#BIGSTAGE2023 “Saya Sebenarnya Nak Terkucil Tadi,” – Firdaus Rahmat Akui Tidak Puas Hati Dengan Persembahan & Terharu Dengan Sokongan Dari Kembarnya

Share

Sejurus sahaja konsert minggu ketiga Big Stage semalam melabuhkan tirai, penyanyi Firdaus Rahmat akhirnya dapat menghembuskan nafas lega.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan Big Stage 5 Minggu 3: Naufal Azrin Tersingkir, Waode Nombor ‘Syatu’ & Dedikasi Lagu Kepada Rasul & Tuhan

Beliau yang menduduki tempat ke-9 berjaya meloloskan diri dari tergolong dalam kalangan ‘the bottom 3’ dan secara automatik selamat dari penyingkiran.

Namun ada insiden lucu di sebalik apa yang terjadi di atas pentas. Penyanyi OST drama Project High Council itu mengakui bahawa dirinya tidak puas hati dengan persembahan yang ditonjolkan malam tadi dan turut berkongsi huru-hara yang terjadi di belakang pentas.

“Saya rasa saya boleh buat yang lebih baik dari persembahan tadi. Dan sebenarnya saya nak terkucil tadi sebelum persembahan,

“Saya dah gabra habis dekat belakang pentas dan cuba minta keizinan untuk pergi ke tandas tapi tidak dibenarkan dek kerana masa yang terhad sebelum persembahan saya,” luah beliau kepada pihak media semalam.

Empunya badan sendiri mengakui bahawa dia berasa sedikit ‘lost’ apabila di atas pentas disebabkan mindanya terganggu dengan insiden tersebut.

“Tapi saya still cuba untuk berikan ‘all out’. Cuma saya rasa saya boleh buat yang lebih baik dari itu,

“Dan sejurus sahaja habis persembahan, terus saya berlari ke tandas,” ujar beliau dengan nada terhibur.

Manakala apabila ditanyakan tentang sokongan dari orang tersayang, penyanyi berusia 25 tahun itu mengakui bahawa kembarnya,Fahimi Rahmat banyak memberikan sokongan moral kepadanya sepanjang pertandingan nyanyian itu berlangsung.

“Dia banyak tolong dan jujur saya cakap dia adalah salah satu tulang belakang saya,

“Setiap minggu memang dia akan datang tengok saya buat persembahan untuk berikan sokongan moral. Dari segi lain pulak, dia percaya dengan kemampuan saya dengan memberikan ruang untuk berkarya dengan gaya saya sendiri,” ujarnya.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah kembarnya, Fahimi Rahmat yang juga merupakan seorang penyanyi di bawah naungan label Faithful Music.

“Bagi saya, ‘stage performance’ dia sangat menarik dan ada gaya unik yang tiada pada orang lain. Dalam kata mudah, dia buatkan penonton nak ‘bermanja’

di atas pentas dengannya,

“Namun apa yang mungkin boleh dibaiki ialah penjiwaan sesebuah lagu itu agar ianya lebih mendalam dan dihayati oleh telinga yang mendengar,” komennya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Astro Gempak

 

Published by
Adriana Syaurah