Bila Elizabeth Tan React Kepada Video Parodi ‘Police Entry’, Love Ke Tak?

Share

 

Siapa yang belum pernah dengar lagu Police Entry, better sorokkan muka lah. Buat malu je!

 

Tak salah kalau kami katakan single nyanyian Elizabeth Tan itu menarik semula perhatian semua mata (dan telinga) ke arahnya sejak dua bulan lepas.

Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy berkongsi bersama REMAJA mengenai apa yang special sangat tentang Police Entry ini, sehinggakan klip videonya kini mencecah 7.2 juta tontonan!

 

Wow Lizzy, good job on securing 7.2 mil!

Bagi saya, kekuatan Police Entry terletak pada judulnya.

Ramai yang recap permainan kejar-kejar itu, jadi mudah untuk peminat faham akan konsep yang nak disampaikan oleh penciptanya, Hael Husaini dan Ezra Kong. Saya sendiri sebenarnya tak biasa dengan permainan ini (ketawa) tapi tahulah ia wujud.

 

Lizzy dan Ikmal Amry menjadi penghias cover Majalah Remaja isu Oktober-Disember, kali ini!

 

Konsep klip video yang lebih sassy..

Ini adalah kali pertama saya mengarahkan sebuah muzik video, jadi Police Entry

bagi saya betul-betul personal.

Yes, saya ingin tonjolkan sisi diri yang lebih matang. Mungkin ada yang rasakan ia agak seksi tapi bagi saya tak lah keterlaluan sangat. Saya masih kekal dengan imej Lizzy sebelum ini, cuma klip video kali ini sesuai dengan lirik lagu serta penghayatannya.

 

Police Entry untuk #GirlPower

You could say that, tetapi ia bukanlah tentang Girl Power semata. Ia juga membawa mesej bagaimana seseorang harus move on daripada patah hati akibat kecurangan pasangan.

Dari segi konsep pakaian, fesyen dan tarian pula, saya banyak mendapat inspirasi daripada Burlesque

. Jika ada yang menganggapnya sebagai anthem semangat Girl Power, let it be your anthem then.

*****

Kami sempat meminta Lizzy untuk melihat beberapa klip tarian parodi Police Entry dari YouTube dan Instagram. Cer korang sendiri tengok reaction Lizzy ni..

 

Mana yang paling onz?!

 

Published by
FZ