Nampaknya, gelaran orang terkaya dunia tahun 2017, kekal milik Bill Gates. Dalam laporan terbaru Forbes, pengasas Microsoft ini kekal berada di tangga pertama untuk empat tahun berturut.
Hartanya meningkat dari USD75 bilion tahun lalu kepada USD 86 bilion dan kekal tersenarai antara konglemerat dunia sebanyak 18 kali sejak 23 tahun lalu.
Kalau Bill Gates kekal orang terkaya dunia, siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda? Tiada petunjuk jelas tetapi cerita remaja ini boleh dijadikan inspirasi kerana berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta pada usia muda.
Jual kasut terpakai (reseller)
Pernah dengar “The Sneaker Don”? Bisnesnya sangat mudah iaitu menjual semula kasut pelbagai jenama dunia dan bertindak sebagai “reseller”.
Pemiliknya, Benjamin Kapelushnik, baru berusia 17 tahun. Kata orang baru habis SPM. Tapi sebab bijak dan tahu mengambil peluang, dia mampu kaut USD1 juta dalam tempoh singkat.
Namanya mula meletup bila dia menjual kasut-kasut terpakai diberikan oleh ibunya sebagai hadiah. Bila ramai bertanya, dia mula terfikir, harga kasutnya boleh dijadikan jualan. Sejak itu dia mula beli dan jual kepada sesiapa yang berminat. Memang untung besarlah sebab adakalanya kasutnya edisi terhad.
Namanya mula top bila dj terkenal dunia Dj Khaled yang ketika itu mencari tiga pasang kasut jenama Nike ‘Pantone’ pek Air Jordan XI dan dia berjaya mencarinya.
Sebab sekolah, ada ketika dia upah rakannya beratur belikan kasut yang mendapat permintaan tinggi.
Sebagai pelajar, dia akui masa tidak cukup tetapi dia sendiri harus bijak.
“Saya tidak akan menjual kasut di Instagram untuk jangka masa panjang kerana saya akan melanjutkan pengajian ke kolej, selain mahu memberi tumpuan kepada kehidupan sebagai remaja,” jelasnya.
usianya baru 16 tahun tapi otaknya memang cerdik. Dah jadi pun CEO kepada syarikatnya sendiri, Flogg Inc.. Ben Pasternak mula mencipta nama sebagai jutawan muda apabila aplikasi permainan ciptaannya, Imposible Rush menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia melalui Apple App Store dan menjadi kesukaan ramai.
Dia mula menciptanya ketika bosan semasa berada di dalam kelas sains. Sejak itu, Ben menjadi terkenal, serta mendapat jemputan melawat syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook. Beliau juga ditawarkan biasiswa daripada Apple’s Worldwide Developers Conference.
Dalam masa setahun sahaja, beliau telah mendapat dana daripada pelabur Silicon Valley. Terbaru dia telah mencipta aplikasi ‘Monkey’. Aplikasi video chat ini mensasarkan untuk membantu remaja mencari dan membina persahabatan dalam suasana yang selamat. Ia mempunyai ciri-ciri yang tidak bertoleransikan pembulian siber dan ugutan, dan juga mengambil langkah luar biasa untuk mengekalkan suasana yang selamat kepada komuniti aplikasi tersebut.
Pada usianya 14 tahun, Fraser Doherty mencipta jem buatannya sendiri menggunakan resipi neneknya. Dia kemudiannya menjual jem itu kepada jiran-jirannya di sekitar Edinburgh, Scotland.
Ternyata, resipi jem neneknya memang enak dan mula menjadi viral. Jemnya mendapat permintaan tinggi. Dua tahun selepas itu, Fraser menjenamakan produknya, SuperJam. Pada usianya 16 tahun dia berhenti sekolah dan meneruskan bisnesnya hingga kini.
Pada tahun 2009, dengan bantuan sambungan rangkaian pasar raya termasuk menjadi stokis utama kepada ‘Asda Wal-Mart’, jualan bisnes Fraser berjaya mencecah 1.2 juta pound. Beliau juga menerbitkan sebuah buku yang berjudul “The SuperJam Cookbook”.
Kini, Fraser berusia 28 tahun. Kurang dari 10 tahun terlibat dalam perniagaan jem dia telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya :
Satu ungkapan Fraser yang perlu dihadamkan ialah “saya tidak boleh leka dengan wang, saya membuat jem kerana saya seronok melakukannya dan kejayaan saya adalah cukup manis”.
Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu.
Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).
Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.
Selepas Bill Gates, Forbes menyenaraikan, pemilik Amazon, Jeff Bezos sebagai orang kedua terkaya dunia.
Kekayaannya bertambah sebanyak 27.6 bilion menjadikan harta terkininya, 72.8 bilion. Tahun lalu, Bezoz menduduki carta kelima.
Tempat ketiga terkaya dunia diungguli oleh Warren Buffet. Dalam masa setahun selepas Trump dilantik presiden US, hartanya melonjak naik sebanyak 14.8 bilion. Pemilik Zara, Amancio Ortega yang menduduki tempat ketiga jatuh ke tangga ke 4 dengan peningkatan harta 4.3 bilion dari tahun lalu.
Dari orang bercerita ekonomi akan terus merudum kerana pelbagai krisis dan harga minyak yang tidak menentu, Forbes melaporkan jumlah jutawan dunia melonjak naik sebanyak 13 peratus daripada 1810 orang pada tahun lalu kepada 2043 konglemerat pada tahun 2017. Nilai bersih jutawan meningkat 18 peratus atau kiri-kira 7.67 trilion dolar AS.
Jadi, apa lagi alasan untuk kita gagal berubah kerana orang kaya bukan terus-terus lahir sebagai orang kaya. Usaha mesti lebih!