Chia seed, atau biji chia, telah menjadi semakin popular sebagai makanan super di kalangan mereka yang mementingkan kesihatan. Biji kecil ini berasal dari tanaman Salvia hispanica dan kaya dengan nutrien yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan.
Chia seed mengandungi pelbagai nutrien penting seperti serat, protein, omega-3, kalsium, magnesium, dan zat besi. Dengan kandungan kalori yang rendah, biji chia adalah tambahan yang berkhasiat kepada diet harian anda.
2. Menyokong Kesihatan Jantung
Chia seed kaya dengan asid lemak omega-3, yang dikenali untuk menyokong kesihatan jantung. Omega-3 membantu mengurangkan keradangan, menurunkan tekanan darah, dan menurunkan tahap kolesterol jahat (LDL).
3. Membantu dalam Penurunan Berat Badan
Serat dalam chia seed membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama, mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan. Ini boleh membantu dalam usaha penurunan berat badan. Chia seed juga menyerap air, membentuk gel yang boleh membantu mengawal selera makan.
Ads
4. Menyokong Kesihatan Pencernaan
Serat tinggi dalam chia seed membantu memperbaiki sistem pencernaan dengan merangsang pergerakan usus yang sihat. Ini boleh membantu mencegah sembelit dan masalah pencernaan lain.
5. Menyediakan Tenaga yang Berkekalan
Biji chia mengandungi protein yang baik untuk pembinaan dan pembaikan otot. Protein juga membantu menyediakan tenaga yang berkekalan, menjadikan biji chia pilihan yang baik untuk sarapan atau snek sebelum bersenam.
6. Meningkatkan Keseimbangan Gula dalam Darah
Serat dan protein dalam chia seed membantu mengawal paras gula dalam darah. Ini adalah penting untuk mereka yang menghidap diabetes atau mereka yang ingin mengelakkan lonjakan gula dalam darah.
Ads
7. Menyokong Kesihatan Tulang
Kandungan kalsium, magnesium, dan fosforus dalam chia seed sangat baik untuk kesihatan tulang. Ini membantu mengekalkan kekuatan dan ketahanan tulang, yang penting terutamanya bagi golongan warga emas.
8. Mengandungi Antioksidan yang Tinggi
Chia seed kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan. Ini boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung, serta memperlambat proses penuaan.
Chia seed
Penyediaan Chia Seed
Chia seed sangat serba boleh dan boleh ditambahkan ke dalam pelbagai jenis makanan. Anda boleh mencampurkannya ke dalam smoothie, yogurt, oatmeal, atau salad. Ia juga boleh digunakan sebagai pengganti telur dalam resipi vegan dengan mencampurkannya dengan air sehingga membentuk gel.
Ads
* Bagi korang yang ingin menurunkan berat badan dan mengawal pengambilan makanan harian boleh amalkan minum air rendaman ‘Chia Seed’ ini selepas makan. Ini kerana antara khasiat dalam chia seed ini, ia boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan tidak selalu berasa lapar.
Artikel diambil dan diolah daripada Mingguan Wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak dari tahun lepas lagi, bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga menerima ujian ketika pandemik COVID-19 ini kerana ada yang terpaksa membatalkan pernikahan mereka. Sehingga kini, masih ramai lagi bakal pengantin yang terpaksa menghadapi situasi ini dan ada yang mengambil keputusan untuk melakukan majlis akad nikah sahaja.
Dengan keadaan situasi seperti sekarang, majlis perkahwinan tidak boleh dijalankan dan hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada semasa akad nikah.
Namun, ia tertakluk kepada kerajaan negeri tersebut sama ada ingin menetapkan syarat-syarat lain sebelum bakal pengantin dinikahkan.
Di Kedah, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian COVID-19 sebelum majlis akad nikah bermula 1 Februari 2021.
Gambar hiasan
Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah berlangsung.
Ujian saringan tersebut boleh dilakukan dimana-mana fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM termasuk swasta dengan kos yang perlu ditanggung sendiri.
Bagi bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula perlu mendapatkan kebenaran merentas daripada pihak polis kerana JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan untuk merentas daerah atau negeri.
Akad nikah juga akan dilaksanakan di PAID dan hanya boleh dihadiri jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, nampaknya keputusan ini menerima kritikan netizen yang menganggap ia hanyalah akan menyukarkan lagi untuk bakal pengantin dan memerlukan mereka mengeluarkan kos tambahan bagi melakukan ujian swab tersebut.
Namun begitu, ada juga yang memberi pandangan usaha ini salah satu jalan terbaik bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Sukan ‘push bike’ dilihat mampu memberikan pilihan terbaik kepada golongan ibu bapa untuk menentukan hala tuju anak mereka sebelum memilih karier sukan yang diminati di masa akan datang.
