Bagai menjadi tradisi bagi orang Melayu, setiap kali musim perayaan bila mak ayah sibuk membuat persiapan hari raya, anak-anak pula akan bergembira dengan bermain mercun. Berbanding tahun sebelum ini di awal-awal Ramadan lagi akan kedengaran berita jari putus akibat bermain mercun.
Tahun ini nampaknya baru ada satu kes dilaporkan yang berlaku semalam di Terengganu. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola berhampiran rumahnya di Besut, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam tadi.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
“Mangsa dikatakan memegang mercun tersebut dengan tangan kanan dan menyalakan sumbunya menggunakan tangan kiri sebelum ia meletup tiba-tiba.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Besut oleh keluarganya sebelum dibawa ke HUSM dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan mangsa adalah stabil dengan kesan melecur dan luka di jari telunjuk, jari tengah dan jari manis di tangan kanan,” katanya.
Difahamkan, ini adalah kes pertama kecederaan akibat mercun pada Ramadan tahun ini.
Memandangkan musim PKP dan PKPB ini ramai antara kita berfikir untuk menambah pendapatan dengan menjual bunga api dan mercun.
Mungkin kita memikirkan bahawa tidak menjadi kesalahan menjual di laman sosial dengan beranggapan, ianya tidak berbahaya sangat dan sesuai dijadikan keseronokan buat kanak-kanak.
Tapi kalau korang fikir tak salah, sebenarnya sesiapa yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207).
Jika sabit kesalahan, boleh di penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
“Bermain dan membakar mercun dan bunga api dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Untuk pengetahuan, hanya bunga api jenis POP POP dan HAPPY BOM sahaja dibenarkan bermain di negara ini dan yang lainnya adalah satu kesalahan.
Namun baru ini tular di media sosial di grup Anak-Anak Muar bila mana seorang individu membuat penjualan bunga api secara terus di laman fbnya sebelum di link ke grup tersebut.
Hasilnya yang tampak menyeramkan apabila di ruangan komen Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip “menyampuk”di bahagian komen dengan membuat “order 49 shoot 5 set boleh “.
Walau tidak dinyatakan secara jelas kerana page ini hanya boleh dibaca oleh anak-anak Muar yang join grup tersebut tetapi dari komen pembaca lain jelas ia sebagai satu peringatan bahawa menjual mercun adalah satu kesalahan besar dan akibatnya boleh di penjara jika sabit kesalahan.
Hisk..mesti seramkan kalau kau jual barang terlarang dan ketua polis yang buat order, hahahaha. Mau tak tidur 100 hari.