“Bila Orang Sedekah, Kita Tidak Boleh Demand..” MB Perak Minta Pelajar Hargai Sumbangan Peranti

Share

 

Dek kerana laporan oleh sebuah portal semalam mengenai insiden telefon percuma daripada inisiatif Jaringan prihatin terbakar sewaktu digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) pelajar, hari ini Menteri Besar Perak mempertahankan pemberian Yayasan YTL tersebut.

*

Ia susulan insiden melibatkan seorang murid berusia sembilan tahun yang dikejutkan pada Isnin lalu apabila peranti berupa telefon pintar yang digunakannya semasa mengikuti kelas atas talian terbakar.

Lantas, warganet rata-rata berpendapat bahawa kualiti telefon yang diterimanya itu tidak memadai dan spesifikasinya juga tidak selamat untuk digunakan oleh para pelajar.

Bukan sekadar itu, kenyataan kerajaan negeri Perak meluluskan pemberian telefon kurang berkualiti ini bagi mengelakkan pelajar menyalahgunakannya untuk bermain permainan video juga tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Insiden ini juga telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membidas pemberian telefon berspesifikasi rendah di akaun Twitter-nya.

Biarpun dikecam dari pelbagai sudut, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini berkata; seharusnya pemberian telefon pintar ini tidak dipertikaikan memandangkan ia adalah sumbangan sebuah badan korporat.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

“Bersusah orang sedekah, apa pun kita terima dan kita tidak boleh demand

(meminta).

“Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula.”

Lebih baik ada daripada tiada kerana kalau tiada sumbangan YTL ini, bermakna ribuan anak-anak golongan B40 di Perak tidak ada telefon untuk mereka ikuti sesi PdPR.

“Jadi saya nasihatkan sekali lagi, daripada tiada lebih baik ada dan gunakan apa yang ada. Kemudahan lain akan datang kemudian,” katanya dalam sidang media secara atas talian.

Tambah beliau lagi, kerajaan Perak sejak awal sudah dimaklumkan mengenai spesifikasi 1GB RAM dan 8GB memori telefon berkenaan.

Malah semasa diberikan taklimat, wakil syarikat itu telah menunjukkan model telefon dan pihak kerajaan Perak merasakan spesifikasi tersebut memadai bagi tujuan PdPR.

*

Untuk pengetahuan korang, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengumumkan program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion menyasarkan golongan isi rumah yang berpendapatan rendah.

Di bawah program ini, mereka yang layak akan diberikan subsidi RM300 untuk peranti atau rebat RM180 untuk pelan data sepanjang 12 bulan.

Artikel Berkaitan : Remaja 17 Tahun Maut Selepas Cas Telefon Dengan Kabel USB Rosak 

Published by
FZ