Tidak dinafikan, kejelitaan raut wajah yang dimiliki oleh pelakon dan pengacara berdarah kacukan, Amelia Thripura Henderson mampu membuatkan sesiapa sahaja menoleh dua kali.
Amelia kini boleh dianggap sebagai selebriti Malaysia yang semakin selesa menempat diri sebagai buruan ramai produksi disebabkan bakat yang dimiliki, karakternya yang berwarna-warni dan tentunya, kecantikan luar dan dalam yang ada padanya.
Pendek kata, Amelia Henderson sememangnya seorang yang mempunyai pakej yang lengkap!
Lantas ramai yang terfikir sekiranya wanita berusia 27 tahun ini pernah mengidam peluang untuk mewakili Malaysia di mana-mana pertandingan ratu cantik antarabangsa?
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro baru-baru ini, Amelia yang kini sedang mempromosikan filem terbaru lakonannya, Pulau pernah sahaja berhasrat dan mempertimbangkan peluang untuk mewakili negara menerusi platform Miss Universe Malaysia.
Tambahan pula kini, Miss Universe Malaysia telah berada di bawah kepimpinan baharu bermula edisi 2023 dan tentunya, peluang yang diberikan kepada juaranya juga akan bertambah lumayan.
DAN had usia Amelia tepat-tepat berada di penghujung kelayakan umur bagi menyertai pertandingan itu yang terbuka kepada gadis dari usia 18 tahun hingga 28 tahun.
“Keinginan itu ada, rasa gementar pun ada,” tinta Amelia.
“Saya memang nak sertai dan sedang mempertimbangkan sama ada nak masuk atau tak.”
“Kalau betul saya masuk, alangkah baik kalau dapat sokongan anda.
“Saya tak rasa ingin bersaing. Untuk bertanding dengan wanita lain, saya ragu-ragu tapi nak sebenarnya. Kalau saya tak masuk tahun ini, sudah tak ada ruang untuk bertanding,” katanya.
Keinginan Amelia ini juga dipupuk oleh peraturan baharu organisasi antarabangsa Miss Universe yang tidak lagi mewajibkan pemakaian bikini sewaktu pusingan pakaian mandi. Peserta kini boleh memilih untuk memakai persalinan sukan yang lebih sopan, seperti yang dilakukan oleh dua orang wakil negara Bahrain pada edisi terdahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Boleh! Wakil Pertama Bahrain Ke Miss Universe Minta Untuk Tidak Pakai Bikini – REMAJA
“Saya bukan seorang yang selesa memperagakan bikini atas pentas. Saya tak rasa saya sanggup lakukan itu sampai bila-bila,” tambah Amelia lagi.
Satu lagi punca ramai berpendapat Amelia Henderson merupakan calon terbaik untuk memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2023 adalah kerana peraturan organisasi baharu yang kini membuka penyertaan kepada wanita yang sudah berkahwin, yang sudah bercerai dan golongan ibu juga.
Ini kerana Amelia pernah bercerai daripada perkahwinan dengan Tunku Datuk Harrunarasheed Putra Tunku pada tahun 2018 setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Adakah korang rasakan Amelia Henderson patut mencuba nasib menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia 2023?
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Akan Biased” Amelia Henderson Teruja Jadi Hos Dewi Remaja 2019 – REMAJA
BACA LAGI: Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia. – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.