Trend memuat naik video TikTok sambil menyanyikan lagu berbahasa Melayu sama ada dari Malaysia mahupun Indonesia sudah semakin digemari.
Ia bukan saja popular di kalangan masyarakat di negara kita dan Indonesia. Malah warga TikTok dari negara asing turut tak terkecuali, termasuklah ahli program Running Man, Ji Suk Jin!
Hari ini, selebriti Korea Selatan berusia 53 tahun itu membuktikan usia hanyalah angka apabila beliau turut sama terjebak dalam trend TikTok.
Video yang kini viral di Twitter itu menampakkan oppa Suk Jin menyanyikan lagu Izinkan – sebuah lagu Indonesia yang dipopularkan oleh Thomas Arya dan Iqa Nizam.
Menariknya, cara Suk Jin menggerakkan mulut (miming) kepada lagu tersebut cukup on-point walaupun beliau tidak mengetahui makna lirik yang dinyanyikan.
Aduh, terhibur sekejap!
Sebelum ini, Suk Jin pernah viral kerana memakai aksesori kepala mirip songkok hitam.