Billie Eilish Jadi Penyanyi Termuda Dalam Sejarah Nyanyikan Lagu Tema JAMES BOND

Share

Selepas Adele dan Sam Smith…

 

Tiba pula giliran Billie Eilish untuk menyanyikan lagu tema filem James Bond ke-25, No Time To Die.

Pada usia 18 tahun, Billie bukan saja penyanyi termuda dalam sejarah pembikinan francais filem James Bond untuk menyanyikan lagu temanya. Malah, Billie juga menjadi artis termuda untuk menulis lagu tersebut bersama abangnya, FINNEAS.

Lagu yang masih tidak berjudul itu akan dilancarkan oleh Darkroom/Interscope Records sebelum filem itu menemui pawagam pada 2 April 2020.

Menurut Billie, peluang untuk merakamkan lagu ini tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

“Ini adalah berita yang paling ‘gila’. Ia adalah satu penghargaan yang besar untuk menjadi sebahagian daripada siri file lagenda ini. James Bond adalah francais filem paling menarik pernah dicipta dan saya masih terkejut apabila menerima peluang ini,” katanya yang menggemari filem serta lagu daripada Goldfinger

dan Live And Let Live.

Menurut pihak produksi James Bond, beberapa penyanyi telahpun dipilih untuk merekodkan lagu tema James Bond terlebih dahulu.

Faktor yang membuatkan Billie dan FINNEAS terpilih di antara semua penyanyi itu adalah bakat, kreativiti dan kesegaran yang dibawakan oleh mereka berdua kepada James Bond.

Filem No Time To Die menceritakan mengenai James Bond yang kini terpaksa kembali ke dunia penyiasatannya setelah dia ‘bersara’ di Jamaica.

Ini gara-gara permintaan daripaa bekas rakan CIA-nya, Felix Leiter yang kini sedang mempunyai misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang telah diculik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tonton Trailer Pertama Filem James Bond

Kalau Billie pun boleh kejar impiannya pada usia 18 tahun untuk terlibat dalam filem James Bond, wow, benarlah tiada apa yang mustahil untuk korang kecapi sebelum usia 20 tahun.

Published by
FZ