
Selepas Adele dan Sam Smith…
Tiba pula giliran Billie Eilish untuk menyanyikan lagu tema filem James Bond ke-25, No Time To Die.
Pada usia 18 tahun, Billie bukan saja penyanyi termuda dalam sejarah pembikinan francais filem James Bond untuk menyanyikan lagu temanya. Malah, Billie juga menjadi artis termuda untuk menulis lagu tersebut bersama abangnya, FINNEAS.
Lagu yang masih tidak berjudul itu akan dilancarkan oleh Darkroom/Interscope Records sebelum filem itu menemui pawagam pada 2 April 2020.
Menurut Billie, peluang untuk merakamkan lagu ini tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
“Ini adalah berita yang paling ‘gila’. Ia adalah satu penghargaan yang besar untuk menjadi sebahagian daripada siri file lagenda ini. James Bond adalah francais filem paling menarik pernah dicipta dan saya masih terkejut apabila menerima peluang ini,” katanya yang menggemari filem serta lagu daripada Goldfinger dan Live And Let Live.
Menurut pihak produksi James Bond, beberapa penyanyi telahpun dipilih untuk merekodkan lagu tema James Bond terlebih dahulu.
Faktor yang membuatkan Billie dan FINNEAS terpilih di antara semua penyanyi itu adalah bakat, kreativiti dan kesegaran yang dibawakan oleh mereka berdua kepada James Bond.
Filem No Time To Die menceritakan mengenai James Bond yang kini terpaksa kembali ke dunia penyiasatannya setelah dia ‘bersara’ di Jamaica.
Ini gara-gara permintaan daripaa bekas rakan CIA-nya, Felix Leiter yang kini sedang mempunyai misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang telah diculik.
ARTIKEL BERKAITAN: Tonton Trailer Pertama Filem James Bond
Kalau Billie pun boleh kejar impiannya pada usia 18 tahun untuk terlibat dalam filem James Bond, wow, benarlah tiada apa yang mustahil untuk korang kecapi sebelum usia 20 tahun.
Tukar Haluan, Ismail Izzani Cemas Nantikan Penerimaan Peminat Selepas 2 Tahun Berdiam Diri

TEMPOH dua tahun seakan menyendirikan kelibatnya daripada dunia hiburan melainkan kemunculan di beberapa showcase serta persembahan jemputan, penyanyi Ismail Izzani berkata dia mempunyai sebab kukuh untuk berbuat sedemikian.
Ismail, 24 menerangkan kepada REMAJA ketika ditemui baru-baru ini bahawa dia memerlukan tempoh rehat seketika bagi menyelesaikan beberapa kemelut yang menduga perjalanan muzik serta kehidupan peribadinya.
Setelah bergiat secara aktif sebagai penyanyi sejak tahun 2016, Ismail merasakan keputusan berdiam diri adalah perlu demi menyusun semula perihal kerjaya serta peribadinya agar segalanya lebih jelas serta produktif.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa yang mengatakan zaman populariti saya sudah berakhir atau yang merasakan saya sudah tenggelam.
“Dari satu sudut, ada benarnya saya lebih selesa dengan cara sekarang. Tidak terlalu exposed, nak kata terlalu diam tidak juga.
“Saya jauhkan diri daripada spotlight pada tahun pertama untuk menyelesaikan beberapa isu dengan label lama saya termasuklah soal kontrak. It was not easy tetapi Alhamdulillah, kami temui titik noktah dengan cara yang baik.
“Saya pun tidak mahu bermusuhan kerana industri kita kecil sahaja. Saya ucapkan terima kasih kepada label lama saya di atas semua kerjasama yang kita jalinkan tetapi sudah tiba masa saya membawa haluan baharu.
“Memasuki tahun kedua berdiam diri, saya sibuk menguruskan kehidupan peribadi pula. Pada masa yang sama, saya lakukan career homework. Saya banyak belajar daripada penggiat muzik underground terutamanya daripada kumpulan rap 53 (disebut Five Three) Universe. Cara mereka berkarya banyak membuka mata saya terhadap betapa luasnya stail muzik yang ada di luar sana,” ujarnya.
