Penyanyi Farhan Shah menjadi bintang Big Stage 2023 keempat yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung, pada Ahad.
Farhan Shah yang mendapat markah sebanyak 64.00% gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketujuh yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Penyanyi dari Singapura yang mendendangkan lagu Fighter nyanyian asal oleh Christina Aguilera itu gagal memuaskan hati para juri.
Farhan tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai dan Aina Abdul bagi menyelamatkan kumpulan Dem Lepak Boyz yang sepatutnya menjadi peserta yang tersingikir pada malam ini.
Selain Farhan, peserta yang menduduki ‘bottom three’ ialah Firdaus Rahmat dan Dem Lepak Boyz.
Ads
Manakala, peserta yang menerima markah tertinggi sebanyak 95.67% sekali gus menduduki kedudukan pertama bagi minggu keenam ialah Waode dengan mendendangkan lagu Ikan Dalam Kolam asal oleh El Corona.
Penyanyi Putera Muhammad pula menjadi pemenang Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa Konsert Minggu 5 dan Dominasi Persembahan Terbaik Konsert Minggu 6.
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu keenam Big Stage:
Ads
Waode : 95.67%
Putera Muhammad : 95.00%
Nadeera Zaini : 93.33%
Hoondoo : 87.67%
Puteri Khareeza : 82.67%
Coex : 82.33%
Aufahanie : 71.67%
Dem Lepak Boyz : 70.67%
Farhan Shah : 64.00%
Firdaus Rahmat : 61.33%
9 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat,dan Puteri Khareeza.
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh Penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah penyanyi terkenal dari negara seberang, Datuk Seri Rossa.
Ads
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pelakon dan usahawan, Aeril Zafril.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh enggan mengulas secara terperincimengenai kontroversi konsert Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.
Dalam temu bual bersama Remaja, pelantun lagu popular Cinta itu juga mengakui bahawa dia belum bertemu dengan pihak penganjur, Orange International Entertainment.
“Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sebab tiada informasi langsung mengenai konsert cuma boleh harapkan dapat dijayakan dengan sempurna. Lagipun konsert ini mengetengahkan konsep bagus yang mana menggabungkan semua penyanyi Sabahan.
“Saya juga belum berjumpa dengan pihak penganjur lagi untuk berbincang. Kontrak semua biarlah menjadi rahsia dahulu, saya tidak berani cakap apa-apa lagi,” katanya ketika ditemui di malam gala filem Don Dukun.
Pada masa sama, Marsha turut mengunci mulut mengenai rakan seperjuangannya, Stacy Anam, yang telah menarik diri daripada konsert tersebut.
“Saya yakin Stacy ada alasan sendiri dan pasti dia perlu melindungi hak dia. Bagi saya apa yang penting, penyanyi lain perlu fokus dan pihak penganjur harus teliti dengan konsep,” ujarnya lagi.
Walaupun dalam situasi yang tidak pasti, penyanyi lagu Bimbang itu berharap agar konsert yang menggabungkan penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu itu berjalan dengan lancar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fenomena K-Drama sentiasa mendapat sambutan hangat oleh peminat hiburan tanah air, bahkan penonton di seluruh dunia.
Buktinya, selain pengaruh tarian dan lagu, sudah banyak projek lakonan yang diadaptasi daripada drama bersiri Korea. Salah satu adalah drama Full House yang pernah popular 16 tahun lalu.
Full House mengisahkan pertemuan yang tak disangka antara Ji-Eun (Song Hye Kyo) dan Young-Jae (Rain). Disebabkan oleh pembelian sebuah rumah mereka terpaksa bersetuju untuk kahwin kontrak.
Full House kerap menjadi ikutan di banyak negara dan sekaligus diadaptasi dalam pelbagai versi. Berikut merupakan 7 buah drama adaptasi Full House yang telah disiarkan di negara-negara lain.
1. Full House Philippines (2009)
Watak Lee Young Jae dan Han Ji Eun dilakonkan oleh pelakon Filipina, Richard Gutierrez dan Heart Evangelista. Nama karakternya juga ditukar kepada Jessie dan Justin.
.
.
2. Ngoi Nha Hanh Phuc, Vietnam (2009)
Drama 26 episod ini dibintangi Minh Hang dan Luong Manh Hai.
.
.
3. Woon Nuk Ruk Tem Barn, Thailand (2014)
Versi Thailand ini sedikit berbeza dengan drama Full House original. Watak kasar yang dibawa oleh Rain tidak ditunjukkan dalam versi ini dan heroinnya juga lebih feminin jika hendak dibandingkan dengan Han Ji Eun.
Tapi ramai berkata, lakonan Mike dan Aom dalam drama ni memang sweet juga. Ada sesiapa sudah tengok?
.
.
4. İlişki Durumu: Karışık, Turki (2015)
Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan Full House Korea, versi ini menampilkan watak Aysegul (Siren Sirince) dan Can (Berk Okay). Yang pasti, plot ceritanya ditambah sedikit kerana drama bersiri ini mempunyai 40 episod.
.
.
5. Full House, China (2018)
Dibintangi oleh Kim Eli dan Zheng Qiu Hong, drama ini keudara pada Disember 2018 lalu. Macam best!
.
.
6. Alamatnya Cinta, Malaysia (2018)
Pelakon Singapura, Hannah Delisha bergandingan bersama Hisham Hamid dalam adaptasi Full House. Namun, tajuk dan jalan ceritanya diubah suai demi kesesuaian tontonan di Malaysia.
*
Ada yang berpendapat drama original dari Korea paling terbaik dan tak ada yang boleh menandinginya. Tapi, tak kurang juga yang memberi respon, adaptasi Thailand paling best.
Korang rasa?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu ini, arena politik negara ‘panas’ seketika apabila cakap-cakap mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri.
Ada khabar angin yang mengatakan perdana menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad ingin meneruskan pemerintahan beliau selaku PM.
Ada juga yang mendakwa beliau terlibat dalam mana-mana kumpulan yang didakwa sedang berusaha untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantikan Tun Dr Mahathir.
Bagaimanapun, kenyataan rasmi datang dari mulut Tun sendiri semalam di Langkawi.
Beliau menegaskan semua itu tidak benar dan memang benar Datuk Seri Anwar telah bertemu beliau di Putrajaya, kelmarin.
“Saya dengar cerita macam-macam. Nak suruh saya kekal sampai 20 tahun lagi.
“Saya umur dah 94 (tahun), lagi berapa bulan 95 (tahun), mana boleh tahan okay?” tambah beliau.
“Saya janji saya akan letak jawatan selepas APEC (Kerjasama Ekonomi Asia 2020 pada bulan November ini). Itu saya pegang pada janji saya. Tak terlibat dengan yang lain…cuma janji letak jawatan akan letak jawatan…” tuntas beliau.
Nampaknya, Malaysia tinggal beberapa bulan sebelum peralihan kuasa tersebut. Adakah kita sudah bersedia?
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...