri seakan tidak tahu sama ada ingin menyelamatkan Amir Hasan yang berada di kedudukan terendah.
Amir dinamakan sebagai peserta pertama yang meninggalkan Big Stage pada musim ini, dan sempat untuk memberikan ucapan lagi. “Saya ingin berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi peluang.
“Terima kasih kepada kru produksi, famili, kelab peminat dan rakan-rakan baru saja yang memberi ilmu dan pengalaman. Babah (kepada ayah Amir yang baru meninggal dunia), sekurang-kurangnya Amir dah sampai atas pentas,” ucapnya.
20 saat terakhir sebelum program menutup tirai, Alif mengejari Amir ke belakang pentas untuk mengumumkan tiada penyingkiran akan dilakukan pada minggu ini.
Wait, what?!
Rata-rata penonton di akaun YouTube siaran langsung Big Stage juga keliru akan apa yang sedang berlaku dan beranggapan ini adalah sebahagian daripada gimik produksi.
Amir meluahkan rasa syukurnya dapat ke konsert kedua pada minggu hadapan. Namun ramai yang masih keliru akan apa yang berlaku pada episod pertama ini.
Hhm, korang sempat menonton tadi? Apa pendapat korang?