Bijak! Lindungi Hak Dan Elak Di Eksploitasi, Dua Lipa Paten Nama

Share

Isu eksploitasi dan plagiat bukan hal yang asing dalam industri fesyen mahupun dunia muzik lagi-lagi selebriti popular. 

Tambahan pula, segelintir penghasil karya tidak mampu untuk mempatenkan atau membuat hak cipta pada rekaan masing-masing, menjadikan idea rekaan mereka di buru oleh pihak dan jenama-jenama tempatan lain yang tidak bertangungjawab.

Dua Lipa yang merupakan penyanyi dan juga ikon fesyen, baru-baru ini mengambil keputusan untuk mempatenkan namanya bagi mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Memetik laporan NBC, penyanyi yang mula terkenal dengan lagu New Rules ini  sudah mendaftarkan namanya untuk pelbagai produk seperti pakaian, kosmetik, permainan komputer, buku, barang kemas dan peralatan dapur.

Sedar Dirinya Ramai Peminat

Melalui sumber kepada The Sun, “Dua sedar dirinya kini mempunyai peminat yang ramai. Penyanyi itu mengambil tindakan untuk mempatenkan namanya bagi menjana pendapatan sampingan dengan mengikut jalan yang betul.

Mohon Beberapa Negara

Bukan itu sahaja, Dua juga membuat permohonan untuk mendaftarkan namanya di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia, Israel dan Asia Timur. Sekiranya permohonan itu diluluskan, penggunaan nama Dua Lipa perlu mendapat izin daripada penyanyi tersebut selama 10 tahun.

Dalam erti kata lain, pihak tidak bertanggungjawab tidak akan mampu memperoleh keuntungan menggunakan nama penyanyi tersebut sekiranya permohonan berkenaan diluluskan oleh hakim.

Bagus juga tindakan yang dilakukan oleh Dua ni, moga lebih ramai yang sedar dan ikut langkah Dua bagi memerangi isu plagiat ini.

Sumber : The Sun US

Published by
Nana