Nama Sanjna Suri mungkin masih kedengaran janggal pada ramai orang tetapi inilah gadis yang sedang mewakili Malaysia di acara akhir Miss Intercontinental 2017.
Sedang berlangsung di Sunrise Garden Beach Resort di Hurghada Mesir, gadis kelahiran Ipoh Perak yang berusia 26 tahun ini merupakan bekas ahli farmasi yang memperoleh Bachelor of Pharmacy (Honours) untuk 5 tahun dari Cyberjaya University College Medical Sciences (UCMS).
Mengapa BEKAS?
Ini kerana Sanjna mengambil keputusan untuk menceburi bidang seni hiburan lebih setahun yang lalu dan kini aktif dengan kerjaya modelling
dan lakonan.Tapi korang tahu tak, perjalanan hidup Sanjna tak sentiasa berada di atas. Orangnya kelihatan cantik, kurus dan tinggi. Namun, kongsi Sanjna, dia juga pernah merasa rendah diri dengan rupa fizikalnya.
“Dulu, berat badan saya pernah mencecah 70 kilogram. Saya sedar dengan situasi badan yang tidak sihat itu, especially kerana saya mengambil ijazah dalam bidang Farmasi.
Ia banyak membuka mata saya untuk menjadi seorang yang lebih sihat dan saya akhirnya berjaya menurunkan berat sebanyak lebi 20 kilogram!” katanya yang juga menjadi antara peserta pilihan netizen untuk memenangi Miss Intercontinental 2017.
Kongsinya lagi, untuk menjadi kurus mudah saja. Pertama sekali, lupakan isu berat badan dan fokus untuk menjadi lebih sihat. Itu amatlah penting, terutamanya apabila ramai orang yang selalu elak daripada makan demi menjadi kurus.
“Jangan sesekali skip breakfast kerana dalam jangka masa panjang, kamu akan mudah hilang metabolisma dengan mudah. You think you are getting skinnier, but no. Kamu akan mudah mendapat perut yang berlemak.
“Bila kamu makan sesuatu untuk sarapan, perut kamu sebenarnya mencerna bahan-bahan yang dimakan dan ‘mendesak’ badan memproses makanan yang ada. Sebab itulah, metabolisma kamu menjadi semakin tinggi.
“ Tanpa makan, yes, you will get skinny for a week but you will gain back after that,” katanya lagi.
Tambah Sanjna, untuk sarapan, ambil buah-buahan atau protein. Karbohidrat pula HANYA untuk makan tengah hari. Bukannya semasa makan malam, bukan semasa sarapan.
Elakkan juga makanan yang berlemak, makan terproses dan gula.
“ And of course, bersenam sangat membantu TETAPI mula dari bawah. Jangan terus lakukan maraton because you will die! (ketawa).
“Mulakan dengan berjalan dulu. Contohnya, parkir kenderaan lebih jauh daripada tempat biasa dan berjalan dari kereta. Take the stairs. Dengan cara itu, badan akan mudah ‘menerima arahan’ untuk biasakan diri dengan bersenam.”
Baginya, there is no such thing as getting skinny thin. Dia pernah digelar ‘lelaki’ kerana dahulunya kurus dan mempunyai cheekbones yang tinggi. Sanjna belajar daripada pengalaman hidupnya dan fokus untuk menjadi sihat saja, bukannya kurus.
“Bila kamu lebih sihat, kamu akan bangun dari tidur dengan rasa lain dari semalam, lebih positif dan excited untuk hari baru! And that is my secret.”