Penyanyi dan juga peserta Big Stage 2023, Puteri Khareeza mampu menarik nafas lega apabila juri tetap meminta produksi rancangan tersebut untuk memberikan peluang terakhir kepada mereka yang berada di tangga tiga terbawah.
Selain Puteri , peserta yang menduduki ‘bottom three‘ ialah Hoondoo dan Firdaus Rahmat.
Manakala, peserta yang menerima markah tertinggi sebanyak 95.00% sekali gus menduduki kedudukan pertama bagi minggu kelapan ialah Nadeera Zaini dengan mendendangkan lagu Problem nyanyian asal Ariana Grande ft Iggy Azalea.
Ads
Penyanyi Putera Muhammad pula sekali lagi menjadi pemenang Dominasi Persembahan Terbaik Konsert Minggu 8.
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu kelapan Big Stage:
Nadeera Zaini : 95.00%
Putera Muhammad : 90.00%
Waode : 87.33%
Aufahanie : 83.67%
Dem Lepak Boyz : 80.67%
Firdaus Rahmat : 76.33%
Puteri Khareeza : 76.00%
Hoondoo : 58.67%
8 peserta yang akan berentap ke minggu separuh akhir ialah Hoondoo, Waode, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, dan Puteri Khareeza.
Ads
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah penyanyi bersuara emas, Ziana Zain.
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pelakon meningkat naik, Anna Jobling.
Ads
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tidak kenal dengan nama Jeremy Scott terutamanya di kalangan penggemar fesyen trend semasa. Dia yang sebelum ini cukup popular dengan rekaan sneakers Adidas kini bakal melakukan satu lagi kolaborasi menarik.
Jeremy yang kini bergelar sebagai Pengarah Kreatif jenama fesyen ikonik dari Itali iaitu MOSCHINO. Dan kali ini kersama istimewa ini menyaksikan mereka bekerjasama dengan H&M, jenama fesyen mampu milik yang menjadi sebuah produk kegemaran global.
Apa yang menarik pengumuman kerjasama ini dilakukan di menerusi laman media Instagram menerusi live call dari supermodel sensasi, Gigi Hadid kepada Jeremy Scoot yang juga merupakan kawan baiknya. Bersama-sama mereka mengumumkan projek kolaborasi koleksi MOSCHINO [tv] H&M.
Pengumuman ini dilakukan di parti MOSCHINO ketika berlangsungnya festival muzik dan seni paling popular di kalangan hipster iaitu Coachella 2018. Ia kini kini sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat.
Tayangan yang dipacarkan menerusi projektor digital di festival muzik tersebut telah mengejutkan peminat. Gigi dan Jeremy muncul menggayakan koleksi terbaru MOSCHINO [tv] H&M melakukan pengumuman yang tidak terjangka itu.
Jeremy Scott & Gigi Hadid bersama Penasihat Kreatif H&M, Ann-Sofie Johansson
Dan koleksi yang diramalkan bakal menjadi rebutan dan sold out dalam sekelip mata ini akan mula berada di pasaran pada 8 November hadapan.
“Kami berasa cukup teruja dengan projek ini. Kerjaya saya di dalam fesyen ialah cuba menghubungkan seberapa ramai orang menerusi industri ini. Dan menerusi kolaborasi ini, ia pasti dapat mencapai dan menarik lebih ramai orang kepada fesyen,” jelas Jeremy Scott lagi menerusi video tersebut.
MOSCHINO [tv] H&M merupakan kolaborasi dan kempen radikal inovasi berkonsep TV di mana media tradisional dan media sosial bertembung mencipta pengambil alihan platform dalam dunia digital.
Nantikan koleksi terbaru yang bakal berada di pasaran nanti!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun mendapat sorotan publik baru-baru ini, Bella Astillah dan Didi Astillah, pasangan saudara, tidak terpengaruh dan mampu meneruskan aktiviti seni mereka dengan melancarkan single duet berjudul Bermanja-Manja.
