Nyata, di antara mereka tiada sengketa, malah wujud rasa hormat yang menebal.
KJ & SS. Maybe, there really is a thing among those with memorable acronyms.
KJ dan SS, atau lebih dikenali sebagai YB Khairy Jamaluddin dan YB Syed Saddiq mencuri perhatian netizen beberapa hari kebelakangan ini selepas tamatnya proses Pilihan Raya Umum ke-14.
Bukan saja kerana kedua-duanya memenangi kerusi Parlimen masing-masing, (KJ di P131 Rembau dan SS di P146 Muar).
Malah, di sebalik kemenangan dan kekalahan parti masing-masing selepas keputusan penuh PRU diumumkan, mereka berdua tidak menunjukkan tanda-tanda ada persengketaan yang wujud di tengah-tengah.
KJ dan SS didapati saling berbalas tweet dengan penuh sopan, adap dan hormat.
Ia bermula daripada tweet komen SS kepada KJ yang berbunyi;
“Tidak sabar untuk bekerjasama dengan Tuan di Parlimen. Kamu telah membina portfolio yang mengagumkan untuk membawa agenda belia ke depan, terutamanya dalam bidang sukan.
“#YouthPower melangkaui jarak antara parti.”
Ternyata, perbualan tersebut tidak terhenti di situ apabila KJ membalas semula tweet tersebut dan secara terang-terangan mengucapkan tahniah kepada SS.
“Sudah tiba masa untuk agenda belia diserahkan kepada kamu, sekarang.”
Like guys, nampak kita betul-betul sedang melangkah ke era Malaysia baru di mana ahli politik daripada pegangan parti berbeza berbincang dan bertukar pendapat dengan penuh rasa hormat.
Dan kami mengesyaki, ini bukanlah satu-satu perbualan yang berlangsung di antara KJ dan SS. Pastinya, mereka banyak berbincang secara ringkas (atau mungkin bakal berbincang – heck who knows) sepanjang proses peralihan kuasa ini.
But enough on assumptions, nampaknya netizen juga pengikut mereka menyambut baik perbualan terbuka ini.
Ramai yang sedih kerana menganggap KJ sebagai pemimpin golongan belia yang baik. Segala tugas bermula dari Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan TN50 dijalankan dengan penuh tertib dan baik.
Malah, kami juga mendapati ramai remaja dan belia yang menyambut baik idea dan perkembangan idea di bawah TN50, hasil daripada temuramah baru-baru ini.
Kalaulah lebih ramai ahli politik (tak kira muda ataupun yang senior) boleh bersifat profesional dan amalkan politik matang seperti ini…
Oh, we can all dream in this new Malaysian era.