Sebaik saja berakhir episod finale Asia’s Got Talent kelmarin, semua orang masih bercakapkan mengenai penyertaan kumpulan penyanyi berhijab ini.
NAMA menyangkal segala tohmahan kononnya mereka tidak boleh pergi jauh apabila mereka menerima tiket ‘Pilihan Juri AGT’ pada peringkat separuh akhir. Sekaligus, ia bermakna mereka adalah yang terbaik di kalangan peserta yang bertanding pada peringkat itu.
Bagi Nur Farahida Dolhadi, dia amat berterima kasih atas sokongan semua yang menonton dan mengundi mereka. Walaupun tidak berjaya menempah tempat pertama, tetapi perjalanan muzik NAMA masih jauh lagi.
Farah juga baru saja memperdengarkan single barunya beberapa hari lalu dengan tajuk ‘Jadi Tak Keruan’ di Spotify. Jadi pastikan korang dengar dan support okay.
Syamimi juga bersyukur mereka berempat mengambil keputusan untuk mencuba nasib di AGT. Pengalaman beberapa bulan ini telah mengajar mereka maksud percaya, sahabat, kesabaran dan bersyukur.
“Kami berterima kasih kepada team produksi yang sangat baik dan membantu. Juga kepada korang semua yang menyokong kami, ini hanyalah permulaan.
Seperti yang diperkatakan oleh Norfazira Malik, peluang NAMA untuk dipilih sebagai judges’ pick dan mara ke peringkat finale adalah pengalaman yang sangat berharga.
Bagi REMAJA, NAMA adalah bakat baharu yang telah memberi inspirasi kepada ramai remaja seperti korang yang sedang tercari-cari bagaimana cara terbaik untuk mengejar cita-cita dan minat.
Walaupun mereka bergelar tenaga pengajar, minat dan bakat dalam bidang muzik tak dipersiakan begitu saja.
Buktinya, ada yang bertanyakan bila NAMA akan muncul dengan album, bila akan membuat persembahan live di Malaysia dan sebagainya.
BACA: Latihan 5 Kali Seminggu Berbaloi, Grup NAMA Di Final Asia’s Got Talent
Apapun, kami di REMAJA berbangga dengan kejayaan mereka ini. Diharap NAMA akan meneruskan minat dalam bidang ini, korang memang berbakat besar!