Bila Kerap Cirit, Awas Itu Risiko Usus Tak Sihat. Atasi Dengan 6 Tip Ini

Share

Ramai beranggapan cirit akibat salah makan. Kekerapan masuk ke tandas berulang kali membuatkan ada kalanya kita tidak selesa sehingga badan menjadi letih. Tapi jika terlalu kerap berlaku cirit, awas ada risiko yang perlu kita beri perhatian serius di mana ia merupakan kanser usus yang mungkin tidak kita sangka sama sekali.

Melalaui perkongsian Public Health Malaysia , tanda-tanda yang biasa kita alami ini merupakan petanda usus tidak sihat dan boleh membawa padah jika tidak dirawat dengan betul. Awas, jika korang selalu dan kerap menghadapi masalah berikut,

Sumber Gambar : Pexels
  • Masalah penghadaman seperti perut kembung, berangin, sembelit atau cirit birit
  • Lemah imuniti tubuh, yakni kerap jatuh sakit
  • Masalah kulit, eczema
  • Perubahan berat badan

Bagi mengatasi masalah tersebut, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan keseimbangan bakteria di dalam usus.

  • Makan buah dan sayuran untuk serat
  • Kurangkan makanan berproses dan gula
  • Makan perlahan, kunyah dengan sempurna
  • Aktif secara fizikal
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Makan makanan yang kaya prebiotic dan

Paling menakutkan, masalah usus tidak sihat ini juga boleh mendorong kepada kanser usus jika tidak dipandang serius. Jadi, korang semua jangan pandang remeh jika serinag alami masalah diatas tu.

Published by
Nana