Kegiatan jenayah yang banyak berlaku hari ini amat membimbangkan masyarakat terutamanya buat golongan wanita.
Sekarang ni kalau nak keluar rumah pun rasa takut bila teringatkan banyak kejadian yang berlaku disekeliling. Tapi nak buat macam mana, takkan la nak duduk saja di rumah kan? Banyak tuntutan tanggungjawab yang perlu dilakukan diluar rumah, antaranya adalah seperti bekerja dan belajar.
Oleh itu, perkongsian daripada twitter hanafiEzu ini dilihat sangat berguna untuk memberi tip keselamatan buat wanita sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Situasi 1
Seorang perempuan naik lif ke tingkat 13 waktu tengah malam. Dia seorang diri, tiba-tiba seorang lelaki tak dikenali naik sama. Apa nak buat?
Jawapan pakar:
Setelah berada dalam lif, katakan korang nak ke tingkat 13, pastikan korang menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat yang nak dituju kerana tak ada siapa yang akan berani menyerang korang dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.
Situasi 2
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan waktu tu hanya ada perempuan seorang di dalam rumah. Apa nak buat?
Jawapan pakar:
Lari ke dapur! Ini kerana korang saja yang tahu dimana serbuk cili dan kunyit disimpan dan kedudukan pinggan serta pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan korang. Mulakan membaling pingan dan keseluruhan alat dapur yang ada.
Baling dan menjerit. Bunyi yang kuat dan bising adalah musuh terbesar penjenayah kerana mereka tidak mahu ditangkap.
Situasi 3
Tengah jalan-jalan dekat satu laluan, tiba-tiba rasa macam ada orang follow dari belakang. Apa nak buat?
Jawapan pakar:
Ubah haluan! Sama ada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika korang diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan korang secara bertentangan arus.
Ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan korang dan mungkin juga mereka akan berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika korang gagal menjauhkan diri daripada mereka dan mereka terus mengekori, pusing dan jerit “Apa kau nak buat?” dengan suara yang paling kuat dan garang. Ia berpotensi untuk memalukan dan menakutkan penyerang.
Jika tidak berhasil juga, JERIT! Jika ada self alarm, gunakannya.
Situasi 4
Katakanlah contohnya baru sampai KL dari JB waktu tu dah malam. Family tak boleh ambil so terpaksa naik teksi. Tapi, tengok muka driver teksi tu semacam je dan tak ada pulak teksi yang lain dah. Apa nak buat?
Jawapan pakar:
Sebelum menaiki teksi pada waktu malam, pastikan korang mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Duduk di bahagian belakang, kemudian call keluarga atau rakan dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami.
Jika tidak ada yang menjawab call korang, pura-pura je bersembang kononnya macam korang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini akan membuatkan pemandu tahu yang orang lain dah mempunyai maklumat kenderaannya dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar.
Situasi 5
Ok la dah ambil nombor plat teksi, nama pemandu pun dah catat, buat-buat call family pun dah buat tapi driver teksi tu tetap buat hal juga. Dia tukar direction ke arah lain. Apa nak buat?
Jawapan pakar:
Gunakan tali handbag korang untuk menjerut leher pemandu tersebut daripada belakang. Dalam masa beberapa saat, dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya korang tidak mempunyai hanbag bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.
Selain daripada mengikuti langkah keselamatan seperti yang telah disebut tadi, sebaiknya sebelum keluar rumah, bagi yang beragama Islam korang boleh amalkan bacaan ayat kursi. InsyaAllah akan ada 70 ribu malaikat yang akan melindungi perjalanan kita.
Wallahualam!