Drama atau filem seram berkisarkan tentang zombie antara yang menjadi kegemaran peminat kerana jalan ceritanya menarik dan mampu membuatkan penonton berdebar setiap kali menyaksikan aksi ganas yang dipaparkan.
Tidak dinafikan Korea banyak menghasilkan drama-drama mahu pun filem yang membawa tema zombie yang kebanyakannya memang best untuk dilayan. Kalau korang sememangnya gemar menonton kisah zombie ini, berikut kami senaraikan antara drama dan filem zombie terbitan produksi Korea Selatan.
1. All Of Us Are Dead
Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
2. Kingdom
Drama ini berlatarkan zaman Joseon, zaman pertengahan di Korea, seorang menteri bercita-cita tinggi yang mahu mengambil alih takhta, “menyimpan” raja yang sakit yang nampaknya telah mengubahnya menjadi zombie.
Menteri tersebut menyimpan rahsia ini dari semua orang, hanya permaisuri yang mengetahui tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, anak raja, putera mahkota cuba untuk mengungkap rahsia itu. Putera mahkota mencari doktor yang merawat bapanya (raja) dan mendedahkan kebenarannya.
Ads
3. Rampant
Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hyun Bin, Jang Dong Gun, dan Kim Tae Woo, cerita ini mengisahkan tentang Lee Chung yang telah menjadi tebusan politik Dinasti Qing sebagai. Selepas 10 tahun, dia pulang semula ke Joseon dan kepulangan itu telah menemui sesuatu yang mengejutkan. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan zombie tetapi juga menerima berita kematian abangnya disebabkan oleh konspirasi dalaman istana.
4. Alive
Alive merupakan filem survival thriller tentang wabak misteri yang secara tiba-tiba merebak di seluruh Seoul. Wabak tersebut berkembang dengan cepat di luar kawalan dan menyebabkan seluruh Korea tidak dapat mengakses internet mahu pun talian komunikasi. Joon Woo dan Yoo Bin lakonan Yoo Ah In dan Park Shin Hye mereka masing-masing tinggal bersendirian dan terperangkap di dalam sebuah pangsapuri.
5. Sweet Home
Drama lakonan Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Do Hyun, Lee Si Young, Park Gyu Young ini mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya, hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia. Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk mencuba dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
6. Train To Busan
Seok Woo ialah seorang duda yang obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an. Sewaktu ulang tahun kelahiran, Soon-an mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Pada keesokan harinya, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul.
Ads
Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut. Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.
7. Happiness
Jika All Of Us Are Dead menceritakan tentang kisah sekumpulan pelajar yang ingin menyelamatkan diri dari zombie di sekolah, Happiness lakonan Park Hyung Shik dan Han Hyo Joo memperlihatkan bagaimana penghuni apartment yang ingin berjuang untuk hidup daripada terkena wabak zombie.
8. Zombie Detective
Kim Moo-Young sudah menjadi zombie dua tahun lalu. Untuk terus hidup, dia mengajuk kelakuan manusia di sebuah kampung dan kemudiannya berhijrah ke bandar. Di sana lelaki ini membuka sebuah pejabat dan bekerja sebagai penyiasat peribadi, dia tidak mengingati apapun sebelum menjadi zombie. Dia berjuang untuk hidup dalam kelompok manusia dan berusaha mengembalikan ingatannya.
Ads
9. Peninsula
Peninsula menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat berhasil melarikan diri daripada watak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi asal Jepun yang baru meningkat naik, Imase baru-baru berjaya menambat hati para peminat dalam konsert Imase 1st Asia Tour ‘Shiki’ Khamis lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Imase bukan sahaja memberikan penampilan yang bersemangat dan terbaik pada 20 Jun lalu. Malah, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berinteraksi dengan para peminat dalam Bahasa Melayu dengan perbualan kasual seperti bertanya apakah makanan terkenal tempatan, tempat yang patut dikunjungi di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Selain itu, Imase juga menyediakan skrip pendek dalam Bahasa Melayu lantas dan bersemangat menyapa peminat agar mereka rasa dialu-alukan dengan bertanya khabar dan sebagainya.
“Apa khabar semua! Nama saya Imase! Adakah anda semua tidak sabar untuk hari ini?” – Imase
“Saya sangat teruja untuk berjumpa dengan anda semua. Hari ini, jom! enjoy sama-sama ya! dan mari kita have fun sampai habis!” – Imase
Dalam pada itu, Imase turut memuji kecekapan para peminatnya yang turut mahir berbahasa Jepun semasa berinteraksi bersamanya. Imase juga sering menggunakan Bahasa Melayu untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka.
Konsert ini bertemakan ‘Empat Musim Jepun’ dan penyanyi yang popular melalui lagu Night Dancer ini ingin peminat merasai pengalaman musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk persis negara asalnya, Jepun dengan bertukar-tukar pakaian yang mencerminkan tema setiap musim.
