Biggest SNUBS! 5 Lagu Yang Pendengar Rasa Patut Sertai AJL35

Share

 

Sukar sekali untuk kita puaskan hati semua orang bukan?

Keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 semalam telah mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dengan pemilihan kesemua lagu tersebut dan merasakan ia membawa angin perubahan dalam industri muzik negara.

Namun, tidak kurang juga yang merasakan ada beberapa buah lagu yang lebih layak menempah tiket ke pentas berprestij itu.

ARTIKEL BERKAITANKeputusan Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35, Siapa Favourite Korang? – REMAJA

Entah di mana silapnya, lima buah lagu ini terkandas di peringkat separuh akhir selepas penilaian dilakukan oleh juri. Harapan yang besar hadir daripada pencinta muzik tempatan, dan penyanyi telahpun membuat sehabis baik untuk menggalas karya sang pencipta lagu. Malangnya, rezeki tidak menyebelahi mereka.

Ini merupakan 5 buah lagu yang pendengar rasakan harus diberi peluang dan boleh melakukan sesuatu yang menakjubkan di Anugerah Juara Lagu 35.

 

Sembah

Penyanyi: Naim Daniel ft Man Kidal

Ciptaan: Naim Daniel & Iqie Hugh

Biarpun muat naik di Instagram Naim Daniel semalam menampakkan seakan dirinya kecewa dengan keputusan tersebut, penyanyi remaja itu menidakkan tanggapan itu. Dia memilih untuk memandang ke sudut positif dan berpendapat juri lebih tahu apa yang mereka lakukan.

Sembah merupakan salah sebuah lagu yang diperkatakan sepanjang tahun 2020. Kolaborasi nama muda seperti Naim dan Man Kidal, seorang lagenda gitaris dalam industri muzik Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang segar; seperti yang sering dilakukan oleh penyanyi luar negara.

Sembah berkisarkan lelaki yang telah memberikan segalanya kepada si kekasih, namun pemberian tetap tidak dihargai.

 

Sebentar

Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Ciptaan: Faizal Tahir, Mike Chan, Mage & Romeo

Genre rancak jarang sekali didendangkan oleh Dayang Nurfaizah dewasa ini. Lalu, Sebentar ini ibarat pengubat rindu kepada peminat yang telah lama mengikuti graf seni penyanyi kelahiran Sarawak ini sejak awal 2000-an.

Ritma lagunya menarik, interaksi Dayang bersama penyanyi latar semasa di peringkat separuh akhir juga menaikkan semangat penonton untuk terus melekat pada skrin sehingga ke not terakhir.

Namun, bukan rezeki juara AJL31 ini untuk mara memberikan seri saingan pada tahun ini.

 

Tentang Rahsia

Penyanyi: Shila Amzah & Judika (digantikan dengan Afif Tirmizie)

Ciptaan: Farouk Roman & Amylea

Garapan Farouk Roman sudah sinonim dijadikan lagu runut bunyi drama. Tak hairanlah apabila Tentang Rahsia yang menjadi penguat kepada drama Adellea Sofea menjadi salah satu lagu harapan.

Tentang Rahsia dihasilkan dari jalan cerita drama tersebut yang sarat dengan rasa romantik dan sedih. Liriknya ringkas tanpa perkataan yang terlalu ‘berbunga’. Namun itulah kekuatan Tentang Rahsia yang mudah menangkap pendengar untuk benar-benar menghayatinya.

Terik matahari, kan mengintai
Gelap yang sembunyikan teduhmu

Like, who writes songs like this anymore?! Disebabkan itulah, kami terkilan apabila ia tidak berjaya ke AJL ke-35

 

Sakit

Penyanyi: Yonnyboii & Zynakal

Ciptaan: Yonnyboii & Zynakal

Sakit merupakan salah satu karya paling popular pada tahun ini.

Tidak keterlaluan sekiranya penulis berpendapat bahawa 2020 telah membawa sinar baru dalam industri muzik in the form of Yonnyboii. Sebagai pencipta lagu dan penyanyi generasi terkini, Yonny tidak sekadar bergantung harap pada teknologi bunyi dalam penghasilan lagunya.

Sakit umpamanya merupakan sebuah lagu dengan makna mendalam bukan saja buat Yonny tetapi Zynakal. Ia dicipta untuk menulis isi hati penyanyi itu. Isu depresi yang dihadapi Zyn bukan perkara mainan dan Sakit di sini membawa erti bermakna buatnya.

Bagaimanapun, itu semua mungkin tidak cukup buat juri. Bak kata ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35 iaitu Azmeer semalam, Sakit adalah lagu popular dan bukan lagu pertandingan; meskipun beliau menyukainya.

 

Takdir Tercipta

Penyanyi: Hafiz Suip & Adira

Ciptaan: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Dalam banyak-banyak comeback yang memijak pentas SFMM35, ini merupakan comeback paling kami nanti-nantikan. Kelibat Hafiz dan Adira di AJL menerusi lagu berhantu, Ombak Rindu pernah mencipta magis yang sukar digambarkan.

Kehebatan vokal dan penghayatan mereka berdua usah dipertikaikan lagi. Lagu Takdir Tercipta juga ‘senang’ pada halwa telinga pendengar. Sekiranya Hafiz dan Adira ke pentas akhir, kami dapat bayangkan bagaimana mereka berdua akan menjadi salah satu saingan sengit untuk 11 lagu peserta lain.

*

Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.

Published by
FZ