
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba ‘menghilang’ dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak lain tidak bukan ialah Anna Jobling!
Nah! Jawapannya ada dalam drama terbaharu Astro Honey Minta Maaf — sebuah kisah romantik komedi yang bukan saja membuatkan kita bergelak ketawa tetapi juga menjadikan kita terfikir semula makna di sebalik peluang kedua dalam hidup.
Honey Minta Maaf mengisahkan Honey, seorang pempengaruh ataupun influencer terkenal merangkap penjual madu yang berdepan impak cancel culture. Apabila netizen mula menyerangnya terutama di laman media sosial, Honey lakonan Anna Jobling membuat keputusan untuk take a break dan pulang ke kampung halamannya untuk mencari peluang healing ke atas dirinya.
Nak dijadikan cerita, pengalaman healing Honey seakan tidak menjadi apabila dia menjadi makin ‘panas’ pula setelah bertemu penduduk kampung Pasir Mega yang padat dengan kisah masing-masing!
Sewaktu di kampung, Honey bertemu Hamid lakonan Hun Haqeem yang merupakan seorang pomen surau yang bersikap low profile namun menyimpan suatu misteri. Mereka berdua bersama-sama ahli jawatan kuasa surau cuba menyatukan komuniti kampung demi satu misi besar iaitu selamatkan surau daripada dirobohkan dan seterusnya diganti dengan pusat beli-belah!
Dalam perjuangan Honey Minta Maaf kali ini, timbul kisah cinta, keinsafan dan pendedahan rahsia besar yang mengubah hidup mereka semua.
Watak-Watak ‘Honey Minta Maaf’
Anna Jobling sebagai Honey
Pempengaruh serba bergaya namun hidupnya menjadi tunggang-langgang selepas kena cancel oleh netizen dengan bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan. Lantas Honey melakukan apa yang influencer lain buat apabila dibenci; take a break dan kembali ke pangkuan ayahnya yang merupakan Imam kampung. Ingat balik kampung boleh healing, sekali bertambah drama baharu pula!
Dalam usaha untuk melupakan semua itu dengan menetap sebentar di kampung dan menghidupkan semula surau kampung, Honey tak sangka dirinya akan berdepan dengan realiti hidup yang jauh berbeza termasuklah rasa cinta yang dia sendiri tak jangka.
Hun Haqeem sebagai Hamid
Pomen surau yang kelihatan tenang dan serius namun sebenarnya merupakan seorang jejaka yang penyayang dan penuh misteri.
Ramai yang tak tahu asal-usul Hamid hinggalah Honey muncul dan satu-persatu info mengenai Hamid terbongkar. Seperti Honey, Hamid juga datang ke kampung berkenaan untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.
Dalam diam, Hamid rupanya merupakan seorang bekas banduan yang mempunyai misi baharu untuk menghidupkan kembali surau kampung. Pada masa yang sama, pertemuannya dengan Honey membuatkan Hamid jatuh cinta namun takut cintanya ditolak disebabkan statusnya sebagai bekas banduang tadi.
Razak Ahmad sebagai Pak Imam
Seorang tokoh yang dihormati di kampung. Cuma bagi Honey, hubungan dengan Pak Imam tak semudah yang disangka. Ramai yang sayangkan Pak Imam tapi untuk Honey pula …
Apabila surau kampung terancam dan Pak Imam pula mula hilang ingatan, semuanya menjadi kelam-kabut.
Nak Strim Honey Minta Maaf Di Mana?
Menarik bukan!
So guys, jangan terlepas mana-mana episod drama Honey Minta Maaf yang telahpun disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, dan 10 malam di sooka. Anda juga boleh strim di Astro Go!
Kalau korang suka drama yang memberikan vibe santai, kelakar, penuh emosi dan mempunyai mesej positif, Honey Minta Maaf ialah pilihan tepat untuk ditonton seisi keluarga. Seindah kemaafan, semanis peluang kedua – saksikan bagaimana Honey dan Hamid berdepan alur kehidupan yang tidak sah tanpa hadirnya cabaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.