Korang mesti pernah dengar Billie Eilish yang berjudul When We All Fall Asleep, Where Do We Go?
Kalau korang nak tahu, walaupun baru berusia 18 tahun, Billie Eilish telah mencetuskan fenomena dengan album sulung berjudul When We All Fall Asleep, Where Do We Go?, mencipta kejutan apabila menewaskan pesaing yang bukan calang-calang pada Anugerah Grammy Ke-62.
So, ini fakta yang korang kena tahu lebih tentang Billie Eilish ini faktanya.
1. Mula menulis lagu pada usia 11 tahun
Ads
Dibesarkan dalam keluarga yang terdiri daripada pelakon dan ahli muzik, Billie membesar dengan rasa cinta terhadap seni. “Seluruh ahli keluarga saya sangat sukakan muzik. Abang dan ibu saya menulis lagu, ayah saya selalu bermain piano dan ukelele,” katanya. Billie mengaku telah menulis lagu sejak berusia 11 tahun dengan bantuan abangnya, Finneas O’Connell.
2. Abangnya adalah ahli muzik terkenal
Finneas O’Connel merupakan ahli muzik terkenal popular menerusi watak Alastair dalam drama Glee. Billie menulis sebahagian besar lagunya dengan abangnya, kemudian dikeluarkan oleh Finneas.
3. Lagu debutnya tular secara tidak sengaja
Ads
Finneas mencipta lagu Ocean Eyes untuk Billie. Mereka memuat naik lagu tersebut di SoundCloud tanpa sebarang jangkaan. Lagu tersebut kemudiannya disukai ramai. Kini, Ocean Eyes telah mendapat Platinum di pelbagai negara.
4. Lagu pertamanya adalah tentang zombie
Lagu pertama Billie, Fingers Crossed diinspirasikan daripada drama TV popular, The Walking Dead.
5. Idola dalam bidang seni
Ads
Antara selebriti kegemaran Billie adalah Tyler the Creator. Billie sangat mengaguminya. Drake, Big Sean dan Childish Gambino, A$ap Rocky dan Lana Del Rey juga adalah sumber inspirasinya.
6. Love/hate relationship dengan media sosial
Walaupun akau media sosialnya mempunyai pengikut yang banyak, Billie mengaku dia memiliki love/hate relationship dengan platform tersebut. “Saya suka, tetapi juga benci. Media sosial dapat rosakkan hubungan, persahabatan malah diri kamu sendiri. Bagi saya media sosial merbahaya kerana dapat mengubah persaan dan pandangan kamu,” katanya.
Wah patut la hebat, umur 11 tahun dia dah mula menulis lagu penulis masa umur 11 tahun masih main masak-masak lagi…
Apapun tahniah kami ucapkan buat Billie Eilish, lepas ni buat lagu best-best lagi k!
Sumber :Cosmopolitan.co.id
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehebatan pelakon legend Angelina Jolie masih tidak boleh disangkal lagi kerana buktinya, filem terbaru Maleficent Mistress of Evil masih mampu mengutip kutipan box office di seluruh dunia.
Seawal minggu pertama membuka tirai, filem terbaru lakonan Angelina Jolie ini sudah pun mencatat kutipan sebanyak $153 juta dolar seluruh dunia. Walau bagaimanapun,untuk pasaran domestik ia masih tidak mampu untuk menyaingi filem pertamanya apabila hanya mampu mengutip $36 juta dolar berbanding $69.4 juta dolar yang dicatatkan pada 2014.
Filem yang menjadi buah mulut masyarakat apabila kisahnya diangkat sebagai salah satu filem yang penuh dengan mesej, Joker hanya mampu berada ditangga kedua cara box office Amerika Syarikat dengan kutipan $29.2 juta dolar pada minggu ketiga tayangan.
Joker kini telah berjaya mengutip kutipan sebanyak $737.5 juta dolar di seleuruh dunia dan nampaknya filem ini berpeluang mengatasi kutipan beberapa filem superhero DC seperti Suicide Squad dan Wonder Woman.
Sementara itu, filem sekuel Zombieland: Double Tap yang sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat berjaya mencatat kutipan diluar jangkaan apabila meraih $26.7 juta berbanding filem pertama mereka hanya $24.7 juta.
Filem animasi The Addams Family meraih kutipan sebanyak $16 juta dolar pada minggu lalu dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $56 juta dolar. Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 31 Oktober 2019.
Okay kalau korang nak jadi yang pertama menonton filem The Addams Family bersama Remaja, jom sertai peraduan Wayang Remaja dengan hanya menjawab soalan mudah.
