Isu plagiat dalam industri fesyen tempatan bukan lagi satu isu yang baru.
Saban tahun, ada sahaja dakwaan yang dilontarkan oleh mana-mana pereka fesyen; baik yang baharu atau yang sudah lama bertapak dalam industri ini; terhadap jenama fesyen lain yang seakan ‘menciplak’ idea rekaan demi kepentingan peribadi mereka.
Lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Aidilfitri, tentu kita akan terdengar mengenai isu ciplak rekaan dek keghairahan jenama-jenama fesyen untuk mencari keuntungan.
Terbaru, pempengaruh terkenal Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan pengasas jenama baju Melayu, El Azman yang mengusahakan jenama Elrah Exclusive kerana seakan mahu mengelakkan diri daripada berbincang mengenai isu ini.
Tyra Kamaruzzaman.
Tyra yang juga merupakan isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal semalam menerusi entri di Instagram berkata, jenama Elrah Exclusive telahpun mencedok idea rekaan kain samping yang pernah dikeluarkan oleh Emri Vision milik suaminya.
Hadir dengan bukti visual agar warganet boleh meneliti sendiri persamaan antara dua kain samping tersebut, Tyra berkata rekaan samping Emri Vision merupakan rekaan turun-temurun oleh keluarga suaminya sejak tahun 1890.
Malah, rekaan samping itu juga memiliki sijil pengesahan di bawa Akta Hak Cipta 1987 dan sebelum ini tidak pernah dilihat pada mana-mana rekaan jenama lain.
Ads
“Untuk majlis akad nikah kami, Emran telah menjejaki semula rekaan tersebut untuk dijadikan samping nikah, tentunya dalam warna kegemarannya, ia telah dihasilkan penuh teliti menggunakan teknik tenun.
“Malangnya tahun ini, ada sebuah jenama besar yang telah meniru rekaan ini dan lebih menyedihkan, mereka 100 peratus menirunya sehingga ke pemilihan warna.
“Ketandusan idea adalah perkara biasa bila mencipta rekaan, kebetulan terinspirasi daripada motif sama juga perkara biasa. TAPI untuk meniru 100 peratus dari segi rekaan hingga ke warna samping, ini bukan satu kebetulan lagi. Ini adalah satu bentuk plagiat,” tegas Tyra.
Rekaan Samping Emran Rijal Untuk Koleksi Raya Emri Vision 2025 “Nostalgia”
Rekaan Samping El Azman Untuk Koleksi Raya Elrah Exclusive 2025 Yang Dipakai Oleh Khairy Jamaluddin
El Azman Tak Habis-Habis Beri Alasan?
Isu tersebut kongsi Tyra telah cuba untuk diselesaikan oleh pihak mereka secara tertutup atas dasar enggan memperbesarkannya.
Ads
Bagaimanpun, mesej-mesej yang dihantar oleh Emran kepada El Azman dibalas dengan pelbagai jenis alasan dan menampakkan usahawan jenama baju Melayu itu seolah-olah ingin lari dari isu ini.
“Emran sudah cuba untuk berhubung dengan pemilik (Elrah Exclusive) tetapi dia sering memberi bermacam-macam alasan untuk mengelak daripada bertemu,” catat Tyra sambil memuat naik beberapa tangkap layar perbualan mesej di antara Emran dan El Azman.
Sesudah meminta nombor telefon Emran, El Azman kelihatan seakan melengah-lengahkan usaha Emran tadi dengan mendakwa dirinya selalu berada di luar negara.
Pengasas dan pemilik Elrah Exclusive, El Azman.
“El Azman, bila nak balas mesej suami saya? Anda merupakan seorang pemilik jenama yang dikenali. Saya pasti anda mempunyai etika berniaga sejati,” kata Tyra.
Tinjauan REMAJA kepada akaun Instagram El Azman mendapati beliau belum memberikan respon terhadap dakwaan Tyra dan Emran. Sebaliknya, beliau sibuk terlibat dalam aktiviti mempromosikan koleksi baju Melayu Elrah Exclusive tahun ini dengan menaiki kenderaan mewah McLaren Senna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercakap soal kecantikan ni rasanya tak akan habis. Semua orang nak cantik. Tak kira perempuan atau lelaki, masing-masing nak dilihat sempurna, menawan dan menarik. Betul tak?
Bercakap mengenai cantik, apa kata kita manfaatkan penggunaan hampas kelapa. Kita memang selalu beli kelapa parut untuk dapatkan santan segar. Selalunya lepas perah kita buang saja hampasnya.
Rupanya hampas kelapa ini pun masih berguna. Ia masih boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kulit. Hampas ini boleh kita gunakan untuk buat skrub berkesan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit.
Jadi tak perlulah kita beli produk skrub lain, lebih jimat dan yang penting ianya semula jadi tidak menggunakan bahan kimia. Cara mengolah hampas kelapa menjadi skrub ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan.
Buat skrub dari hampas kelapa
Petua gunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.
Salah satu yang boleh dihasilkan menggunakan hampas kelapa adalah skrub. Ia boleh digunakan sebagai skrub untuk muka dan seluruh badan.
