Ramai beranggapan cirit akibat salah makan. Kekerapan masuk ke tandas berulang kali membuatkan ada kalanya kita tidak selesa sehingga badan menjadi letih. Tapi jika terlalu kerap berlaku cirit, awas ada risiko yang perlu kita beri perhatian serius di mana ia merupakan kanser usus yang mungkin tidak kita sangka sama sekali.
Baca perkongsian dari page TheDiagnosa yang dikongsi oleh Dr Latif Saad.
Kanser usus merupakan kanser ketiga yang kerap berlaku selepas kanser payudara bagi wanita. Bagi lelaki, ia adalah kanser yang berada pada tempat kedua. Perlu diketahui bahawa kebanyakan kanser usus (Kanser kolorektal) yang berlaku di negara ini selalunya dikesan apabila kanser tersebut telah berada pada peringkat akhir.
Disebabkan perkara tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat bertahan lama kerana rawatan bagi kanser yang berada pada tahap akhir adalah terhad kepada rawatan paliatif iaitu memberi keselesaan kepada pesakit sahaja.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan satu program sarigan kanser kolorektal(usus) untuk mengesan penyakit ini. Ia bertujuan untuk menyaring pesakit agar kanser pada tahap awal dapat dikesan dan dirawat terlebih dahulu untuk mengelakan ia semakin merebak.
Bagaimana Masalah Kanser Usus Berlaku?
Masalah ini bermula apabila terdapat perubahan yang berlaku pada genetik sel yang berada di kawasan usus. Perubahan tersebut akan menyebabkan sel membentuk polip iaitu satu unjuran yang tidak normal pada dinding usus.
Polip merupakan ketumbuhan yang terbentuk terlebih dahulu sebelum ia berubah menjadi kanser. Bila ia menjadi kanser, ia boleh merebak ke seluruh bahagian badan menyebabkan rawatan penyembuhan sukar untuk dilakukan.
Terdapat juga mereka yang berisiko untuk menghadapi masalah ini terutamanya mereka yang menghidapi masalah ‘Familial adenomatous polyposis’. Bagi pesakit ini, mereka akan lebih mudah menghadapi penyakit kanser kolorektal kerana usus mereka lebih mudah untuk mengalami penumbuhan polip berbanding mereka yang normal.
Apakah punca kepada Kanser Usus? Pelbagai faktor yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan sesorang itu berisiko untuk mendapat masalah kanser usus ini. Penyakit kanser usus ini boleh disebabkan faktor genetik, faktor persekitaran dan juga masalah keradangan yang berlaku di bahagian usus individu yang terlibat.
Faktor genetik – Seseorang yang mempunyai masalah genetik ini akan berisiko untuk mendapat kanser usus dimasa hadapan. Masalah genetik tersebut adalah:
Faktor Persekitaran/Diet
Terdapat kajian yang menunjukkan beberapa jenis makanan dibawah boleh meningkat risiko untuk seseorang itu mengalami kanser tersebut. Diet tersebut adalah:
Faktor Keradangan
Terdapat 2 jenis penyakit keradangan usus yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghadapi kanser usus. 2 jenis penyakit tersebut adalah
Terdapat juga faktor risiko lain yang akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghadapi penyakit ini. Ia adalah:
Apakah simptom dan tanda-tanda bagi mereka yang menghadapi perkara ini?
Beberapa simptom yang mungkin dihadapi oleh mereka yang menghadapi masalah kanser usus adalah:
Apakah cara untuk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah kanser usus ataupun tidak? Pesakit yang mempunyai simptom kanser usus perlulah melakukan beberapa jenis ujian untuk mengetahui sama ada kanser usus itu wujud ataupun tidak.
Prosedur Kolonoskopi – Prosedur yang digunakan untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai kanser usus ataupun tidak adalah dengan menggunakan prosedur kolonoskop. Dimana, kamera akan dimasukkan melalui dubur untuk melihat secara keseluruhan kawasan usus besar.
Sebelum prosedur ini dilakukan, pesakit akan diminta untuk mengambil satu jenis ubat lawas buang air besar untuk mengeluarkan semua najis daripada usus besar. Ini akan memudahkan prosedur kolonoskopi dibuat dan keadaan dinding usus dapat dilihat dengan jelas.
Kawasan dinding usus yang tidak normal dan juga mempunyai polip akan diambil sampelnya melalui prosedur tersebut dan dihantar ke makmal. Sampel tersebut akan diperiksa sama ada mempunyai sel kanser ataupun tidak. Polip pula akan dibuang ketika melakukan prosedur tersebut. Ia boleh mengelakkan daripad polip tersebut berubah menjadi kanser.
Prosedur Pengimejan – Seseorang yang telah disahkan menghidapi kanser usus, perlulah dilakukan pengimejan secara menyeluruh untuk mengetahui sama ada kanser tersebut telah merebak ke tempat lain ataupun tidak. Pengimejan yang boleh digunakan adalah seperti CT-scan, MRI dan juga Postiron Emission Tomography(PET). Setiap pengimejan ini akan ditentukan oleh doktor yang merawat pesakit tersebut.
Pengambilan Darah – Sampel darah boleh diambil untuk melihat keadaan pesakit secara amnnya. Ujian tersebut adalah:
Apakah terdapat Ujian Saringan Kanser Usus? Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan Ujian saringan Kanser Kolorektal(Usus). Ia melibatkan individu yang berusia 50 hingga 70 tahun. Sekitar umur ini dipilih kerana kanser usus majoritinya berlaku ketika seseorang itu berumur dalam lingkungan 50-70 tahun.
Dalam ujian ini, najis pesakit akan diambil dan diuji di dalam makmal. Jika terdapat darah di dalamnya, pesakit akan dirujuk ke pihak hospital untuk melakukan prosedur kolonoskopi. Dengan melakukan ujian saringan ini, kanser usus dapat dikesan pada tahap yang lebih awal dan rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit.
Malah ia juga dapat mengelakkan kanser daripada berlaku jika prosedur tersebut dapat mengesan ketumbuhan seperti polip dan membuangnya.
Apakah Rawatan yang diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ini?
Bagi kanser usus diperingkat awal, rawatan yang perlu dilakukan adalah dengan pembedahan bagi tujuan membuang kanser usus tersebut. Pembedahan ini boleh dilakukan dengan cara menggunakan laparoskopik jika kanser tersebut kecil dimana kamera akan dimasukkan daripada abdomen dan satu lagi alat akan digunakan untuk memotong dan mengularkan kanser tersebut.
Tetapi jika kanser tersebut besar, abdomen pesakit perlulah dibelah dan dibuka untuk mengeluarkan kanser tersebut.
Bagi pesakit yang mengalami kanser tahap 4, rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah rawatan paliatif dimana kita akan memberi keselesaan kepada pesakit. Sebagai contoh, jika pesakit muntah-muntah, ubat tahan muntah akan diberikan kepada pesakit.
Pengunaan kemoterapi akan ditentukan oleh doktor. Ia berfungsi untuk membunuh sel kanser yang masih ada di dalam badan.
Apakah cara untuk mencegah kanser usus?
Beberapa perkara boleh dibuat untuk mengurangkan risiko untuk mengalami masalah ini. Perkara tersebut adalah”
Anda perlulah melakukan perubahan dalam hidup anda untuk mengelakkan masalah kanser usus ini daripada berlaku. Ianya adalah dengan:
Rujukan:
Sumber : TheDiagnosa