Penyanyi Happier Than Ever, Billie Eilish selama ini dikenali sebagai selebriti yang enggan berkongsi kisah peribadinya di mata peminat. Hanya perjalanan muzik, personalitinya dan gaya fesyen unik Billie yang diperkatakan kerana sikapnya yang low profile dalam perihal hubungan cinta.
Bagaimanapun, episod cinta yang mekar di antara Billie dan vokalis band rock Amerika Syarikat, Jesse Rutherford berlainan daripada kisah cinta Billie sebelum ini.
Tanpa berselindung di sebalik pengurus peribadi, Billie dan Jesse pada minggu ini telahpun menayangkan hubungan mereka secara terang-terangan sewaktu ditemui di Studio City, Los Angeles pada malam Selasa lalu. Sambil berjalan beriringan dengan senyuman dan gelak tawa, jelas pasangan itu sedang hangat bercinta.
Amboi!
Hubungan Billie dan Jesse sebenarnya sudahpun dapat dihidu sejak bulan Ogos lalu ketika mereka menghadiri tayangan perdana filem yang sama.
Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh portal hiburan dan gosip, TMZ ini, Billie dilihat lebih selesa untuk menjalankan kehidupan dengan lebih ‘normal’ – sesuatu yang sukar sekali untuk dilakukannya terutamanya sewaktu fasa ‘When We All Fall Asleep, Where Do We Go’ disebabkan penerimaan fanatik peminatnya serta stail rambut hijau yang dimilikinya.
ARTIKEL BERKAITAN : Billie Eilish Rasa ‘Normal’ Dengan Rambut Hitam, Enggan Warna Rambut Lagi? – REMAJA
Apapun, tidak semuanya indah mengenai hubungan ini.
Peminat Billie terutamanya dikhabarkan tidak ‘berkenan’ dengan pasangan pilihannya itu disebabkan jarak usia 11 tahun di antara mereka. Mereka juga menempelak Jesse yang berkawan rapat dengan Billie semasa dia masih di bawah umur – sekitar 15 atau 16 tahun.
Apa pendapat korang? Korang approve tak hubungan Billie dan Jesse ini?
BACA LAGI : Billie Eilish Dedah Rahsia Kulit Licin, ‘Beauty Hacks’ Ini Tidak Susah Mana Pun – REMAJA
Sumber Foto : TMZ
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.