Menjadi doktor dan bukan ahli perubatan adalah dua cabang yang jauh berbeza. Semua maklum, sebelum menjadi doktor, masa pengajiannya jauh lebih lama berbanding ijazah lain.
Namun biar ramai yang bukan pakar dan hanya sekadar mendengar dan tahu tentang petua adalah situasi yang jauh berbeza, antara langit dan bumi apabila memberi nasihat salah tentang dunia perubatan kepada orang ramai.
Seorang profesor dan juga pakar sakit puan dari Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), Imelda Balchin telah menulis di ruang facebooknya tentang fakta perubatan yang tidak kukuh yang ditulis oleh seorang seorang ustazah terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana Dewi mengenai HAID
yang boleh menjadi punca terjadinya barah rahim.Kata Ustazah Oki Setiana ini, minuman berais, bergas, air kelapa dan timun yang diambil ketika mengalami haid boleh mengakibatkan masalah kesihatan lebih serius iaitu kanser rahim.
Baca tulisan dari Prof Imelda Balchin mengenai isu ini.
Ada sebabnya Ustazah Indonesia ini bukan pakar perubatan dan bukan pakar penyakit barah.
Kalau pelajar perubatan di seluruh dunia tulis karangan macam ini dalam peperiksaan perubatan, mereka akan terus gagal.
Kalau pegawai perubatan atau doctor O&G tulis karangan begini dalam peperiksaan specialist mereka, bukan hanya akan terus gagal, perkhidmatan mereka sebagai doktor boleh dihentikan sebab dikhuatiri memberi kemudaratan kepada pesakit dengan ilmu yang salah.
Tetapi di Indonesia, Ustazah ini dah dapat 53K likes dan 166K share untuk kenyataan ini. Begitu bahayanya sosial media jika disalah gunakan.
Sebelum anda kongsi atau sebarkan apa-apa kenyataan, pastikan ilmu itu sahih dan sumbernya daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Semoga kita tidak menanggung dosa besar menyebarkan fitnah kepada masyarakat kita sendiri.
Maklumat yang disebarkan oleh ustazah Indonesia ini menyeleweng dan tiada bukti perubatan.
Mereka yang dapat sakit kepala sebelum atau semasa haid sebenarnya mengalami premenstrual tension dan boleh dibantu oleh pakar perubatan O&G. Kadangkala ada yang boleh dapat cyclical migraine kerana perubahan hormon badan, bukannya apa yang dimakan.
Elakkan gula dalam minuman anda lebih penting untuk kesihatan anda daripada elakkan ais dalam minuman.
Kurangkan memakan nasi yang berlebihan lebih penting untuk kesihatan anda daripada tak makan timun. Ingatlah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, pinggan suku-suku-separuh, maknanya hanya suku pinggan nasi cukup untuk keperluan anda.
Penyakit diabetes dan obesiti yang disebabkan oleh banyak minuman bergula, makanan bergula, makanan berlebihan dan kurang bersenam adalah salah satu punca kanser atau barah rahim.
Masalahnya bukan lah ais dalam minuman anda, tetapi kandungan gula yang tinggi dalam minuman-minuman anda yang ber-ais.
Yang Ikhlas,
Cikgu Perubatan dan pakar kesihatan wanita.