Sebelum ini, pasangan adik-kakak ini telah menarik perhatian dengan lagu mereka di zaman kanak-kanak dan dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Kini mereka kembali bersatu untuk menyumbangkan suara mereka dalam lagu tema untuk sebuah drama mereka iaitu Leha, Leya Lawa.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, menyatakan bahawa mereka merasa teruja diberi kesempatan untuk menyanyikan lagu Bermanja-Manja yang bakal menjadi lagu tema drama berkenaan.
“Ini adalah lagu yang ceria, dengan lirik yang mudah difahami dan suasana yang santai, yang membuat kami berhasil merakam lagu ini hanya dalam waktu dua jam tanpa tekanan berlebihan”
“Proses rakaman juga berjalan lancar berkat kerjasama dengan Mas Dewangga, yang sangat membantu dan memberikan banyak idea. Kami senang bekerja dengannya,” katanya.
Kedua adik beradik ini sering berkomunikasi untuk membahas lagu ini dan menurut mereka, proses berkolaborasi juga lebih mudah kerana mereka saling memahami satu sama lain.
“Kami berharap lagu Bermanja-Manja dapat diterima oleh pendengar, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Kami berharap lagu ini menjadi trend di TikTok,” tambah Bella.
Lagu Bermanja-Manja diproduksi oleh Alternate Records & Talents ini membawakan genre Bubble Pop dan merupakan hasil dari kolaborasi antara Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik.
Kredit: Instagram @didiangelastillah
Mas Dewangga berkata, genre ini dipilih kerana sesuai dengan karakter ceria Bella dan Didi, ditambah pula suara mereka yang unik. Dia juga mengungkapkan kepuasannya dengan kerjasama mereka selama sesi rakaman.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar kerana ia amat bersesuaian dengan semua orang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sehari dua pawagam Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) telah MELARANG sebarang bentuk rakaman secara curi-curi semasa menonton di pawagam.
Melalui pelbagai bentuk platform seperti video, artikel dan video PSA, GSC seringkali menegaskan bahawa sebarang bentuk rakaman sama ada berbentuk rakaman video, Insta Story, Snap Chat, rakaman suara serta bunyi adalah dilarang sama sekali.
Ini kerana GSC gusar sekiranya isu seperti ini berlaku, produksi filem luar negara enggan untuk berkolaborasi lagi dengan pawagam Malaysia.
Namun, nampaknya segelintir kecil netizen Malaysia masih ibarat ‘tidak faham bahasa’ dan meneruskan jua perbuatan tersebut. Terbaru, filem hangat Avengers: Infinity War menjadi mangsa kepada tayangan secara haram menerusi media sosial seperti Facebook Live, Insta Story dan sebagainya.
Ggrrr..!
Ada penonton merakam dan memuat naik babak penting Avengers: Infinity War di Instastory dan Facebook. Bukan satu dua babak tau, hampir beberapa minit jugak lah.
Malah, kami juga terkejut apabila penyanyi, Ara Johari juga merupakan salah seorang yang memuat naik babak akhir filem itu di Insta Story. Motif!
* * * * *
Okay, sekarang bukan masa untuk mengecam sesiapa yang berbuat sedemikian. Sekarang adalah masa untuk menghentikan sebarang perlakuan seperti ini. Kita sebagai penonton kenalah bertimbang rasa untuk tidak memberikan spoiler kepada penonton lain yang tidak berkesempatan lagi untuk menonton filem tersebut.
Kita semua dah menunggu filem ini sejak tahun lepas kot. Jadi pastinya, semua orang hendakkan pengalaman fresh ketika menonton.
Ungkapan “Tak nak spoiler, janganlah tengok IG Story aku” langsung tidak valid di sini kerana perbuatan merakam secaram haram itu masih dikira salah dari sisi undang-undang. So guys, lets just enjoy the movie and turn off your phone okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...