Bila Kena Patuk Ular Jangan Terus Hisap Bisa, Lakukan 6 Langkah Selamat Ini

Share

Bila dipatuk ular, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Sedut bisa? Ikat bahagian anggota tubuh yang dipatuk? Atau terus panik lalu jatuh pengsan?

Ha, jangan gelak dengan soalan-soalan yang kami tanyakan ini sebab percaya atau tidak, kalau dah digigit ular mesti ramai yang mula takut dan terus cemas.

Waktu inilah kepala ligat berfikir tentang petua orang-orang dulu. Kena buat itu, kena buat ini. Persoalannya, adakah segala petua yang dikongsi itu adalah benar atau hanya mitos semata?

Gambar hiasan

Nah, kalau nak tahu cara sebenar bagaimana mengendalikan patukkan ular sebelum mendapat rawatan hospital, baca pengalaman dan panduan yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ketika berhadapan dengan situasi ini.

Kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.

Jangan sedut.

Jangan ikat.

Jangan toreh.

Jangan picit luka.

 

Yang kena buat adalah :

1. Bertenang dan jangan panik

2. Jauhi ular tu

3. Jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala (tiga segi ke bulat) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk (kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas)

4. Bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular itu ke dalam saluran darah.

5. Limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la macam mana pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital.

6. Masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ya. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar.

 

 

Ingat, kalau kena patuk ular jangan panik melulu. Lakukan saja cara yang telah dikongsi ini dan segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Taufik Razif

 

Published by
Noor Ain Norman