Bila Kita Suka Judge Keburukan Orang, Begitulah Diri Kita Dinilai – Pakar Psikologi

Share

Ramai tidak sedar, ada ketikanya kita sering bercakap mengenai keburukan orang lain. Ada saja tidak kena di mata kita tentang sikap orang lain. Adakalanya kita berniat untuk menegur tapi cara teguran itu tidak sesuai.

Namun penilaian seorang pakar ini pasti membuatkan korang terkedu. Ini kerana orang yang selalu melihat kebaikan orang lain, maka kebaikan akan datang pada dirinya semula. Tapi jika kita asyik melihat keburukan orang lain, maka keburukan itu akan datang pada diri kita sendiri.

Kalau korang tak nak dinilai buruk oleh orang lain, maka jangan berbicara buruk tentang orang lain. Ini kerana kajian terkini mendapati apa jua penilaian kita terhadap orang, itulah juga penilaian orang terhadap kita tanpa kita menyedarinya langsung.

Menurut Dr Dustin Wood dari Wake Forest University dalam satu kenyataannya kepada WebMD bahawa persepsi kita terhadap orang lain akan menceritakan siapa diri kita sebenarnya.

Sebagai contoh, jika kita memandang positif terhadap orang lain, maka orang lain akan menunjukkan sikap positif kepada diri kita.

Dalam satu kajian kes melibatkan Journal Of Personality And Social Psychology apa juga perkataan yang lahir dari mulut kita sebagai contoh agak negetif, sarkastik, anti sosial dan lain-lain lagi, begitu jugalah penilaian orang pada kita tanpa kita sedar.

Kajian yang dibuat melibatkan mahasiswa luar negara yang diminta menilai penampilan rakan sekuliah mereka amat mengejutkan. Para peneliti menemui bahawa seseorang yang memiliki kecenderungan untuk menilai orang lain dengan kata-kata positif mendapati dirinya dinilai positif oleh orang lain.

Tapi bagi mahasiswa yang dinilai negetif dari segi karektornya juga dinilai negetif oleh orang lain. Kajian yang dijalankan itu ternyata mempunyai hubung kait yang kuat sekalipun kajian melibatkan antara mereka tidak saling mengenali.


Pelajar yang menulis aura positif dan kata-kata kebaikan, stabil emosinya dan lain-lain dilihat sebagai orang yang baik. Manakala individu yang menilai persepsi buruk ternyata juga dinilai agak buruk.
“Sikap buruk itu dinilai secara tidak langsung oleh orang lain,” jelas Wood.

Tenyata,apa jua perbuatan dan percakapan kita amat penting kerana lebih banyak kita memperlihatkan sikap negetif, begitulah persepsi orang mengenai kita.

Jadi, bercakaplah yang baik-baik saja terhadap orang lain kerana insya Allah, kita akan dinilai positif oleh orang lain.

Kalau tidak, diam itu lebih baik sebagaimana diajar oleh agama.

Published by
Almaswa Haji Che Ros