Kita tengok mampu tak filem tersebut mengatasi kutipan Maleficent Mistress of Evil?
Seorang lagi anak Malaysia bakal mengharumkan nama negara apabila disenaraikan dalam 20 peserta di Anugerah Belia Komanwel tahun ini. Menurut kenyataan Sekretariat Komanwel, graduan Biologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah antara 20 pemuda luar biasa termasuk pencipta, aktivis dan usahawan dari 18 negara yang telah disenarai pendek.
Individu yang dikenali sebagai Mogesh Sababathy ini merupakan pengasas bersama Project Ocean Hope, sebuah kumpulan yang diterajui belia yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehlihatan isu lautan dan pemuliharaan alam sekitar melalui kempen dan latihan kepimpinan belia.
Projek Mogesh tertumpu kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SGD) Life Below Water dengan menjalankan projek komuniti pendidikan untuk mengurangkan amalan membuang sampah dan tangkapan ikan yang tidak lestari serta siri webinar celik lautan mengenai pengurangan sisa, yang telah mencapai lebih 10,000 individu di 15 negara.
Menurut BERNAMA, anugerah ini mengiktiraf anak-anak muda Komanwel yang cemerlang iaitu dengan projek mengubah kehidupan dalam komuniti mereka dan membantu mencapai SDG. Lebih 1,000 penyertaan dari 43 negara telah diterima pada tahun lepas.
Mogesh yang dihubungi pihak media mengatakan bahawa pencapaian menjadi finalis Anugerah Komanwel ini bukan kejayaannya seorang, tetapi ia adalah untuk semua anak muda Malaysia yang bersemangat dan telah bekerja keras untuk kelestarian alam sekitar.
“Saya terima berita gembira itu melalui e-mel daripada Komanwel semalam dan saya betul-betul tergamam sebaik membuka e-mel. Saya disaran memohon anugerah itu sekitar Oktober tahun lalu oleh Majlis Belia Malaysia, yang mengiktiraf projek kami dan kami telah bekerjasama rapat melalui Project Ocean Hope sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Komanwel kerana mengiktiraf usaha kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas segala sokongan dan galakan yang berterusan serta menyediakan platform kepada kami untuk membangunkan dan menjadikan Projek Ocean Hope menjadi kenyataan,” katanya.
Anak muda ini baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Biologi Marin dengan kepujian dan kini bekerja sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sementara menunggu majlis konvokesyen yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah rasmi yang akan berlansung 10 Mac 2021 secara maya buat pertama kalinya berikutan situasi pandemik ini. Anak muda paling cemerlang dari lima rantau ini akan menerima Anugerah Belia Komanwel 2021 dan semua 20 finalis masing-masing akan menerima piala, sijil dan £1,000 (RM5,538) untuk mengembangkan impak projek mereka.
Pemenang peringkat rantau akan menerima £3,000 (RM16,614) dan juara keseluruhan pan-Komanwel akan membawa pulang sejumlah £5,000 (RM27,690).
Sama-sama kita doakan agar Mogesh Sababathy memperoleh kejayaan dan pencapaian menjadi salah seorang finalis di Anugerah Komanwel ini pun sebenarnya sudah cukup membanggakan. Daripada ribuan penyertaan dari puluhan negara, rakyat Malaysia antara yang terpilih disenarai pendek.
Pengalaman biasanya mengajar seseorang itu erti kehidupan. Kesusahan masa lalu memberinya nikmat syukur yang tidak terhingga. Sebagai membalas nikmat kehidupan sempurna selepas melalui detik susah semasa belajar dahulu, Aifa Azman, 25 yang juga pemilik Drastix Café bertindak memberikan makanan secara percuma bagi mana-mana pelajar universiti yang memerlukan makanan.
Perkongsiannya sejak semalam mula menjadi viral apabila dia memuat turun di laman twitternya untuk memberi makan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan untuk membeli makanan berat seperti nasi, asyik makan maggi dan ikat perut berlapar, mari datang ke Drastix Café untuk dapatkan nasi percuma.
Ternyata, ramai pelajar yang memberikan respon termasuk sudah ada yang mula datang mulai semalam semenjak status ini dimuat turun semalam, 19 September 2018.
REMAJA menghubungi Aifa bagi berkongsi statusnya. Secara jujurnya, kata Aifa dia tidak menyangka perkongsiannya itu menjadi viral.
