Bila Trump Kena Prank Dengan Remaja Tik Tok & Peminat K-Pop

Share

Biar bergelar Presiden Amerika Syarikat, sebuah negara besar dan banyak keputusan dunia datangnya dari negara Uncle Sam ini tetapi ternyata “kuasa” remaja boleh bikin kepala Presiden US ini pening.

Jika sebelum ini kita banyak melihat individu kena prank tetapi pada Sabtu lalu, Presiden Donald Trump di prank oleh peminat Tik Tok dan K-Pok yang membuatkan presiden itu terpaksa menukar ucapan alu-aluannya.

Dalam kejadian memalukan itu, Donald Trump sepatutnya memberi ucapan di hadapan 1 juta rakyat Amerika yang sudah mendaftar untuk mendengar kempennya di Tulsa, Oklahoma.

Sejumlah besar fans k-Pop dan warganet Tik Tok mendaftar secara dalam talian untuk hadir dan tepat pada harinya yang hadir hanyalah 6200 sahaja terdiri dari penyokong-penyokong Trump. Bukan sejuta orang yang mendaftar.

Sebelum kejadian itu, pengurus kempennya, Brad Parscale memaklumkan kepada Presiden itu bahawa ada 1 juta orang yang sudah mendaftar. Tapi bila tiba harinya, begitu banyak kerusi tidak diduduki dan dewan kelihatan kosong.

Lebih memalukan kapasiti dalam dewan hanya boleh memuatkan 19,000 orang dan bukan sejuta seperti yang mendaftar. Akibat prank itu, Trump dan wakil Presiden, Mike Pence terpaksa membatalkan pidato untuk memuji jumlah penonton yang hadir

Ibu negeri, Oklahoma sebelum ini mengingatkan pertemuan sebegitu ramai orang boleh mengakibatkan penularan COVID-19 dan Kementerian Kesihatan juga memperingatkan peserta bahawa risiko itu tetap wujud.

Tidak hairanlah pegawai kempennya mencadangkan “siapa cepat dia dapat” dan tidak akan mengeluarkan tiket secara fizikal dan hanya perlu mendaftar secara dalam talian.

Akibat insiden memalukan itu, pengurus kempennya berkata, golongan remaja ini mungkin fikir mereka pintar kerana daftar menggunakan telefon bimbit di mana segala data ada di dalamnya.

“Kami telah menyaring puluhan ribu nombor palsu untuk mengira jumlah peserta,” katanya lagi. Dalam pada itu, perwakilan Demokrat Alexandria Ocasia- Cortis mencemuh kenyataan Parscale yang menyalahkan media kerana menyiarkan jumlah peserta hadir selain menyiarkan demonstrasi menolak Trump.

CNN pada Selasa lalu (16/6/2020) melaporkan video TikTok yang dimuat naik oleh Mary Jo Laupp dengan tanda padar #TikTokGrandma membantu menggerakkan prank ini. Reuters melaporkan video itu mendapat 700,000 likes.

Kemudian dua penggemar K-Pok yang dihubungi Reuters menerusi video call dan sambungan telefon pada 21 Jun memaklumkan, mereka masing-masing mendaftar untuk dua tempat, tidak menggunakan nama dan nombor telefon sebenar.

Seorang mahasiswi berusia 22 tahun yang mahu dikenali sebagai Raq memaklumkan, alasan utama kenapa dia mendaftar untuk mendengar kempen adalah untuk tahu kejadian sebenar tragedy berdarah terbesar terhadap orang kulit hitam sekitar 100 tahun lalu dari peminat K-Pop dan Tik Tok.

Published by
Almaswa Haji Che Ros