Bila 3 Hero Remaja Berkumpul Di Bawah Satu Bumbung, Apa Yang Terjadi?

Share

Bukan mudah sebenarnya untuk mana-mana organisasi, media, jenama atau penganjur majlis bagi mengumpulkan selebriti Malaysia di sesebuah tempat. Apatah lagi untuk mengumpulkan mereka pada waktu yang sama, ia umpama satu harapan tinggi menggunung. Kata orang, jangan nak beranganlah!

Jadi apabila AJ De Parfum berjaya mendapatkan beberapa orang selebriti untuk berkumpul di bawah satu bumbung semalam, ramai peminat di laman Instagram tertanya-tanya apa yang terjadi setelah melihat foto yang dimuat naik oleh AJ De Parfum di akaun mereka.

Berlangsung di Subang Impian, antara selebriti yang berada di sana adalah Fattah Amin, Kamal Adli, Emma Maembong, Aizat Amdan dan Alif Muhaimin. Kebetulan pula, ketiga-tiga bekas finalis Hero Remaja yang pernah menjuarai edisi Hero Remaja masing-masing berada di bawah satu bumbung.

Kamal Adli (atas) dan Alif Muhaimin di acara apresiasi bersama AJ De Parfum. Apalah yang Kamal buat agaknya sampai budak tu menangis? Hehe..

Walau bagaimanapun, mereka bertiga menghadiri majlis tersebut pada waktu yang berbeza. Jika Alif hadir pada sebelah pagi, petang harinya pula, Fattah tiba terlebih dahulu sebelum Kamal hadir pada lewat petang. Sempat jugalah mereka berdua untuk bergambar bersama peminat.

Ia bersempena majlis apresiasi AJ De Parfum kepada pelanggan, rakan media, stokis dan ejen yang selama ini memberikan sokongan kepada perkembangan jenama tersebut. Tambahan pula, Fattah Amin merupakan duta kepada AJ De Pardum. Sudah pastilah, fan club dan peminat Fattah tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengannya sebelum Fattah berangkat untuk mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga dan pengurusnya bermula 15 November ini.

Dalam pada itu, pengasas produk berkenaan iaitu Mohd Azrul Fauzi Baharun juga memberitahu bahawa Fattah akan menyambung kontraknya sebagai duta produk AJ De Parfum untuk tempoh dua tahun lagi. Syukur, murah rezeki! Tahniah juga REMAJA ucapkan kepada AJ De Parfum kerana wangian sembur mereka itu semakin diminati ramai terutamanya golongan muda.

Published by
FZ