“Saya mendapat banyak maklum balas dari pelajar yang mengadu mereka makan maggi saja seharian. Ada yang minta datang hantar ke kolej tempat belajar, ada yang kata susah nak datang sebab tak ada kenderaan tapi ada juga yang datang tapi masih malu-malu kerana seolah-olah tak percaya ada makanan free yang café saya sediakan. Namun buat masa ini kami tidak ada lagi membuat penghantaran makan kerana kekangan masa dan pekejar cuma bagi mana-mana pelajar yang datang makan di cafe ini, kami akan beri secara percuma tanpa mengira had atau jumlah bilangan pelajar yang datang,” katanya berkongsi cerita.
Menu yang disediakan ringkas tapi mengenyangkan iaitu NASI BUJANG. Menunya, nasi kosong, telur dadar, sup kosong dan sambal belacan. Namun kata anak muda berjiwa murni ini, kadang kala dia akan memberikan nasi goreng, ikut mana yang senang dimasak.
Inilah Aifa, pemiik Drastix Cafe yang berjiwa besar dan berhati mulia
Kata Aifa dia tidak kisah seberapa ramai pelajar yang datang, semuanya akan diberi makan secara percuma dari jam 10 pagi-10 malam setiap hari. Drastix Café hanya ditutup pada hari Sabtu dan Ahad, hari selebihnya dibuka.
Ditanya bagaimana idea murni ini tercetus, kata Aifa, suatu ketika dahulu dia biasa memasak dan memberikannya kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur. Namun sejak membuka Drastix Café yang terletak di Unit Kedai 5, Tingkat 1, Blok 2, Kondominium Kristal, Jalan Pualam 7/32 Seksyen 7 Shah Alam, masanya agak terhad.
“Bila duduk sendirian, saya terfikirkan cara untuk membantu orang lain dengan memberikan mereka makanan makanan tapi kali ini dengan cara yang berbeza di mana saya mahu berikan untuk pelajar universiti dan pelajar yang memerlukan makanan,’ katanya ketika dihubungi.
Ditanya adakah dia punya pengalaman “pahit” ketika zaman belajar itu tidak punya wang untuk membeli makanan, Aifa berkata disebabkan dia sudah melalui semua pengalaman itulah maka dia mahu membalas semua nikmat Allah berikan iaitu kesenangan ini dengan memberi makanan secara percuma untuk mana-mana pelajar memerlukannya.
“Saya dulu orang susah. Ujian ketika belajar di UniKL Mitec dalam bidang Industrial Logistik. Mak sakit dan saya tak boleh minta pada ayah kerana takut akan membebankan lagi kewangannya kerana banyak perbelanjaan untuk biayai emak.
“Kalau ayah bagi RM50, itulah duit saya gunakan untuk sebulan. Saya selalu makan maggi. Kalau kawan-kawan sebilik makan nasi, saya akan duduk jauh-jauh di meja belajar sambil makan Maggi atau hadap telefon bimbit atau buat kerja. Pura-pura sibuk kata orang sedangkan itu cara saya saya untuk tidak meminta simpati pada kawan-kawan.
“Jadi saya faham bila tak ada duit nak beli makanan. Alhamdulillah, Allah berikan nikmat rezeki ini, tambah-tambah bila berkahwin lagi Allah murahkan rezeki,”kata pasangan hidup kepada Fareez Farid ini.
Kata Aifa inilah cafe kecilnya. Tak megah pun tak insya Allah penuh dengan kasih sayang
Menu ayam buttermilk yang amat popular di cafenya. Staff ada 3 orang dan kata Aifa kalau tak cukup orang, dia akan sinsing lengan baju turun memasak
Dalam pada itu, Aifa menjelaskan sejak status itu viral sejak semalam, sudah ada dua individu yang sudi berkongsi kewangan dengan niat untuk bersedekah sama. Paling menarik, jika dua hari lalu menunya Nasi bujang, esok hari Jumaat bersamaan 21 September 2018, menunya ialah NASI PUTIH DAN AYAM MASAK MERAH.
“Saya ingin mengajak mana-mana pelajar yang kesempitan wang untuk datang makan ke café ini. Jangan malu-malu, datang saja ke sini dan nikmatilah rezeki ini secara percuma,” kata Aifa yang memaklumkan cafenya menjual menu al carte dan antara menu paling top di kedainya ialah nasi putih + ayam butter milk.
So, bagi pelajar sekitar Shah Alam atau kawasan terdekat, kalau korang kesempitan kewangan, selalu makan maggi, sudi-sudilah datang ke Drastix Café yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini ya. Seperti kata anak kelahiran Selangor ini, dia lagi gembira kalau ada ramai pelajar yang mahu datang makan di kedainya kerana ia diberikan secara percuma.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...