Walaupun baru berusia 6 tahun, jaguh cilik sukan pushbike, Maleeq Dragster apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai juara terbanyak kejohanan pushbike kanak-kanak.
Maleeq atau nama penuhnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd. Muzri
Catat rekod luar biasa
Maleeq Dragster atau nama sebenarnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd Muzri mencatat rekod luar biasa dengan 14 kejuaraan, termasuk memenangi gelaran juara dunia kategori lima tahun di Run Bike Series(RCS) Championship di Tokyo, Jepun.
Lebih menakjubkan, selain mampu mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut di Jepun, Wan Ayden Maleeq turut mencatat kemenangan di beberapa negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Singapura.
Gelaran juara dunia kategori lima tahun di RCS Championship, Tokyo, Jepun.
Kemenangan Maleeq
Bahkan si cilik ini juga merangkul pelbagai kejuaraan tempatan, antaranya M8 Malaysia International Pushbike GP Series 2 2024 Langkawi, M8 Malaysia International Pushbike GP Series 4 2024 Petronas dan M8 Magnificent Race 2024.
Wan Ayden Maleeq yang kebiasaannya hanya melakukan latihan rapi pada waktu malam kerana tidak mahu mengganggu hari persekolahan, menewaskan pelumba-pelumba cilik antarabangsa dalam Rockfish Cup International Championship 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Dengan catatan rekod luar biasa ini, bapanya, Datuk Seri Wan Muhd. Muzri menyifatkan kejayaan Maleeq sebagai bukti potensi sukan pushbike dalam membentuk generasi muda.
Sebagai ibu bapa, kami berbangga dengan Maleeq. Dia juga memberi inspirasi kepada adik-beradik serta rakan-rakan seperjuangan untuk lebih berdaya saing. Semoga ini menjadi pemangkin untuk melahirkan seorang ahli sukan negara yang berjaya pada masa hadapan.
Maleeq bukan sahaja mencipta rekod baru untuk Malaysia, malah mengangkat martabat sukan pushbike tempatan ke peringkat lebih tinggi agar setanding dengan sukan kanak-kanak lain di dunia. Semoga dia terus mengekalkan prestasi cemerlangnya dan menjaga nama baik Malaysia di persada antarabangsa.
Wan Muhd Muzri yang juga Presiden The M8 Cycling Club berkata anaknya itu akan terbang ke Jepun sekali lagi bulan ini bagi menyertai Kejohanan Run Bike Series (RCS).
Persis edisi terhad Proton Persona yang pernah dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd (PROTON) tidak lama dahulu, jenama kereta nasional itu kini sekali lagi tampil dengan model istimewa berwarna hitam-kuning.
Cumanya pada kali ini, ia adalah bagi model Proton X50 pula bersempena acara tahunan Malaysia Autoshow 2023.
Menariknya, model yang dinamakan sebagai PROTON X50 R3 Edisi Ulang Tahun ke-20 didatangkan dalam kemasan hampir matte sepenuhnya pada bahagian badan, bumbung hitam berkilat dan mempunyai kit aerodinamik.
‘Percikan’ warna kuning pula didapati ada pada spoiler hadapan dan skirt sisi, jalur bumper belakang, pada gril hadapan dan pada jalur penutup cermin sisi serta pelekat bonet hadapan.
Bentuk model PROTON X50 R3 ini juga jelas lebih rendah berbanding model PROTON X50 biasa bagi menjadikannya lebih sporty.
Difahamkan, model ‘handsome’ ini hanya boleh ditempah sepanjang acara Malaysia Autoshow 2023 ini berlangsung di booth pameran PROTON dan ia hanya terhad untuk 200 tempahan unit terawal sahaja. Memang eksklusif!
Ketika kunjungan pada hari pengenalan acara kepada media tempoh hari, REMAJA mendapati model yang dipamerkan ini hanyalah sekadar ‘kereta konsep’.
Spesifikasi akhir bagi PROTON X50 R3 ini termasuklah harga jualannya belum lagi dimuktamadkan. Disebabkan itulah, bahagian dalamnya belum lagi didedahkan kepada orang ramai.
Begitupun, PROTON masih memaparkan spesifikasi model berkenaan untuk rujukan bakal pembeli. Jom lihat sama ada ia berbaloi untuk korang miliki.
Terdahulu, PROTON pernah menawarkan model R3 lain termasuklah untuk model PROTON Saga R3 dan Iris R3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedang sibuk di set penggambaran di Perlis, aktor muda meningkat naik, Zarif Ghazzi sempat meluahkan rasa terharu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada...