…macam mana?
Jarang sekali logo sesebuah jenama itu menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan orang ramai.
Namun bila ia membabitkan jenama fesyen high street popular dunia iaitu ZARA hari ini, ramai netizen yang menganggap ia adalah perubahan yang ‘tak necessary’ dan sesetengah berkata ia adalah pilihan ‘bodoh’.
Fuh, marah nampak sis.
Biasalah apabila jenama fesyen menukar logo mereka sedikit-sebanyak kerana inginkan kesegaran pada koleksi pakaian dan mood jenama tersebut.
Minggu lalu, ZARA menerusi media sosialnya telah memberikan teaser mengenai logo baru yang akan direka oleh sebuah syarikat grafil bernama Baron & Baron.
Syarikat ini juga dulunya bertanggungjawab untuk mencipta logo jenama majalah terkenal, Harper’s Bazaar.
Jadi, kenapa ramai yang tidak menyukai logo ZARA baru ini? First of all, ia lebih kurang sama je seperti logo lama. Cuma huruf ZARA tersebut dirapatkan sehingga ia bertindih antara satu sama lain.
Ada netizen yang membuat lawak seperti logo ZARA seterusnya akan menjadi ‘rojak’ seperti ini.
Ada yang beranggapan mereka stres melihat pertindihan huruf tersebut. Kami pun pada mulanya merasakan ia agak klaustrofobik gitu!
Namun, masih ada netizen yang menggemari logo baru ni. Hhm biasalah susah untuk kita puaskan hati semua orang terutamanya jika ia untuk perkara kreatif seperti rekaan logo.
Amacam? Korang rasa perubahan logo ini tak perlu atau sebenarny cantik je..?
Asalnya Nak Cuti Je, Remaja John Ho ‘Tersangkut’ Di New Zealand Kerana Covid-19
Mengikut perancangan awal, John ingin ke New Zealand untuk mengeksplorasi negara itu, menikmati keindahan alamnya dan hanya pulang apabila telah puas berada di sana. Lalu, dia hanya membeli tiket penerbangan satu hala.
Segalanya berubah pada 23 Mac apabila Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa negara itu telah memasuki kawalan tahap ketiga dalam menghadapi serangan wabak Covid-19 dan tahap keempat akan dilaksanakan serta-merta pada keesokan harinya.
Tahap keempat di sini mirip strategi Perintah Kawalan Pergerakan yang kita hadapi di Malaysia dan tiada sesiapa pun yang berada di dalam negara itu yang dibenarkan keluar daripada sempadan.
Sudah tentu, John panik dan cuba untuk mendapatkan tiket penerbangan terawal untuk pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut memerlukan John untuk melakukan transit di Sydney, Australia.
Bagaimanapun, ia bertukar mustahil apabila Australia telahpun menutup sempadan negaranya daripada kemasukan individu bukan warganegara!
Johh cuba menghubungi kedutaan Australia dengan harapan permohonannya untuk memperolehi visa istimewa untuk ke sana diterima. John tahu peluang tersebut amatlah tipis. Namun dia tetap mencuba memandangkan dirinya tidak boleh menetap di New Zealand untuk satu tempoh yang tidak pasti.
Iyalah, bajet pun tak cukup, rumah pun tiada di sana.
Bagaimana nak survive?!
Pemohonan tersebut gagal dan John tidak mempunyai pilihan selain terus berada di New Zealand.
“Saya cuba menghubungi MAS tetapi talian telefon mereka sibuk. Saya hubungi kedutaan Malaysia di Wellington (New Zealand) tetapi tiada siapa yang mengangkat.”
Warga Malaysia Memang Prihatin
John bertuah apabila dia mendapati seorang lagi rakyat Malaysia turut terkandas di Auckland.
Menerusi laman Facebook ‘Malaysians in Auckland’, John menerima bantuan daripada Dave Anath, presiden persatuan perniagaan Malaysia di New Zealand untuk menemukan John dengan seorang pegawai kewangan yang berasal dari Malaysia, Esther Wee.
Esther, 53 telah menetap di New Zealand selama hampir 17 tahun dan tidak teragak-agak untuk menawarkan kediamannya. Benarlah kata orang, warga Malaysia yang berkelana di luar negara akan sentiasa cuba untuk membantu rakyat Malaysia lain dalam kepayahan dengan segera.
John bersyukur apabila dia kini sudah mempunyai tempat untuk menetap. Esther, ataupun Aunty Esther seperti yang dipanggil oleh John, jelas menunjukkan semangat ke-Malaysia-an tetap ada walaupun sudah lama meninggalkan negara.
Selama kuaraktin peringkat 4 dijalankan di New Zealand, John dan Esther saling membantu sesama diri mereka. Tidak lagi keseorangan dalam berdepan situasi tersebut di kediaman Esther.
Untuk mengetahui kisah lanjut mengenai mereka berdua, jangan lupa untuk menonton filem dokumentari Malaysia vs Covid-19: #KitaJagaKita pada hari ini, jam 6 petang di saluran Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello dan Astro Awani.
Tak sampat nak balik ke Malaysia sebelum sempadan New Zealand ditutup kerana kuarantin Covid-19, John Ho ceritakan pengalamannya untuk survive di sana.
ARTIKEL: https://t.co/CZpUl444sc
Saksikan dokumentari Malaysia vs Covid 19 #KitaJagaKita 6pm ini di Astro Awani.#majalahremaja pic.twitter.com/CMdGzA4DQ8— Remaja (@majalahremajaMY) September 12, 2020
Tonton kisah Cikgu Nazmi pula yang berkorban masa dan tenaga bagi memberikan pendidikan terbaik kepada anak didiknya walaupun sistem persekolahan perlu dijalankan dari rumah.
8 K-Drama Terbaharu Yang Akan Ditayangkan Sepanjang Mac 2022
Mac 2022 menyaksikan lapan buah drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan sepanjang bulan. Berikut merupakan antara drama yang menarik untuk ditonton.
Let’s check this out!
1. Crazy Love
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan apabila diberitahu dia akan dibunuh. Kim Jae Wook melakonkan watak Noh Go Jin, seorang pengajar Matematik hebat dan CEO kepada syarikat GO Study, manakala Krystal pula memegang watak Lee Shin Ah, setiausaha lelaki yang sentiasa bergerak dibawah perhatian orang lain.
2. Tomorrow
Drama fantasi akhirat, Tomorrow menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan ‘gream reapers’ dalam sebuah misi khas dan menjadi pekerja kontrak di pasukan pengurusan krisis mereka.
3. Superior Day
Menceritakan tentang Lee Ho Cheol, seorang ahli bomba yang anak perempuannya telah diculik. Untuk menyelamatkan anaknya, dia dikehendaki membunuh pembunuh bersiri yang merupakan jirannya.
4. Soundtrack #1
Mengisahkan dua orang sahabat yang telah berkawan selama dua dekad tetapi hanya dua minggu hidup bersama telah mengubah perasaan mereka daripada sahabat menjadi kekasih.
5. Pachinko
Drama adaptasi daripada sebuah novel, Pachinko mengisahkan tentang seorang wanita Korea warga emas yang melalui kehidupan masa lalu yang sukar sebagai warga Korea yang tinggal di Jepun.
6. The King of Pigs
Berkisarkan tentang dua orang lelaki pertengahan usia yang mengenang kembali kehidupan mereka di zaman sekolah menengah dan pengalaman ketika menjadi mangsa buli. Mangsa yang lebih lemah digambarkan sebagai ‘babi’ kerana putus asa dan sering ditindas.
7. Kill Heel
Drama ini mengisahkan tentang persaingan dan perjuangan tiga orang wanita yang menggendalikan program UNI Home Shopping, pusat membeli-belah atas talian. Woo Hyun merupakan seorang yang disukai rakan kerjanya kerana karakternya yang ramah. Namun, dia melalui pelbagai rintangan yang membuatkana yang ramah. Namun, dia melalui pelbagai rintangan yang membuatkannya harsus bersaing dengan Baek Ok Seon, pengacara program lain.
8. Why Her?
Oh Soo Jae seorang peguam berbakat, menjadi rakan kongsi termuda di Firma Guaman terbaik di Korea. Dia terlibat dalam kes yang tak dijangka dan direhatkan sementara sebagai peguam kemudian bekerja sebagai Professor di Kolej Perundangan, di sana Oh Soo Jae bertemu Gong Chan. Gong Chan menuntut di situ dan jatuh cinta kepada Oh Soo Jae,
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Apa Sebab Sebenar Penyanyi, Grimes Berpisah Dengan Jutawan Tesla, Elon Musk?
Nak kata berpisah disebabkan masalah kewangan, mustahil sama sekali. Beliau merupakan salah seorang individu terkaya dunia.
Nak kata putus cinta, well – pasangan ini telahpun bersama selama tiga tahun malah mempunyai seorang anak bersama.
Jadi, apa sebenarnya sebab utama penyanyi, Grimes berpisah dengan Elon Musk, jutawan terkenal dengan jenama Tesla dan SpaceX?
Tiada angin tiada ribut, Grimes langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dirinya ingin atau telahpun berpisah daripada Elon semasa menghadiri acara fesyen Met Gala kira-kira tiga minggu lalu di New York.
Grimes yang hadir dengan busana khas rekaan Iris van Herpen dengan pelitup muka futuristik (dipinjam daripada koleksi kostum filem Dune sebenar) kelihatan bersahaja and was just enjoying herself.
Dalam video temubual – slash – di sebalik tabir persedian Grimes ke Met Gala oleh majalah Vogue, dia berkata dirinya berharap dapat meninggal dunia di planet Marikh. Bukankah cara terbaik untuk memastikan impian itu tercapai adalah dengan bantuan Elon Musk yang memiliki SpaceX? Mengapa perlu berpisah dengannya?
Seperkara lagi, Grimes dan Elon juga dilihat bertemu di parti selepas acara Met Gala tamat dan meninggalkan New York pada keesokan harinya.
*
Akhirnya pada minggu ini, Grimes dan Elon telah menyatakan perpisahan ini hanyalah ‘semi-separated’.
Mengikut Elon, ‘semi-separated’ bermaksud mereka masih saling menyintai, akan bertemu satu sama lain sekerap mungkin dan masih ‘sebulu’.
Jadi, mengapa Grimes dan Elon ingin berpisah sekiranya rasa cinta masih wujud? Kata Elon, “Sebab utamanya adalah kerana bebanan kerja saya di SpaceX dan Tesla yang menuntut saya untuk berada di Texas atau selalu mengembara ke luar negara.
“Manakala, Grimes pula perlu berada di LA (Los Angeles) untuk kerjayanya. Dia kini masih tinggal bersama saya dan Baby X (Nama penuhnya ialah X Æ A-Xii. Jangan tanya mengapa) berada di bilik sebelah.”
ARTIKEL BERKAITAN : X Æ A-12 Disebut Sebagai Ki-Ai-L, Betul Ke Cara Sebut Nama Anak Elon Musk Adalah Kyle? – REMAJA
Jadi, adakah ini sebuah perpisahan tanpa mereka benar-benar berpisah daripada pasangan? We are so beyond confuse.
Ramai berpendapat status hubungan Elon dan Grimes kini ibarat perhubungan terbuka di mana masing-masing bebas untuk bergaul dengan orang lain semasa mereka tidak bersama di sebuah bandar yang sama. Namun, perasaan sayang antara mereka masih ada.
Pelik betul lah mereka berdua ini.
Sama ada Elon Musk dan Grimes atau – err – #Grusk benar-benar berpisah buat selamanya atau hanya untuk sementara waktu saja, kami tentunya akan merindui ‘perang ciapan’ yang selalu berlaku antara Elon dan Grimes di Twitter sepanjang tiga tahun ini.
Ada ciapan yang kelakar, ada ciapan yang menjelikkan. Apa yang penting, mereka telah menghiburkan semua orang di Twitter sepanjang berada dalam kuarantin sejak pandemik tahun lalu.
BACA LAGI : Elon Musk Lancar Tesla Bot, Robot Dengan Bentuk Manusia – REMAJA