Dalam masa yang saya, Ismail bersyukur apabila peluang untuk ‘berdiam diri’ sepanjang dua tahun lepas telah membantunya mengawal tahap kesihatan mental terutamanya apabila terpalit dengan beberapa isu melibatkannya yang hebat diperkatakan oleh media serta pengguna media sosial.
TERUJA TAPI CEMAS
Terbaru, Ismail berkongsi dirinya kini berada di bawah naungan syarikat label Def Jam Malaysia yang turut mewakili nama-nama besar seperti Joe Flizzow, Sonaone, Yonnyboii, Luca Sickta, Sophia Liana, Kmy Kmo dan ramai lagi.
Justeru sebagai buah tangan sulungnya bersama Def Jam Malaysia, Ismail bakal muncul dengan single terbaru berjudul Iman yang sedang menanti hari untuk diluncurkan.
“Bersama famili Def Jam Malaysia, saya banyak belajar ilmu muzik dan industri baharu. Kami baru mendapat tune baharu untuk jenis muzik yang saya akan bawakan selepas inidan insyaAllah, single pertama saya pada bulan September ini akan menemui korang di semua platform.
“It’s going to be a new vibe. Saya memang merasa cemas terhadap penerimaan orang ramai. Muzik kali ini amat berbeza, bahkan jika diamati di Malaysia juga tidak ramai penyanyi atau band yang membawakan tune sebegini.
“Slowly we build up starting this September dan kami merancang agar album akan datang (yang turut memuatkan Iman) akan menjadi chapter baharu untuk seorang penggiat seni bernama Ismail Izzani,” kata anak teruna penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam ini.
Tambah Ismail lagi, dia gembira apabila dapat terus melakukan eksplorasi muzik dan keluar daripada zon selamat untuk menghiburkan semua pendengar sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. Bak katanya sendiri, “Itu sebenarnya tujuan saya berada dalam industri ini”.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fatin Afeefa Undur Diri Dari Industri, Hormat Permintaan Suami

Isi Kandungan
ToggleAktres yang dikenali menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Afifah Shamsudin, mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Undur Diri Dari Dunia Modelling, Bella Hadid Mahu Fokus Kesihatan dan Kebahagiaan Diri Sendiri

Keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu usahawan, Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai. Walau bagaimanapun aktres itu berkata, dia masih aktif beberapa kempen.
Umum Undur Diri Dari Industri, Hormat Permintaan Suami
Disoal mengenai perminataan suami, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia ingin perbaiki diri menjadi versi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang muslim.
Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakkan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja.
Tawaran masih ada. Kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini.
Ingin better muslim
Berkongsi lanjut, Fatin memberitahu dia dan suami juga ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Mahu menjadi to be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model. Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga.
FAKTA MENARIK FATIN AFEEFA
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Fatin Afeefa yang mungkin ramai tidak tahu:
- Permulaan Karier: Fatin Afeefa memulakan kariernya dalam industri hiburan pada usia yang sangat muda. Beliau pertama kali muncul di kaca televisyen dalam iklan dan seterusnya dikenali melalui drama kanak-kanak.
- Populariti Melalui “Nana Tanjung”: Nama Fatin Afeefa mula meletup apabila beliau membintangi filem “Nana Tanjung” yang diterbitkan pada tahun 2006. Dalam filem ini, Fatin memegang watak sebagai anak kepada Saiful Apek, yang mana lakonannya berjaya mencuri perhatian ramai.
- Kehidupan Peribadi: Fatin Afeefa pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang anak. Kemudian, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
- Pencapaian dalam Industri Muzik: Selain berlakon, Fatin Afeefa juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Beliau telah melancarkan beberapa single yang mendapat sambutan baik daripada peminat.
- Aktif di Media Sosial: Fatin Afeefa adalah antara selebriti yang aktif di media sosial. Beliau sering berkongsi perkembangan terkini, pandangan, dan kehidupan seharian dengan peminat melalui platform seperti Instagram dan TikTok.
- Kemahiran Lain: Selain berlakon dan menyanyi, Fatin juga berbakat dalam bidang perniagaan. Beliau telah menceburi beberapa perniagaan seperti produk kecantikan dan fesyen, yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Moga yang terbaik untuk Fatin Afeefa di masa akan datang.
BACA LAGI : Elak Toksik, Ini 5 Cara Betul Masak Mi Segera Perkongsian Daripada Doktor
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Travel Di 5 Bandar ‘Pink’ Ini, Serius Cantik Untuk OOTD

Isi Kandungan
Toggle
Setiap kali kita merancang untuk bercuti terutamanya untuk tahun hadapan, pastinya korang inginkan satu pengalaman berbeza dengan lokasi yang pernah dikunjungi dahulu.
Ada yang sukakan lokasi sukan ekstrem, percutian konsert, untuk dekat dengan alam sekitar dan sebagainya. Memang banyaklah konsep percutian sekarang!
Salah satu yang paling kami gemari sekarang adalah percutian yang mempunyai elemen cantik bagi menangkap gambar. Contohnya seperti 5 bandaraya yang terkenal dengan keindahan berwarna merah jambu ataupun ‘pink’!
Jom tengok.
.
01
JAIPUR
Bandaraya di India ini terkenal dengan gelaran ‘The Pink City’.
Apa yang menarik tentang Jaipur adalah gabungan seni bina lamanya dengan tradisi generasi baru. Jalan rayanya masih penuh oleh kenderaan beca, motorsikal dan kadangkala juga unta (yes!).
Namun di sebalik kesibukan itu, terletak pelbagai lokasi menarik yang menanti kamu di Jaipur seperti City Palace, Jantar Mantar, bangunan Hawa Mahal dan kota Amber di atas bukit.
.
.
.
02
PULAU JEJU
Betullah kata orang, setiap kali bercuti ke Pulau Jeju di Korea Selatan, pengalamannya pasti tidak sama. Destinasi vacay popular di kalangan peminat K-Drama ini adalah tempat untuk merehatkan minda.
Antara perkara wajib yang perlu dilakukan adalah untuk melihat matahari terbit dari tepi pantai, melakukan urutan kaki (koreans masseurs are the best!), menghabiskan masa di kafe mereka sambil mencuba kopi dan tentunya, mendaki bukit setinggi 1.3 km berhampiran gunung Hallasan.
.
.
.
03
HANGZHOU
Lupakan seketika Shanghai, Xi’An dan Guangzhou. Hangzhou merupakan destinasi terbaru yang diminati pelancong Asia jika ingin ke China.
Dengan panorama indah West Lake dan bukit-bukau hijaunya, Hangzhou memang best untuk golongan photographers.
Di West Lake, ramai pengunjung akan berada di sana pada musim cuti. Oleh itu, waktu terbaik untuk berada di sana adalah seawal 7 pagi ketika mereka melakukan rutin taichi.
.
.
.
04
MALDIVES
Walaupun ramai yang mengatakan Maldives adalah lokasi untuk pelancong berduit saja, tapi itu tak benar.
Maldives mempunyai lebih 100 pilihan hotel bergantung kepada bajet korang. Travel di antara pulau dengan feri untuk melawat bandar dan mencuba aktiviti snorkelling. Kunjungi pekan Male yang padat dengan bangunan menarik termasuklah Masjid Besar ‘Old Friday’.
.
.
.
05
MACAO
‘Vegas of China’ ini bukan sekadar bandar perjudian terkemuka Asia.
Macao merupakan bekas tanah jajahan koloni Portugis selama lebih 300 tahun dan pelbagai sejarah peninggalan dapat dilihat di sini.
Budaya koloni itu cukup sebati dengan mereka. Di Semenanjung Macao adalah bandar lamanya, Pulau Taipa dipenuhi seni bina lama yang dipelihara, Pulau Cotai ialah lokasi kasino popular dan akhir sekali, Pulau Coloane didiami perkampungan kolonial dan pantai indah.
*
So, korang tahu destinasi lain yang berwarna ‘pink’? Di Malaysia ada tak?