Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ratu cantik bukanlah mudah. Apatah lagi apabila perlu membawa nama negara dengan baik di pentas antarabangsa. Namun perkara ini tidak mustahil jika persiapan rapi dilakukan serta keazaman yang tinggi mengiringi.
Terbaharu, Jeevasheny Anang telah dipilih sebagai Miss Intercontinental Malaysia 2022 sekaligus bakal mewakili negara di pentas Miss Intercontinental 2022 yang bakal menyambut ulangtahun ke 50 tahun ini.
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, dia memiliki ketinggian 172cm. Merupakan seorang graduan bidang kejuruteraan kimia dari Universiti Putra Malaysia, walaupun bergelar ratu cantik, Jeevasheny memiliki pekerjaan tetap sebagai seorang Jurutera Projek.
Saat namanya diumumkan sebagai Miss Intercontinental Malaysia 2022, gadis tinggi lampai berdarah Tamil ini menulis di laman Instagram bagi sebagai pembuka kata.
“Dengan hati yang penuh keterujaan & kesyukuran, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa saya telah dipilih sebagai Miss Intercontinental Malaysia 2022. Terima kasih kepada pasukan saya, komuniti pertandingan, pencinta pertandingan ratu cantik, keluarga dan rakan-rakan atas sokongan dan kasih sayang yang berterusan!” tulisnya ringkas.
Gadis cantik ini percaya bahawa percaya bahawa salah satu perkara paling berani yang boleh seseorang lakukan ialah mengenal pasti diri, mengetahui siapa diri kita, apa yang kita percayai dan ke mana kita mahu pergi.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggun, Bijak & Aktif Dalam Kerja Amal, Gadis Asal Sabah Dinobat Sebagai Miss World Malaysia 2022
Sebelum ini wakil Malaysia sudah beberapa kali berjaya menempatkan diri sebagai semifinalis. Pada 2017 misalnya Sanjna Suri berada di kedudukan top 18, Scarlett Megan Liew berada di kedudukan top 20 pada edisi 2018.
Tahun lalu, Poorani Raju yang merupakan Miss Intercontinental Malaysia 2021 berhasil menempatkan dirinya sebagai antara 20 peserta terbaik. Adakah Jeevsheny akan berjaya meraih kedudukan yang baik dalam pertandingan di peringkat antarabangsa sekaligus bergelar juara? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit foto: Instagram Jeevasheny Anang