Sementara itu, Imase juga mengambil peluang untuk mempromosikan album terbarunya Bonsai yang akan dilancarkan pada Mei lalu. Beliau mengakhiri konsert dengan tiga lagu dari album tersebut Bonsai, Lit dan Heroine meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi peminat-peminatnya di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan terkejut sekiranya mengetahui sebenarnya idola k-pop korang dulu pernah berbadan besar. Bukanlah menjadi satu kesalahan, tetapi bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat, rata-rata daripada mereka memilih untuk melakukan diet seimbang bagi menurunkan berat badan.
Berikut kami senaraikan antara selebriti lelaki Korea yang pernah berbadan besar.
1. Shindong Super Junior
Selama ini Shindong antara selebirit yang memecahkan stereotaip bahawa idola k-pop hanya perlu berbanding langsing dan berotot. Tapi sejak kebelakangan ini, Shindong tiba-tiba bersemangat untuk menurunkan berat badan.
Pada Oktober 2019, Shindong mengikuti program Juvis Diet dimana berat asalnya 116 kilogram dan menetapkan sarasan untuk turun menjadi 75 kilogram. Lima bulan kemudian, selebriti ini berjaya menurunkan berat sebanyak 37 kilogram dan beratnya kini adalah 79 kilogram.
2. Kim Ryeo Wook Super Junior
Boleh dikatakan Ryeowook adalah anggota Super Junior yang paling kurus dan berbadan kecil, tetapi sewaktu awal remaja dahulu, dia pernah mempunyai berat badan sebanyak 82 kilogram. Sejak menjadi artis rakaman SM Entertainment, Ryeowook berusaha keras untuk menurunkan berat badannya.
3. Hyun Bin
Jangan tak tahu, pelakon kacak Hyun Bin juga pernah berbadan besar sebelum menjalani proses penurunan berat badan.
4. Jung Kyung Ho
Pelakon Hospital Playlist ini pernah mempunyai masalah berat badan sewaktu zaman persekolahannya.
5. Seo In Guk
Pelakon ini berjaya menurunkan berat badan dengan melakukan regim diet yang sangat ketat.
6. Mino Winner
Mino bekerja keras menurunkan berat badan semenjak dia di bawah naungan YG dan selepas debut Winner.
7. Ahn Jae Hong
Pelakon Fight For My Way ini juga dilihat telah berjaya menurunkan berat badannya dan rahsianya adalah dengan berbasikal.
8. Kang Daniel
Bekas ahli Wanna One ini juga dilihat berjaya menurunkan berat badan ketika membuat persembahan di Produce 101.
9. Jimin BTS
Jimin pernah berkongsi kisahnya yang terlalu obsess ingin menurunkan berat badan dan mengamalkan diet yang ketat sehingga jatuh pengsan. Selepas tiga bulan, beratnya turun menjadi 68 kilogram dan adakalanya Jimin tidak makan untuk beberapa hari.
Bukan senang nak turunkan berat badan kan? Namun, disebabkan oleh kesihatan dan kerjaya, para selebriti ini berjaya menurunkan berat badan mereka dan sekarang menjadi pujaan ramai peminat.
Benarlah memang tidak ada yang mustahil selagi kita berusaha kan? So guys, siapa yang nak turunkan berat badan tu korang masih belum terlambat okay? Hiks!
Sebagai manusia, sudah tentu kita sentiasa mahu menjadi manusia yang baik dan kalau boleh setiap benda yang kurang baik itu dijauhkan dari hidup kita.
Sama seperti pelakon terkenal, Sweet Qismina juga baru-baru ini menyatakan bahawa dirinya tertarik dengan perkongsian positif yang kerap dimuat naik oleh pelakon Elfira Loy di media sosial sehingga membuatkan dia terbuka hati untuk menghadiri kelas agama.
Melalui Instagram miliknya pada petang Selasa, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi (27) turut mengucapkan terima kasih dan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengikuti kelas ilmu agama namun disebabkan kekangan masa, hasratnya tidak kesampaian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
“Alhamdulillah, terima kasih Kak Elfira selalu kongsi benda yang baik-baik di media sosial. Sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas (agama). Selalu nak pergi tapi bercanggah dengan waktu kerja”
“Tapi betul, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas seterusnya!”
Dalam pada itu, Sweet juga berkata bahawa dia seronok mengikuti kelas agama berkenaan dan mahu menyertainya lagi pada masa akan datang.
Menurutnya lagi, dia akan berusaha menyusun jadual sebaiknya bagi memastikan dapat menyertai program agama sedemikian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
Walau apa pun, semoga perkongsian daripada Sweet ini juga mampu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadi lebih baik lagi! InshAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...