Bila Dapat Kerja Baru, JANGAN Terima Counter Offer Majikan, Ini Sebab Kena Tahu

Share

Ramai orang berpindah tempat kerja atas pelbagai alasan. Ada yang dapat gaji lebih mahal, ada yang bosan kerana terlalu fussy. Ada yang bergaduh dengan rakan sekerja. Ada sebab gaji tak pernah naik sejak dua tiga tahun ini dan pelbagai lagi alasan.

Di bawah ini disenaraikan 10 tip kerjaya yang ditulis oleh Norizan bin Sharif  di facebooknya. Ternyata, generasi muda hari ini  mudah terkeliru apa yang mereka kehendaki dalam kerjaya masing-masing.

Ini 10 tips kerjaya darinya:

Ramai impikan bekerja di syarikat besar dan ternama, kalau tempat kerja baru lebih kukuh dan terkenal, jangan berpaling lagi ya.

Pilih sama ada nak jadi generalist atau specialist. Nak jadi generalist, kerja dengan syarikat kecil. Semua benda kita buat. Nak jadi specialist, kerja dengan syarikat besar. Kita buat satu skop kecil saja.

Jangan rasa sedih kalau khidmat kita tak diperlukan lagi, ada banyak lagi peluang di tempat lain

Sama ada kita kerja tetap, sementara atau kontrak, anggaplah kita kontraktor. Kita diambil untuk buat satu-satu kerja. Sampai masa kita akan pergi. Usah sedih apabila pencen, ditukarkan atau diberhentikan.

Bila berpindah tempat kerja baru sekurang-kurangnya kita akan ada pengalaman lain. Jadii jangan lepaskan peluang ya.

Pastikan kita ada dua saluran pendapatan. Buat freelance dalam bidang yang tak ada kaitan dan tak ganggu kerja hakiki. Simpan kesemua pendapatan tambahan. Usah joli sangat sewaktu muda.

Bila dapat bonus tu jangan lupa simpan sebahagian ya. Ada kegunaan time kecemasan. Mana tahu syarikat baru, bonusnya lagi banyak dari sedia ada

Usah gunakan kenaikan gaji atau bonus untuk scale-up gaya hidup. Gunakan untuk bayar hutang, buat pelaburan atau simpanan. Tak perlu nak beli kereta baru apabila naik gaji. Hidup lebih tenang kalau tak ada hutang.

ARTIKEL BERKAITAN : Mati Atau Cacat Kekal Di Tempat Kerja, Ini Cara Failkan Saman Jika Majikan Cuai

ARTIKEL BERKAITAN : Umur Baru 14 Tahun Tapi Gaji RM400 Sebulan, Kerja Apa Remaja Ini Buat?

Jangan berbelanja lebih dari pendapatan ya bila gaji kecualilah korang memang dah ada simpanan banyak sekurangnya setahun

Bezakan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup. Berbelanja di bawah kemampuan. Apa saja wang lebih dari kos saraan hidup, simpan untuk masa depan. Bukan untuk sara gaya hidup.

Pekerjaan bergantung kepada prestasi kita. Andai kita memang pekerja yang baik, memang ramailah majikan berebut

Usah ingat kita kerja tetap, kerja itu jadi milik kita sampai bila-bila. Kalau majikan nak buang kita, tak susah sangat pun. Ada 1001 cara. Bersedia untuk berhenti atau diberhentikan.

Gunakan gaji ikut formula 50:30:20. Begini. 50% gaji bersih untuk kos tetap seperti ansuran / sewa rumah dan kereta. 30% untuk kos tak tetap seperti makan di luar, beli pakaian atau melancong. 20% untuk simpanan atau pelaburan. Kalau tak dapat simpan 20% sebulan, cubalah 10%.

Jangan bimbang tentang rezeki tempat lain, adalah rezeki kita.

Sekiranya kita ditawarkan kerja baru, usah terima counter offer dari majikan sedia ada. Sebab kita minta kerja baru ialah tak suka tempat kerja sekarang. Atau nak cari padang baru.

Kalau counter offer setakat naik gaji atau jawatan, ia tak selesaikan masalah tak suka tempat kerja. Ia juga tak berikan padang baru. Kalau majikan tawarkan langit dan bulan untuk kita kekal, boleh difikirkan.

Kalau pun terima offer baik, jangan sesekali burukkkan majikan lama ya. Sebabnya kat situ dulu korang pernah cari rezekikan

Walau bagaimana hebat sekali pun, usah ingat kita tak boleh digantikan. Pekerja datang dan pergi. Apabila kita pergi, orang lain yang datang mungkin lebih baik dari kita. Beri sokongan kepada dia. Usah burukkan pengganti kita.

Tak kisahlah kerja apa, janji halalkan. Kalau korang memang berbakat, mana-mana majikan pun sudi ambil korang bekerja

Apabila nak berhenti kerja, berhentilah elok-elok. Zip mulut dan usah bercakap buruk tentang majikan. Kalau nak bercakap, bercakaplah yang elok. Apa saja yang buruk kita cakap, akan sampai balik kepada bekas majikan. Kita tak tahu, suatu hari nanti mungkin kita nak minta tolong bekas majikan. Atau, kembali bekerja di situ.

Sumber :- Norizan bin Sharif

Published by
Almaswa Haji Che Ros