Inpirasi

Bijak & Berwawasan, Ini Tujuh Selebriti Malaysia Bergelar Doktor Falsafah

Share

Dunia pendidikan di Malaysia semakin berkembang maju, sementelah dengan kehadiran pemain-pemain industri yang memberikan lebih banyak input kepada pelajar melalui pengalaman yang dilalui.

Bukan sekadar menerusi kelas pengajian, bahkan mereka memiliki nilai praktikal yang tinggi dek pengalaman di dalam industri.

Berikut adalah tujuh selebriti Malaysia yang memiliki tahap pendidikan di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dari universiti terkemuka.

Dr. Norzizi Zulkifli

Merupakan pensyarah dan Ketua Pengajian Seni Persembahan di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Tekologi MARA. Dr Norzizi Zulkifli memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris & Media dari University of Wollongong, Australia.

Dr. Ahmad Idham

Pelakon, penerbit dan pengarah yang terkenal sebagai hero tv sekitar 90an dan awal 2000an ini merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran dala bidang Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia. Dr. Ahmad Idham menerima ijazah tersebut pada sesi konvokesyen UUM kali ke-34 pada tahun 2022.

Sebagai anak seni Tajuk tesis yang disiapkan olehnya bertajuk, “Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu.”

Dr. Soo Wincci

Bekas Miss World Malaysia 2008 yang juga merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara ini merupakan seorang pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Open University.

Sebelum itu Soo Wincci terlebih dahulu memiliki Sarjana dalam bidang muzik dari Berklee College of Music. Dia pernah bergelar professor madya dan mengajar di jabatan Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA.

Dr. Syamsul Hirdi (Diddy Hirdy)

Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini kini merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Memperoleh Ijazah Kedoktoran dari University of Liverpool, England, pemilik nama penuh Syamsul Hirdy bin Muhid ini mendapat tajaan daripada UUM untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Dr. Fitri Haris

Merupakan salah seorang penyanyi nasyid dari kumpulan UNIC, Dr. Fitri Haris merupakan graduan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Musicology dari University of Nottingham, United Kingdom. Mermulakan pengajian pada 2015 dia berjaya tamat pada tahun 2019. Seperti Dr. Diddy Hirdy, Dr Fitri Haris juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia.

Dr. Kartini Kamalul Ariffin

Bekas pengacara 3R dan penyampai Hot.fm ini benar-benar memberi inspirasi apabila dia berjaya menamatkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Komunikasi dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) biarpun bergelut dengan masalah kesihatan awal tahun ini.

Dengan tesis bertajuk Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, Dr. Kartini memberi sumbangan memperkasakan wanita terutamanya yang terlibat dalam industri kreatif.

Dr. Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer)

Komposer dan juri terkenal, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar telah menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif Warisan Budaya daripada Universiti Utara Malaysia.  Kini dia sudah menetap di Kedah dan bergelar Pensyarah dan Pengarah Pusat Budaya & Seni UUM sejak 1 Mei 2023.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen