Banjir apabila melanda tidak mengenal siapa. Dato ke Sri Paduka ke, tak kira kaum, tak kita parti, semua akan terlibat dan terjejas. Mahu tak mahu semua orang perlu bergandingan untuk terus hidup.
Mungkin ramai yang sedang pening kepala memikirkan kos yang bakal dikeluarkan untuk membaiki kereta akibat ditengelami air banjir.
Baru-baru ini tular beberapa keping gambar seorang pemilik Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami air banjir dengan menggunakan beberapa timbunan rim kertas A4.
Hantaran Facebook itu telah meraih ratusan komen dan lebih 2,000 kali perkongsian oleh pengguna media sosial yang lain. Rata-rata ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap ‘kebijaksanaan’ pemilik kereta Mercedes tersebut.
Orang ramai menyatakan lebih baik ‘korbankan’ beberapa rim kertas A4 daripada membiarkan keretanya yang bernilai kira-kira RM437,673 (tanpa kos-kos lain) ditenggelami air banjir.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan mereka yang ditimpa musibah ketika ini.
Kita tidak tahu bila mana situasi kecemasan berlaku, jadi eloklah sekiranya bersiap sedia sebelum terkena. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Basikal Je Mahal Tapi No…” Lagi Geng Basikal Buat Hal, Netizen Kesal Dengan Sikap Tak Bertanggungjawab
Boleh dikatakan sekarang hobi berbasikal semakin menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja aktiviti yang sihat malah ianya sangat menyerokokkan apabila dilakukan secara berkumpulan.
Nampaknya, geng basikal buat hal lagi apabila baru-baru ini tular gambar individu memulakan ‘trend’ memanjat roundabout Elmina untuk bergambar bersama basikal mereka.
Dikongsikan menerusi pengguna Twitter, sekaligus menimbulkan kemarahan netizen dek kerana sikap pentingkan diri pengguna basikal gara-gara demi mengambil gambar.
Habislah beruk beruk ni dah start trend panjat roundabout Elmina pic.twitter.com/R6Fg4sWJth
— hasrul (@hvsrul) December 6, 2020
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan sikap segelintir geng basikal dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan ini atas faktor keselamatan semua pihak. Malah, tindakan para individu itu tidak wajar dan merosakkan imej cyclist.
Ye ya Allah cam takde spot lain nak amik gambar. Dekat tempat U turn yang nak exit ke guthrie pun ada diorg berhenti amik gambar. Kita nak U turn pun eh eh eh sipi je nak langgar
— 25th Izaaz🦋 (@izaazXX) December 6, 2020
Ikut Peraturan!
Nak beriadah tu sebolehnya ikut peraturan dan jaga keselamatan, bukan ikut ego dihati demi sekeping gambar di IG untuk showoff (eh bukan showoff hanya memberi semangat dan inspirasi kpd yg lain 🙄🙄)
— iRkuhs (@shukrixm_) December 6, 2020
Bukan itu sahaja, seharusnya individu-individu tersebut mengikuti peraturan yang ditetapkan dan menjaga keselamatan diri dan juga orang awam.
Mungkinkah ini trend terbaru cyclist. So apa pendapat korang mengenai isu ini?
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
“Engkau Dah Kenapa..?!” Pengasas Redakan Rasa Berang Warganet Terhadap Remaja Mandi Air Mineral
Disebabkan video berdurasi 50 saat saja, kecoh media sosial tempatan dibuatnya.
Tular satu video TikTok baru-baru ini yang menunjukkan gelagat seorang remaja lelaki yang berendam di dalam sebuah tab mandi menggunakan air mineral berjenama Muarra. Perbuatan tersebut pantas mendapat perhatian warganet dengan komen mereka.
Ada yang merasakan ia adalah perbuatan membazir tatkala ada dalam kalangan kita yang struggle untuk mendapatkan sumber minuman bersih.
“Serious lah mandi air mineral? Membazir dohhhh.”
“Tudia mandi dengan air mineral. Engko dah kenapa eh?”
Namun, tidak kurang juga yang kongsikan kelebihan apabila mandi menggunakan air mineral disebabkan nilai Potential of Hydrogern (pH)-nya yang lebih baik demi menjaga kecantikan kulit daripada ancaman jerawat dan jeragat.
Komen @sidchan, “Wow baru tahu kadar pH7.6 air mineral Muarra ini paling tinggi among mineral water yang ada di pasaran, malah jauh lebih baik dari sesetengah jenama mineral water mahal. Nah aku tepek facts dekat sini!”
Ada juga yang teruja kerana baru mengetahui tentang lokasi pemprosesan air mineral Muarra ini yang diekstrak daripada sumber asli di Simpang Renggam, Johor.
@amirulasyari apa bende mandi air biasa, orang mandi mineral water muarra ph7.6 wei. Kerak atlet aku auto hilang 🤣 Haih tp ada plak member panas nengoknya! 😡#fyp ♬ original sound – amirul.asyari
Perkongsian tersebut sehingga kini telahpun mencatatkan hampir 98,000 tontonan di Twitter manakala video asal di aplikasi TikTok pula sudah ditonton sekerap 158,000 kali.
*
Setelah nama air mineral Muarra dipetik berulang kali setelah video tersebut tular, perkara ini telahpun mendapat perhatian saudara Mohamad Faruqi Mohamad Nazri; Pengasas Strawin Food Industries Sdn Bhd yang tampil dengan penjelasan.
“Assalamulaikum, pagi ni dikejutkan dengan berita viral mengenai pelanggan kami yang mandi menggunakan air mineral Muarra.
“Ramai pihak yang memuji dan mengecam tindakan tersebut. Oleh itu saya sebenarnya ingin menjelaskan bahawa air Muarra yang digunakan seperti dalam video terbabit mengandungi nilai pH sebanyak 7.6 iaitu lebih alkali dan ia baik untuk kesihatan kulit.
“Muarra juga merupakan penaja rasmi bagi kelab Melaka Timur dan KLCC Football Club. Alhamdulillah, jenama Muarra telah berkembang ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Amirul yang mandi menggunakan produk Muarra. Kita mungkin tak tahu beliau buat macam tu mungkin benefit air mineral tu sendiri,” katanya menerusi video di akaun Facebook rasmi Muarra Journey.
Tinjauan REMAJA terhadap kandungan air mineral Muarra ini juga mendapati ia boleh menguatkan tulang, menurunkan kolestrol dan menyokong pencernaan sekiranya diminum seperti biasa.
Haa, siapa yang teringin mandi air mineral lepas ini? Manalah tahu kulit korang bertambah cantik dan sihat sempena Aidilfitri tahun ini hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
[VIDEO EKSKLUSIF ] Keluarga Remaja Lemas “Diganggu” Hantu Lombong
Kisah remaja mati lemas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 tahun dalam lombong di Putra Perdana, Puchong yang turut mengorbankan nyawa enam anggota bomba minggu lalu ternyata masih menjadi bualan masyarakat kerana belum pernah terjadi dalam sejarah begitu banyak nyawa terkorban dalam satu masa ketika operasi penyelamatan dilakukan.
Semenjak mayat remaja ini timbul di permukaan lombong berjarak 800 meter dari lokasi lemas sehari selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan, ada pelbagai versi seram timbul termasuk dakwaan dari seorang pengamal perubatan yang mengatakan telah menangkap ketua jin di lombong berkenaan dan “ketua” tersebut mengaku ada 14 juta pengikut dalam lombong berkenaan.
Adakah benar wujudnya misteri dalam lombong berkenaan sehingga mengorbankan 14 nyawa dalam tempoh dua bulan?. Masa yang sama, tular juga gambar ibu arwah yang sedang pengsan di tepi lombong saat remaja itu ditemui tapi apa yang menakutkan kelihatan gumpalan rambut kerinting seolah-olah sedang memerhatikan dirinya yang sedang pengsan.
REMAJA berkesempatan menemui keluarga allahyarham iaitu ibunya, Rosmilawati Saidin, 45 tahun di kediaman dan bertanya adakah benar wujudnya gangguan misteri ini?.Ternyata memang benar lombong berkenaan menyimpan misteri kerana keluarga ini diganggu oleh hantu lombong berkenaan selepas mayat anaknya ditemui.
Menurut Rosmilawati atau mesra disapa Kak Wati, selepas arwah anaknya selamat dikebumikan pada malam selepas ditemui, dia mengakui sehari selepas itu apabila pulang ke rumahnya di Rista Villa Apartment, Taman Putra Perdana, tatkala menjelang malam dia mengakui dirinya seperti diperhatikan oleh makhluk berbulu hitam.
“ Saya sentiasa rasa takut bila menjelang malam. Kalau dulu malam tidur tutup lampu, sekarang kena buka lampu. Dalam tempoh beberapa har ini, rumah ini sentiasa terang benderang kerana kami sentiasa dalam ketakutan. Nak ke bilik air pun rasa takut. Bahu pun terasa sakit seolah-olah ada orang duduk bertenggek di bahu,” katanya.
Lihat Video Di bawah
Tambahnya lagi, bila hendak tidur, fikirannya seperti dibawa ke lombong berkenaan sehinggalah dia berasa takut untuk melelapkan mata.
“Tak tahulah tapi bila nak lelapkan mata terbayang makhluk berbulu hitam. Memang rasa takut nak tidur sehingga saya tidur dengan lampu dibuka. Dulu tak pernah berteman kalau nak ke bilik air tapi sekarang sentiasa rasa takut dalam rumah sendiri,” katanya lagi.
Kak Wati turut menunjukkan gambar dia sedang pengsan dan tular di media sosial malah berkata, rambutnya bukan kerinting seperti dalam gambar berkenaan.
“Akak tengok gambar itu pun seram, meremang bulu roma. Sejak itu sentiasa rasa takut sehinggalah sekarang,”katanya lagi. Masa yang sama, suaminya, Mohd Azzam berkata, pada hari kedua, dia juga mengalami rasa takut itu seolah-olah ada bayangan hitam dalam rumahnya.
“Bagaimana pun saya tak terlalu memikirkannya kerana tak mahu terlalu menakutkan isteri yang mengakui sentiasa rasa takut,” katanya berkata ada usaha dari abang iparnya yang memberi isterinya air untuk memulihkan semangat.
Ketakutan yang sama, seolah-olah ada makhluk diperhatikan turut dirasai oleh anak sulungnya, Muhammad Imran Hafiz yang mengakui dia juga rasa takut bila berada dalam rumahnya, sama dirasai oleh Mamanya.
Seorang rakan baik keluarga ini yang kebetulan berada di rumah keluarga ini ketika REMAJA bertandang ke rumah keluarga ini, Khairul Anuar yang turut sama menyelam sebelum bomba melakukan operasi menyelamat, mengakui dia sendiri tidak boleh masuk ke rumahnya sendiri selepas membantu keluarga ini kerana dihantui rasa takut.
“Sebelum ini hati saya kering. Tak pernah rasa takut pun malah biasa dengan air. Petang semasa arwah terjatuh, saya pergi menyelam. Malah gambar saya bersama seorang rakan, Faizal turut tular di media sosial seolah-olah ada makhluk seram bertenggek di bahunya.
“Tapi selepas kejadian ini, saya sendiri rasa takut, seolah-olah ada bayangan hitam yang sedang memerhatikan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: MIMPI SUAMI MENINGGAL DUNIA DUA MINGGU LALU, TAK SANGKA JADI KENYATAAN
Dalam pada itu, keluarga allahyarham adik Muhammad Ilham Fahmy turut menafikan bahawa keluarga mereka ada memberi arahan kepada pihak bomba untuk mencari arwah anak mereka biarpun hari sudah malam ketika itu.
“Kami tiada kuasa memberi arahan. Malah sebelum bomba datang pun usaha sudah kami lakukan termasuk menyelam sendiri sehinggalah selepas penat usaha mencari, kami menelefon pihak bomba untuk operasi menyelamat,”katanya yang menafikan keluarganya ada memberi arahan sebagaimana tular di media sosial.
Lihat video di bawah
Jom doa yang baik-baik dan semoga roh adik Ilham Fahmy ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.