1. Sediakan 7 besar hampas kelapa bersama bahan berikut;
-Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
-2 sudu besar gula biasa atau gula perang
-1 sudu besar garam halus
-2 sudu tepung beras
2. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering. Skrub dah siap!
3. Cara penggunaan;
Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan.
Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan skrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air. In Sha Allah. Akan kulit akan nampak perubahan ketara.
Banyak manfaat kelapa ini , antaranya;
-Haluskan kulit
-Lembap kan kulit
-Tanggalkan kulit mati
-Redakan masalah ke gatalan kulit
Jadi, selepas ini tak perlu nak berhabisan untuk cantik. Guna je hampas kelapa je!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pangkat, darjat, kemasyhuran, kekayaan dan pengaruh bukanlah segalanya.
Kagum penulis dengan kesungguhan pemain tenis profesional wanita dunia Iga Swiatek tetap mahu sambung belajar dan masuk universiti.
Sebagaimana kita tahu, atlet profesional ini tentu-tentu sudah punya nama dan harta, namun pemain tenis ini tetap mahu sambung belajar dan masuk universiti. Wanita hebat kelahiran Poland ini memang mengutamakan pelajaran meskipun dia sudah berjaya memiliki segala-galanya hasil kerjaya sebagai pemain profesional tenis.
Baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 31 Mei lepas, kemenangan Iga memenangi Terbuka Perancis ketiganya pada 10 Jun lepas sudah pasti menjadi ‘hadiah’ hari jadi terindah buat atlet ini. Sekaligus menjadi wanita pertama mempertahan kejuaraan Ronald Garros sejak 2007.
Dalam perlawanan di gelanggang tanah liat di Paris itu, Iga menewaskan Karolina Muchova dari Republik Czech. Dia turut membawa pulang wang kemenangan Ronald Garros berjumlah 2.3 juta euro atau lebih RM11.4 juta beserta piala.
Iga ialah wanita ketiga di era kejohanan Terbuka memenangi keempat-empat aksi separuh akhir Grand Slam merangkul juara Terbuka Perancis pada tahun 2020, 2022 dan 2023 serta Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.
Menariknya, ditemui selepas kejuaraan tersebut Iga menerusi laporan Tennis Infinity mendedahkan impian untuk sambung belajar di universiti selepas bersara dari kerjaya tenis kelak.
Ini kerana minat Iga yang sentiasa ‘dahagakan’ ilmu dan mahu meningkatkan taraf pendidikan apabila sudah ‘menggantung’ raket. Walau dia cukup mementingkan pendidikan namun tumpuan utamanya kini ialah karier tenis.
“I really like to learn, so I’m kind of still used to school. I finished two years ago and miss just having some stimulation that way. But on the other hand, I know I can’t do much because my priority is tennis and my career. I’m pretty sure that maybe after I finish, I will go to some university.”
Sebagai atlet kebanggaan Poland, Iga cukup sebati dengan pendidikan kerana ibunya iaitu Dorota Swiatek seorang wanita berpelajaran tinggi dan mempunyai kelulusan perubatan serta bergelar orthodontist. Sementara bapanya, Tomasz Swiatek ialah bekas atlet Olimpik.
Iga juga mempunyai seorang kakak iaitu Agata Swiatek yang sebelum ini terlibat dengan sukan tenis tapi mengambil keputusan meninggalkan sukan itu selepas beberapa kali mengalami kecederaan. Iga mula aktif sebagai pemain tenis ketika berusia 15 tahun. Dianggarkan kekayaan Iga Swiatek sehingga kini mencecah USD 20 Juta!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita nampak Camila di karpet merah dan award show dengan muka yang disolek mampan.
Namun hakikatnya, di sebalik semua teknik solekan itu, Camila merupakan antara selebriti Hollywood yang mempunyai kulit wajah paling bersih dan cantik!
Jika Camila tak terikat dengan persembahan pentas, penggambaran ataupun hal berkaitan kariernya, dia lebih selesa tidak memakai solekan terus. Itu adalah salah satu sebab mengapa kulitnya cantik secara semula jadi. Bahan kimia pada solekan kan boleh menyebabkan rasa tak selesa pada kulit.
Bukan itu saja, baru-baru ini dia juga telah membongkarkan rahsia mengenai rutin kecantikannya. Tak perlukan treatment mahal pun di spa. Camila lebih sukakan cara DIY di rumah.
Dia selalu menggunakan masker putih telur untuk disapu pada wajah. Kata Camila dalam satu temuramah bersama majalah Glamour, tip tersebut disampaikan oleh ibunya sendiri kerana putih telur amat berkesan untuk mengecilkan liang pori pada kulit.
“Saya dan ibu sudah menjadikan putih telur sebagai rutin. Ia mempunyia asid amino dan protein untuk ditukar fungsi kepada masker. Kulit pun mudah menjadi lembut dan tegang,” katanya.
Selain masker, Camila juga suka memakai skrub muka untuk membersihkan sel mati. Air putih juga dijadikan tabiat minumannya selain wajib mencuci muka sebelum tidur.
“Tak kiralah sepenat mana pun kamu setelah sampai di rumah, muka perlu dicuci.”
OKAY, kami akan cuci muka setiap malam sebelum tidur.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...