Memang tak dinafikan semburan minyak wangi dapat memberikan keyakinan bukan hanya buat golongan wanita, malah kaum lelaki juga turut mementingkan penggunaan wangian dalam kehidupan seharian mereka.
Malah, lambakan jenama perfume turut melambangkan personaliti masing-masing. Para selebriti Korea Selatan turut tidak lokek untuk berkongsi dengan citarasa masing-masing.
Pastinya ini bukanlah reviu perfume memandangkan haruman masing-masing memang diakui mempunyai nota bauan wangi yang menyenangkan!
1. Song Hye Kyo: Penhaligon’s Orange Blossom
Wangian Song Hye Kyo didedahkan dalam program televisyen Get It Beauty. Dalam kehidupan seharian, artis Korea ini memakai minyak wangi Penhaligon, yang mempunyai aroma citrus dengan bunga lembut dan vanila. 100 ml dijual dengan harga £ 110, Hmm lebih kurang RM630 juga ye!
2. Son Ye Jin: Chloé Fleur de Parfum
Heroin utama drama Crash Landing On You memilih minyak wangi beraroma berry dengan campuran bungaan segar. Dilaporkan dari femalenetwork, Son Ye Jin menggunakan Chloé Fleur de Parfum dalam kehidupan sehariannya. Minyak wangi ini boleh didapati di Sephora dalam ukuran 50 ml dengan harga RM398.98
3. Park Seo Joon
Minyak wangi artis pujaan gadis ini pula mempunyai aroma mawar putih dengan campuran lada merah jambu. Peminat Park Seo Joon sudah biasa dengan minyak wangi Byredo yang digunakan oleh pujaannya. Dilaporkan dari laman webnya, 50ml perfume jenama ini dijual dengan harga 135 euro, atau lebih kurang RM660.98.
4. Nam Joo Hyuk: John Varvatos Artisan
Pilihan minyak wangi Nam Joo Hyuk sudah tentunya John Varvatos Artisan. Bintang utama drama Start Up ini memilih minyak wangi maskulin dengan campuran sitrus dan bunga. 75 ml perfume ini dijual di Sephora dengan harga 72 dolar atau sekitar RM295.75
5. Park Min Young: Creed Love in White
Park Min Young mendedahkan minyak wangi kegemarannya melalui saluran YouTube peribadinya. Artis Korea ini mengenakan Creed Love in White yang mengarungi bunga dengan campuran citrus dan vanila. Harga 30ml dijual dengan harga £ 130 atau RM738.69
6. Hyeri: Jo Malone London English Pear and Freesia
Bintang drama Reply 1988 ini memilih minyak wangi Jo Malone. Ini didedahkan oleh Hyeri di saluran YouTube peribadinya. Minyak wangi ini mempunyai aroma pear dengan campuran bunga freesia. Harganya 50ml lebih kurang 100 dolar atau RM410.76.
7. Song Joong Ki: Dior Fahrenheit 32
Bintang drama Vincenzo iaitu Song Joong Ki pula memilih minyak wangi bunga oren dengan campuran vanila. Bekas suami kepada Song Hye Kyo ini juga menggunakan minyak wangi Christian Dior dalam kehidupan sehariannya. Parfume ini, dilancarkan pada 2007, dijual dengan harga sekitar RM 284.91 dengan size 100 ml
8. Cha Eun Woo: Atelier Cologne Clémentine California
Cha Eun Woo memilih minyak wangi clementine dengan campuran juniper berry dan vetiver. Dilaporkan dari laman webnya, Atelier Cologne Clémentine California sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. Minyak wangi artis Korea ini dijual dengan harga 80 dolar atau sekitar RM 328.61 untuk size 30 ml.