“Bila Lemas Di Laut, Kenapa Mayat Lambat Dijumpai?”, Ini Satu Dari Sebabnya…

Share

Ramai orang suka akan keindahan laut. Sama ada datang ke pantai untuk mandi-manda, sebahagian  pula suka ke pantai kerana mahu melihat betapa indahnya saat matahari terbenam di ufuknya.

Bukan saja jadi tempat untuk perkelahan keluarga sambil mandi manda, pantai juga menjadi tumpuan pasangan kekasih sebagai satu tempat pertemuan kerana sukakan suasana damai sambil menikmati angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Dalam keseronokan mandi mandi, sebenarnya ada beberapa pantang larang orang tua dahulu yang korang perlu tahu  khususnya kepada soal pemakaian barang kemas dan perhiasan di tubuh baik kepada orang lelaki mahu pun perempuan. Dalam pada itu, sikpa golongan remaja yang suka berseronok termasuk ketawa kuat juga perlu diberi perhatian ketika membuat perkhemahan di lokasi pantai disukai.

 

Abang Roslan punya banyak cerita dan pengalaman kerana tugasnya membersihkan pantai sejak bertahun dulu

Seorang pekerja pembersihan pantai di Pantai Port Dickson, hanya mahu dikenali sebagai Roslan yang sudah bertahun-tahun menjaga kebersihan pantai berkata, berdasarkan pengalamannya dan petua  orang tua-tua terdahulu yang punya pengalaman, ini sedikit perkongsian diberikannya.

Ingatan pertama untuk orang lelaki. Jangan sesekali memakai barang perhiasan seperti perak di tubuh ketika mandi laut. Sebabnya kalau berlaku kejadian lemas, mayat mangsa akan ditemui lebih lambat. Sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kejadian dengan keadaan mayat sudah bengkak berbanding mereka yang tidak memakai sebarang perhiasan di tubuh.

Ingatan kedua untuk orang perempuan, jangan memakai barang kemas ketika mandi laut. Sebabnya, dengan sifat air laut yang masin, tubuh badan manusia menjadi lebih cepat kecut manakala barang kemas pula mengembang bila terkena air masin. Sebab itulah, dalam seronok-seronok mandi mandi, tahu-tahu bila naik ke pantai, barang kemas di jari sudah hilang. Kalau cincin masa akad nikah, boleh menangis jadinya. Sebab itulah korang boleh tengok di tepi pantai, terutama sebelah pagi ada orang membawa mesin pengesan logam dan membuat scan di pasir-pasir pantai. Memang ada barang kemas dijumpai selepas air laut surut.

Bila jumpa botol-botol di tepi laut terutama bertutup dan mempunyai kertas didalamnya, jangan buka penutupnya. Mengutipnya boleh tetapi jangan buka. Sebabnya kebanyakan orang membuang saka semuanya dihumban ke tengah laut. Jadi kalau korang buka, faham-faham sahajalah ya.

 

Bila senja jangan terlampau suka-suka sangat. Ramai budak remaja tak perasan perkara ini. Kebanyakan mereka akan bergelak ketawa tanpa peduli tentang “pertukaran” dunia ghaib dan alam manusia. Untuk pengetahuan korang, waktu senja adalah waktu pagi bagi dunia ghaib dan ketika itulah mereka berduyun-duyun keluar dengan pelbagai urusan. Ini waktu aktif mereka dari alam ghaib.  Faham-faham sahajalahkan bila berlaku pertembungan waktu kalut-kalut inii. Kata abang Roslan, pernah kawan sekerjanya menegur sekumpulan pelajar perempuan dari Politeknik Pport Dickson yang terlampau suka-suka dan bergelak ketawa tetapi teguran itu tidak diendahkan. Akibatnya seorang dari mereka hampir lemas sebelum diselamatkan oleh budak banana boat.

Mulut jangan celupar sangat ya. Sesetengah orang memang suka cakap besar. Sedangkan Allah menciptakan dunia ini tujuh lapisan langit, tujuh lapisan bumi. Laut adalah tempat terbuka dan sudah tentu ada penghuni lain yang tidak nampak dengan mata. Jangan menyeru memanggil nama mereka kerana silap-silap boleh jadi histeria nanti.

Ini yang terakhir. Ramai orang terutama dari bandar suka buang-buang lampin pakai buang anak yang dipenuhi dengan kencing dan najis di tempat bukan sepatutnya. Kata orang mana yang sempat dicampak. Tapi menurut petua orang tua dahulu, bila benda kotor dibuang merata, anak-anak kecil ini boleh terkena jangkitan penyakit kulit.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros